Baiklah, hari ini saya nak berkongsi review berkenaan barang yang saya beli di shopee. Waktu pkp ni banyak la pulak beli barang online di shopee. Untuglah sesape yang dah mula berniaga di shopee. Maklum sajalah nak mengelakkan daripada keluar rumah. Risau terdedah dengan virus covid 19 yang kita tak nampak.


Kali ni saya telah berjaya memiliki microphone jenis condenser iaitu BM800. Sebelum ni saya pernah beli mini microphone yang clip tu. Kalau yang jenis mini tu harga dalam belas-belas ringgit pun dah blh dapat. Tapi kalau nak yang lagi nice boleh beli brand BOYA jika ada bajet lebih.


Condenser Microphone BM800 dan Sound Card V8


mic-condenser-bm800


Berbalik kepada mic bm800 yang saya beli dari oversea melalui shopee. Kena sabar lah menunggu dalam seminggu lebih macam tu. Lagipun saya bukanlah nak guna urgent sangat. Untuk harga microphone ni RM65 waktu saya beli.


Tetapi saya beli bersama sound card V8. Total semua RM95 dan saya dapat gunakan voucher free shipping. Kenapa saya beli sound card v8? Ok nanti saya akan ceritakan ye.


Untuk microphone bm800 ni bagi saya sound memang nice. Antara mic condenser yang banyak digunakan oleh youtubers. Kalau buka youtube anda boleh tengok banyak review berkenaan mic ni. Jadi kalau anda nak tengok detail berkenaan mic ni anda boleh ke kedai yang saya beli ni.


Link kedai : iSmart Choice Official Store

Link mic : Condenser Mic BM800



condenser-mic-bm800


Ini set yang saya beli bersama sound card V8. Dalamnye ada microphone, cable mic, windproof cotton filter, blow out filter, stand mic, power cable v8 & free gift earphone.


Sound Card V8



soundcardv8



Saya beli soundcard v8 sebenarnya lebih kepada function home recording. Dekat sound card ni kita boleh cucuk mic, music instrumen, & juga function live. Pada sound card ni juga ada function echo dan juga volume mic. Untuk function lain anda boleh rujuk gambar di atas.


function-souncardv8


Untuk recording anda boleh cucuk phone di bahagian live yang di sediakan. Ada live 1 dan live 2. Boleh guna juga untuk phone dan pc/laptop serentak. Anda juga boleh gunakan dynamic mic pada soundcard ini.


Jika anda nak guna mic jenis clip pun boleh tapi anda kena beli audio jack converter adapter 3.55mm to 6.35mm macam dalam gambar kat bawah ni. Caranya cucuk mic di adapter converter barulah cucuk ke lubang sound card dynamic mic.


audio jack adapter 3.55mm to 6.55mm


Ok sekian dari saya. Terima kasih kerana membaca post ini. Jangan lupa like dan share post ini.




Post a Comment

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Previous Post Next Post