Komisen Pertama Kerja Translator - Laman web kerja translator antara laman web untuk sesiapa sahaja yang nak tambah pendapatan atau cari kerja sambilan. Ada dua cara untuk anda jana pendapatan dengan kerja translator antaranya menyiapkan tugasan yang diberikan sebagai penterjemah online atau turut mempromosikan laman web kerja translator untuk mereka di luar sana yang nak cari duit online.

Komisen Pertama Kerja Translator

Laman web kerja translator merupakan platform kerja secara online yang diasaskan oleh Klik Solution yang terkenal dengan platform job dirumah. Kedua-dua platform kerja ini (kerja translator dan jobdirumah) diasaskan oleh syarikat yang sama. Syarikat ini antara syarikat yang menyediakan panduan untuk bekerja dari rumah dengan cara yang betul.

Ini merupakan bukti komisen yang saya terima daripada platform kerja translator kerana mempromosikan panduan kerja menterjemah kepada mereka yang ingin bekerja dari rumah.

buat duit dengan kerja translator

Jika anda minat untuk bekerja sebagai penterjemah online anda bolehlah baca perkongsian ini sampai habis.
Tugas utama seorang penterjemah adalah menukar satu bahasa ke bahasa yang lain. Translator bekerja dengan bahan bertulis manakala bahasa pertuturan di terjemah oleh juru bahasa.
Translator biasanya dibayar berdasarkan kadar jumlah perkataan, dari USD$0.03 – USD$0.15 sen tiap perkataan. Dokumen biasa mungkin mempunyai sekurang-kurangnya 500 patah perkataan, dengan mudah boleh memberi anda bayaran antara USD$15.00 hingga USD$75.00 tiap projek.

Kalau berdasarkan pada tukaran matawang sekarang, anda mampu mendapat antara RM57 – RM285 bagi setiap job yang anda lakukan. Harga untuk menterjemah sebuah laman web adalah lebih kurang USD$500 atau RM1900 bergantung kepada berapa banyak perkataan.

Anda yang tentukan sendiri berapa banyak yang anda ingin dapat setiap bulan, lebih banyak projek yang anda buat lebih banyak duit anda dapat. Freelancer yang berjaya boleh menjana pendapatan sehingga USD$100,000 setahun.

Sumber : Laman web kerja translator

Mengapa Platform Kerja Translator Diwujudkan?

Memandangkan syarikat ini mendapat banyak permintaan dari pelanggan-pelanggan untuk mendapatkan panduan kerja translator dan direktori syarikat penterjemahan yang sah. Maka panduan kerja translator telah diwujudkan bagi memudahkan orang ramai.

Kerja Translator mengambil masa hampir setahun untuk menyusun semua syarikat-syarikat dan agensi translator untuk kemudahan bersama. Direktori ini mengandungi ribuan syarikat penterjemahan yang sedang mencari translator Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, dan lain-lain untuk bekerja dengan mereka secara freelance dan ada sesetengah syarikat mengaji translator secara tetap.
Kerja translator menyediakan Direktori untuk anda  mencari ribuan syarikat penterjemah untuk anda mendapatkan job sebagai penterjemah. Direktori ini mengandungi ribuan syarikat penterjemahan yang sedang mencari translator Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, dan lain-lain untuk bekerja dengan mereka.
Jadi jika anda berminat untuk bekerja sebagai penterjemah online, anda bolehlah mendapatkan panduan kerja translator ini. Apabila sudah menjadi ahli premium anda akan disediakan panduan lengkap untuk bekerja dan direktori untuk mendapatkan kerja dari syarikat di seluruh negara. Setakat ini laman web kerja translator mendapat maklum balas yang positif daripada ahli-ahli. Boleh lihat di laman web rasmi kerja translator.



1 Comments

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

  1. Tahniah, saya pun dah berpeluang merasa komisen dari job ini... moga selepas ni bertambah-tambah lagi rezeki :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Previous Post Next Post