Persoalan : Saya betul-betul berminat dengan bisnes aiskrim tapi saya terfikir apakah kelebihan dan kekurangan dalam bisnes aiskrim.

Jika anda ada persoalan seperti di atas, saya sarankan anda wajib baca dulu perkongsian saya ini. Diharap ia mampu menjawab persoalan anda dan anda tidak ragu-ragu lagi untuk mulakan bisnes aiskrim.

Jika anda seorang usahawan yang bijak dan memikirkan matlamat jangka panjang, anda wajib kenalpasti apakah kelebihan dan kekurangan dalam bisnes yang anda ingin jalankan.

Sebab? Jawapannya mudah sahaja. Tak semua bisnes berakhir dengan kejayaan. Jadi perlu ke tak perlu kalau saya katakan anda perlu buat checklist sebelum mulakan sesuatu bisnes? Jadi mulakan berfikir seperti otak orang bisnes, fikir untuk matlamat jangka panjang.

Kelebihan Dan Kekurangan Bisnes Aiskrim?

Dalam konteks ekonomi, sesebuah bisnes perlu bergelut dengan penawaran dan permintaan. Ada produk ada permintaan adalah lebih bagus berbanding ada produk tiada permintaan. Jadi, tak salah jika anda senaraikan kelebihan dan kekurangan dalam bisnes aiskrim.


Antara kelebihan yang ketara dalam bisnes aiskrim adalah "Margin keuntungan". Tahukah anda modal untuk memulakan perniagaan aiskrim tidaklah terlalu besar. Ramai yang tidak tahu dengan modal yang kecil anda dah boleh hasilkan jualan 3 kali ganda.

Bahan-bahan untuk membuat aiskrim sebenarnya mudah didapati. Anda boleh dapatkan bahan-bahan membuat aiskrim di kedai-kedai kek dan juga pasaraya.

Bila anda dah dapat bahan-bahan untuk buat aiskrim, sekarang tugas anda adalah untuk proses aiskrim tersebut. Tahu tak proses membuat aiskrim bukanlah rumit sebagaimana yang telah dibincangkan dalam "panduan bisnes aiskrim".

Bila anda sudah ada kemahiran untuk proses aiskrim, tiba masanya anda tawarkan pada pasaran. Misalnya anda ambil tempahan untuk majlis perkahwinan, majlis hari lahir, majlis hari guru misalnya dan lain-lain.

Bisnes aiskrim juga ada kekurangannya terutama sekali melibatkan kos-kos yang akan saya nyatakan di bawah.

Mesin Aiskrim - Harga mesin aiskrim yang anda nak beli terpulang kepada anda. Ada yang ratus ringgit dan ada juga yang mencecah ribuan ringgit. Anda perlu beli mesin aiskrim yang sesuai mengikut jenis aiskrim yang anda nak jual nanti.

Tong Insulasi - Jika anda ingin menjual aiskrim yang bersifat "tunggu pelanggan datang", anda perlukan tong ini terutama sekali bila panas terik. Ia untuk memastikan aiskrim anda kekal sejuk dan tidak cair. Jadi anda wajib memerlukan tong insulasi.

Namun begitu, kos-kos ini bergantung kepada anda sebab anda yang menentukan halatuju perjalanan perniagaan aiskrim.

Seperkara penting yang kita mesti ingat ialah "Ilmu". Dalam konteks perniagaan ini adalah ilmu bisnes aiskrim. Mana nak dapat ilmu? Jawapannya ada pada anda.

Nak bertanya kepada peniaga-peniaga atau usahawan bisnes aiskrim dan nak belajar dari mereka. Atau anda nak pergi kursus atau seminar perniagaan aiskrim untuk dapatkan ilmu.

Ebook Panduan Bisnes Aiskrim

Apakah Yang Bakal Dibongkarkan Dalam Ebook Panduan Ini? Mari Kita Lihat...

Berikut adalah pengisian-pengisian yang terkandung dalam ebook ini serta manfaat yang bakal anda perolehi setelah anda habis membaca keseluruhannya ...

Bahagian Pendahuluan.

Pada bahagian ini, saya akan cerita tentang potensi bisnes aiskrim ini dengan lebih jelas. Agar anda nampak yang model bisnes aiskrim ini memang boleh pergi jauh.
Bahagian ini juga penting, agar anda nampak hala tuju bisnes anda. Ia lebih kepada mindset mencari peluang.

