Rasa terpanggil untuk menulis tentang topik ini. Sedar tak sedar sudah setahun covid 19 melanda negara kita. Kita pun tidak tahu bilakah akan berakhirnya wabak ini dan kita terpaksa terima bahawa kita kena teruskan kehidupan dengan Pembudayaan Norma Baharu.


Masihkah kita ingat berita yang disiarkan oleh Astro Awani pada Februari lalu. Hampir 100,000 rakyat Malaysia bakal kehilangan pekerjaan jika wabak koronavirus (Covid-19) berterusan sehingga penghujung tahun ini. Rujukan Astro Awani.


Nampaknya ia benar-benar berlaku berdasarkan ucapan Tan Sri Muhyiddin. Lebih 800,000 individu kehilangan pekerjaan sejak negara dilanda pandemik COVID-19. Rujukan Berita Harian.


80000 hilang pekerjaan


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, kerajaan sedar ramai rakyat yang sedang menderita kerana kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan akibat penularan COVID-19.


Hilang Pekerjaan Sejak Covid-19 Melanda


"Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup. Lebih 800,000 orang telah kehilangan pekerjaan. Saya mendengar rintihan saudara dan saudari sekalian.


"Dalam mengurus gelombang ketiga COVID-19, kerajaan sedaya-upaya untuk mengelakkan kesan terlalu buruk ke atas ekonomi negara yang boleh memberikan kesan negatif kepada kehidupan ekonomi rakyat," katanya ketika menyampaikan perutusan khas situasi semasa COVID-19 hari ini.

Demikianlah ucapan PM kita Tan Sri Muyiddin Yasin.


Hilang pekerjaan bermakna hilanglah mata pencarian. Tidak kira yang bujang atau berkeluarga masing-masing ada tanggungjawab. Sungguh menyedihkan bagi saya jika hilang mata pencarian. Bagaimana untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan negara dilanda wabak covid 19.


Saya ada terbaca berkenaan dengan kisah seorang wanita yang tekad mengusahakan perniagaan barangan basah dalam talian selepas terputus sumber pendapatan dek kerana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Bermodalkan wang RM1,000 hasil Bantuan Prihatin Nasional (BPN), beliau mampu menjana pendapatan sekitar RM2,000 dalam sehari.


Sebelum ini beliau bekerja sebagai tukang masak di kedai makan di Melaka dan terpaksa diberhentikan kerja oleh majikan kerana majikan tak mampu tangung kos gaji ekoran daripada pendapatan kedai yang terjejas dek kerana PKP. Rujukan Awani


Hilang Mata Pencarian Kesan Covid-19


Beribu-ribu pekerja yang terkesan teruk akibat wabak covid-19 melanda. Memang tidak dapat dinafikan lagi inilah kesan terhadap masyarakat apabila berlakunya wabak atau bencana.


Ada yang mula mencari pekerjaan lain kerana pentingnya mata pencarian dalam kehidupan untuk menyara diri dan keluarga. Antaranya menjalankan bisnes secara online sebagai pilihan baru. Malah ada juga yang mencari pekerjaan lain yang sesuai.


Pada masa yang sama ada peniaga yang mula beralih ke kaedah atas talian dalam menjual produk. Sebagai peniaga, memasarkan produk atas talian sangat penting pada era digital ini. Paling tidak pun menggunakan status Whatsapp sebagai medium promosi.


Ketika entri ini ditulis, beberapa kawasan terpaksa dilaksanakan PKPB semula memandangkan berlakunya peningkatan kes ekoran gelombang ketiga yang dihadapi termasuklah. Malah kes harian pernah mencapai ke 4 angka.


Sama-samalah kita doakan supaya virus Covid-19 ini akan berakhir serta pada masa yang sama kita menyahut seruan kerajaan untuk Pembudayaan Norma Baharu dan sentiasa patuh kepada SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Sentiasa peka dengan arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan untuk memutuskan rantaian COVID-19.


Jumpa lagi di entri akan datang.


Post a Comment

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Previous Post Next Post