Cerita Minggu Akhir Persekolahan 2015 - Bermakna ini minggu terakhir tugasan saya untuk tahun 2015 sebelum cuti sekolah bermula. Bila mengenangkan cuti yang bakal tiba tak sabar pula rasanya nak bercuti. Sejak berkeluarga ni, masa cuti macam ni lah nak luangkan masa dengan keluarga, isteri dan anak. Tapi tugas bagi tahun 2015 masih belum selesai. Masih banyak perkara nak kena setel dalam minggu ni.

Tahun ni jugak kena jadi guru kelas dan banyak benda nak kena buat. Besar peranan guru kelas ni. Nak kena key in markah, nak kena combine semua modul pbs offline, nak kena print dan cop itu ini, nak kena tutup buku rekod kedatangan dengan jayanya, kemaskini fail peribadi pelajar dan banyak lagi.

Wow....banyak benda nak kena buat. Walau ape pun kena cool.....

kucing hensem pakai cermin mata yang cool

Baru format laptop dan install semua software yang diperlukan antaranya Microsoft Office. Memang penting disaat genting macam ni. Minggu ni minggu terakhir tapi dah ada pelajar yang ambil cuti awal sejak minggu lepas. Kalau budak-budak yang nakal yang selalu bikin masalah tu elok sangatlah mereka tak datang. Kalau datang pun asyik timbulkan masalah. Dahlah cikgu-cikgu semua tengah sibuk.

Cerita Minggu Akhir Persekolahan 2015

Tahun ni tak kena jadi pengawas SPM seperti tahun lepas. Nasib baik.. kalau tak parah jugak tu dahlah jadi guru kelas. Di minggu akhir macam ni lah guru kelas kena selesaikan banyak perkara.

..

...

Jadi cikgu tu best?

Jadi cikgu tu mudah?

Ya memang best dan memang mudah tapi ada tempat-tempatnya. Realitinya tugas guru zaman sekarang memang sangat mencabar. Tambahan pula tugas mengajar kadang-kadang boleh terganggu dengan kerja-kerja penkeranian.

Tu tak cerita lagi bab pelajar-pelajar zaman sekarang. Malas saya nak ulas panjang. Yang penting jaga anak masing-masing sebab institusi pendidikan bermula di rumah. Ni kalau kat rumah dah bermasalah boleh jadi kat sekolah pun akan timbulkan masalah.

..

...


Minggu ini saya agak sibuk seperti minggu-minggu yang lain. Minggu sebelumnya sibuk dengan menanda kertas exam akhir tahun kemudian key in dalam SAPS. Pendek kata semua kena key in. Tugas guru zaman sekarang tak sama dengan tugas guru-guru zaman dahulu.

PS : Tahun ni tak ada jamuan akhir tahun untuk kelas. Budak-budak pun tak ada tanya seakan-akan memahami gurunya tengah sibuk.

Tak sabar nak balik kampung tengok anak dan isteri tercinta :-)



2 Comments

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

  1. orang tak jadi cikgu memang ingat kerja guru tu ringan dan mudah ...apa pun selamat bercuti dan balik kampung ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..bukan mudah jadi cikgu zaman sekarang ni..terima kasih ye :-)

      Delete

Post a Comment

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Previous Post Next Post