Bab 1: Jom Bisnes Aiskrim

Dalam bab ini, saya akan ceritakan lebih terperinci tentang peluang bisnes aiskrim ni tanpa perlu tiru apa yang mat bangla, pakistan & Myanmar buat. Macam mana tu?

Dalam bab itu juga diterangkan 5 keajaiban bisnes aiskrim. Di mana kelebihan ini, jarang sekali ada pada produk lain. Anda akan garu kepala lepas tahu keajaiban ini. :)

Anda akan diterangkan daripada segi margin keuntungan, modal permulaan & betul ke tak perlukan kemahiran yang tinggi? Hanya yang dah tahu akan tersenyum lebar. :)

Bab 2: Bagaimana Menjana RM5k Sebulan Dengan Bisnes Aiskrim Secara Part-time?

Sejujurnya inilah konten paling mahal dalam ebook ni. Dengan tahu rahsia bab ini, anda  tak perlu tebal muka bunyikan loceng sambil tunggung motor.

Malu beb, kalau jiran nampak. Terserempak dengan anak sedara. Saya akan beritahu lubuk-nya yang sebenar dalam bab ini.

Dengan tahu lubuk ini, anda boleh ‘jual’ sebanyak 1000 kon aiskrim dalam masa 2-3 jam sahaja. Best betul kalau ada ilmu ni kan. Kerja sikit, tapi lumayan.

Bab 3: Apa Persiapan Memulakan Bisnes Aiskrim?

Lubuk dah tahu pun tak guna kalau tak tahu cara buat persiapan. Dah lah ais krim ni cepat cair.

Apa peralatan yang diperlukan? Sebelum proses? Semasa kerja operasi dijalankan? Bab ini kita perlu tahu agar kita tidak kelam-kabut nanti.

Semuanya ada saya ceritakan dalam bab ini. Ada gambar. Insyaallah, mudah faham.

Bab 4: Rahsia Pemprosesan Aiskrim

Apa resepinya? Apa bahan-bahan asasi yang diperlukan? Bagaimana nak buat ais krim di rumah anda sendiri? Bagaimana cara pemprosesannya?

Anda kena belajar ilmu ni, barulah jimat. Barulah boleh dapat margin tinggi. Kalau anda ambil dekat suplier, sebenarnya suplier yang untung banyak.

Jangan risau, dalam bab ini saya terangkan terperinci apa bahan masakan dalam bentuk gambar. Agar anda boleh beli sendiri di kedai runcit. Siap jenama brand saya beritahu.

Paling best dalam bab ni. Anda boleh buat aiskrim perisa anda sendiri. Yahooo…!

Bab 4.1: Carta Alir Pemprosesan Aiskrim


Dengan carta alir ni, ia memudahkan anda nampak apa yang perlu didahulukan. Apa yang perlu dikemudiankan.

Saya faham, bila anda baca ebook lain. Kadang-kadang anda pening, nak mula mana satu dulu ni?
Tapi jangan risau. Dalam ebook ini saya sediakan carta alirnya. Demi untuk memudahkan anda faham.

Bab 5: Info Asas Tentang Aiskrim.

Dalam bab ini anda akan tahu ada berapa jenis aiskrim di Malaysia ni? Apa yang membezakan jenis-jenis aiskrim ni?

Kenapa aiskrim jenis A lebih murah berbanding jenis B? Kenapa aiskrim yang kita beli dekat supermarket cepat cair?

Aiskrim yang bagaimana yang dikatakan mesra-pengguna? Ada saya beritahu jawapannya. Agar anda tak kekok bila diajukan soalan ini satu hari nanti. :)


Jika cara untuk dapatkan ilmu seperti di atas susah bagi anda, alternatif yang paling baik ialah baca "Panduan Bisnes Aiskrim'' dari anak Chef Li ini. Saya kira ini ikhtiar yang paling senang untuk anda belajar bisnes aiskrim tanpa melibatkan kos yang mahal dan masa anda juga dapat dijimatkan.

Jadi, bertindak sekarang selagi ilmu ada di depan mata anda. Hadam dan aplikasikan teknik yang diajarkan.


Post a Comment

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Previous Post Next Post