Tuan bagaimana saya nak jual barangan yang shopee jual? Atau lebih tepat lagi saya nak jual barangan shopee tanpa keluarkan modal.


Ada yang bertanya boleh ke tidak jual barang tanpa modal macam ni. Jawapan saya adalah boleh. YA anda boleh menjual barang shopee melalui dua cara sama ada melalui program dropship yang ditawarkan oleh seller atau yang kedua anda boleh menyertai program affiliate.

Masih tak faham berkenaan affiliate? Boleh rujuk artikel saya : Program Affiliate


Bagi yang masih zero dalam bisnes online tak salah jika anda mulakan bisnes online dengan risiko yang minima. Pada pendapat saya anda ada pilihan untuk bermula dengan kaedah yang macam mana. Yang paling senang untuk jual barangan shopee adalah melalui program affiliate.


Tugas anda hanyalah promosi link barangan yang mengandungi id anda. Bila ada pembeli yang membeli melalui link anda. Anda akan menerima komisen.


Jual Barang Shopee Melalui Program Affiliate


Buat masa ini shopee masih menggunakan platform Involve Asia dalam program affiliate mereka sejak 2018 lagi. Dengan Involve Asia ia membolehkan program affiliate shopee di jalankan. Jadi apa yang perlu anda buat adalah mendaftar program affiliate Involve Asia.


Bukan setakat mempromosikan barangan Shopee malah barangan dari platform lain pun boleh. Untuk mendaftar anda boleh ke pautan rasmi ini : Involve Asia Publisher


involveasia-publisher


Masukkan maklumat yang lengkap termasuklah alamat email yang aktif. Untuk bahagian property, anda perlu masukkan maklumat property milik anda seperti laman web, blog, facebook, youtube, instagram atau sebagainya.


involveasia-property-info


Contohnya, anda boleh letak maklumat facebook anda jika ingin jadikan facebook sebagai medium utama kerja-kerja promosi anda nanti. Bagi yang takde website anda boleh letakkan link facebook anda pada url, nama facebook anda, pilih channel dan sedikit penerangan.


Teruskan ke proses yang seterusnya. Lengkapkan maklumat yang diminta dan Submit. Pihak involve asia akan menghantar pesanan email. Klik link yang dihantar untuk melengkapkan pendaftaran anda. Proses kelulusan 1-3 hari bekerja.


Mohon Program Affiliate Shopee


Pada bahagian ini anda perlu memohon program affiliate shopee. Saya akan sertakan gambar untuk memudahkan anda faham. Anda perlu log masuk ke : Involve Asia Publisher

Sila ke bahagian menu. Klik Partner > Advertiser Directory seperti di bawah.


involve-publisher-dashboard

Kemudian paparan di bawah akan muncul. Dan perhatikan ada banyak program affiliate yang di tawarkan.


involve-advertisor

Di ruangan search advertiser, taipkan shopee dan search. Kemudian klik pada button "Apply" shopee.


involve-advertiser-shopee



Kemudian lengkapkan maklumat yang diminta sehingga selesai dan submit. Anda perlu menunggu 1-3 hari waktu bekerja untuk kelulusan. Bila dah lulus, barulah butang promote akan muncul.


Cara Generate Link Affiliate Produk Shopee


Ok pada langkah ini, saya akan tunjukkan kaedah untuk dapatkan link melalui fungsi deeplink generator. Anda perlu ke bahagian promotion > deeplink generator. Rujuk gambar di bawah.


involve-asia-deeplink-generator


involve-generate-link


Kemudian pada masa yang sama buka tab baru untuk ke laman web shopee. Pilih mana-mana produk yang ingin anda promosikan.


Contohnya saya ingin promosi microwave sharp. Caranya copy url link produk dan paste pada bahagian Advertiser URL dan klik Generate.


shopee-link-product


involve-generate-link-shopee


Pada paparan di atas saya sudah berjaya Generate Link. Begitulah caranya dan anda boleh copy link affiliate yang telah siap mengikut kreativiti anda melalui pelbagai medium. Harus dingat link affiliate setiap produk akan aktif selagi produk tersebut masih dijual di shopee.


Sekian dari saya. Jika ada perubahan saya akan kemaskini dari semasa ke semasa. Bagi anda yang mahu buka kedai online di shopee, boleh rujuk post saya yang sebelum ni : Cara Menjual di Shopee


Post a Comment

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Previous Post Next Post