Penafian

Blog Azahairi Dot Com adalah sebuah blog peribadi yang bekongsi info semasa, kerjaya, kerohanian, tips dan panduan blogging, tips affiliate serta tips pemasaran online. Penulis sentiasa cuba sedaya upaya untuk memberikan maklumat yang telus dan yang terkini.

Pemilik blog Azahairi Dot Com  tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga. Penulis juga tidak akan menyimpan maklumat yang dikumpul mengenai lawatan anda untuk digunakan selain untuk menganalisa prestasi kandungan melalui penggunaan cookies yang anda boleh nyahaktifkan pada bila-bila masa dengan mengubah tetapan pelayar internet anda. Anda bersetuju untuk membenarkan penulis menggunakan dan menyimpan cookies ini sekiranya anda tidak menyahaktifkan fungsi tersebut daripada pelayar internet anda.

Jaminan Penggunaan Maklumat

Semua kandungan yang disediakan di blog ini adalah sekadar perkongsian idea, pendapat, pengalaman dan perkongsian maklumat sahaja. Penulis tidak membuat sebarang jaminan tentang ketepatan atau kesempurnaan mana-mana maklumat di dalam blog ini atau yang didapati melalui mana-mana pautan di blog ini.

Penulis juga tidak akan bertanggungjawab ke atas segala kesilapan atau kesalahan pada maklumat yang diterbitkan. Sebarang kerugian, kecederaan atau kerosakan daripada paparan atau menggunakan maklumat itu adalah atas tanggungjawab sendiri.

DILARANG menerbitkan semula setiap kandungan artikel yang terdapat di dalam blog ini terutamanya untuk tujuan memperoleh pendapatan dan keuntungan peribadi tanpa kebenaran dan pengesahan daripada penulis. Untuk perkongsian di blog lain DIBENARKAN dengan syarat perlu memberi kredit ke artikel yang asal. Walau bagaimanapun, pengguna tersebut perlu bertanggungjawab sepenuhnya jika ada apa jua tuntutan dibuat oleh pemilik asal artikel berkenaan.

Penulisan Komen

Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab sendiri jika ianya melanggar undang-undang negara. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab ke atasnya dan juga ke atas individu tersebut. Pemilik blog ini berhak menukar atau memadam mana-mana komen yang dihantar ke blog ini tanpa notis sekiranya:
  1. Komen disifatkan sebagai spam dan punyai pautan yang tak dibenarkan
  2. Komen yang tidak senonoh, lucah dan sebagainya
  3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh menyinggung perasaan atau sensitiviti kaum/agama yang lain
  4. Komen yang menyerang seseorang individu atau organisasi
  5. Komen keluar daripada topik yang dibincangkan
  6. Komen yang ditulis dengan ejaan yang salah
  7. Komen yang tidak difahami
Hakcipta Artikel, Maklumat serta Bahan Penulisan

Blog Azahairi Dot Com merupakan blog peribadi penulis. Kandungan di dalam blog ini adalah bersifat peribadi. Pandangan dan pendapat dalam blog ini mewakili penulis sendiri dan bukan institusi atau organisasi serta individu lain.

Segala artikel di dalam blog ini adalah hakmilik penulis kecuali dinyatakan dengan jelas. Anda perlu mendapat kebenaran daripada pemilik Blog Azahairi Dot Com sekiranya anda ingin menyalin artikel tersebut ke mana-mana media termasuk blog, laman sesawang, majalah, akhbar, poster, brosur atau sebarang media cetak dan media atas talian.

Sebahagian artikel mungkin sudah tidak sesuai lagi pada satu-satu masa dan ia adalah di luar kawalan penulis.

Pindaan Dasar

Polisi ini ditulis dan sah pada 10 Dis 2014. Polisi ini mungkin diubah dari masa ke semasa tertakluk kepada perubahan mengikut kesesuaian pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Sekiranya dasar polisi ini dipinda, pindaan akan dikemaskini di halaman ini dan anda bertanggungjawab untuk merujuk semula halaman ini sekiranya ada pindaan dibuat.