About

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat datang pembaca yang diraikan malaikat. Semoga anda sentiasa dimurahkan dan dideraskan rezeki yang melimpah ruah dan tiada habisnya seperti makhluk Allah yang sentiasa mengelilingi Kaabah.

Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini.

Pemilik Blog

Azzahairi Sulaiman merupakan anak jati negeri Cik Siti Wan Kembang. Mendapat pendidikan dari sekolah rendah hingga menengah dan beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Setelah 3 tahun berada di IPTA, Azzahairi mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan internet kerana minatnya dalam bidang perniagaan. Tertarik dengan kisah-kisah kejayaan seperti Irfan Khairi, Amar Zahar, Zamri Nanyan dan ramai lagi menjadikan beliau semakin meminati bidang perniagaan internet.

Mula menjalankan bisnes printing t-shirt secara kecil-kecilan di IPT. Kini setelah bergraduasi beliau lebih fokus dalam bidang Affiliate Marketing. Beliau memberi tumpuan dalam memasarkan produk Affiliate di pasaran tempatan. Beliau juga merupakan ahli forum Wang Cyber yang menjadi komuniti usahawan online masa kini.

Blog Azzahairi dot Com

Blog azzahairi.com telah dibangunkan sejak 2012 dengan platform blogspot sahaja dan mula bertukar ke domain azzahairi.com pada tahun 2013 untuk tujuan SEO. Dibangunkan oleh Azzahairi secara perseorangan
dan cuba menjadikan blog ini sebagai medium untuk telaga ilmu masa kini dan dunia perniagaan internet.

Anugerah dan Pencapaian

Azzahairi Sulaiman merupakan pelajar cemerlang STPM negeri Kelantan pada tahun 2008 dengan pencapaian 4.0. Kejayaan beliau telah mendapat liputan akhbar Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia dan juga Mingguan. Setelah berjaya mengharumkan nama negeri, beliau telah diberikan anugerah Pelajar Cemerlang STPM bagi seluruh negeri Kelantan.


= = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Yang Ikhlas dan Salam usahawan siber,

Azzahairi Sulaiman
azzahairisulaiman@gmail.com

Facebook : http://www.facebook.com/azzahairisulaiman