Pejam Celik Pejam Celik Cuti Dah Berlalu - Sekejap je masa berlalu. Cuti saya seminggu sempena cuti sekolah dan raya haji dah pun berlalu. Syukur alhamdulillah seperti tahun-tahun yang lepas saya masih dapat menyambut hari raya haji di kampung. Kalau ikutkan hati rasa nak sambung je cuti kat kampung tapi apakan daya mencari rezeki di negeri orang kena jugak balik berkhidmat seperti biasa. Sape tak nak kerja di negeri sendiri kan.
Pejam Celik Pejam Celik Cuti Dah Berlalu
Perjalanan balik kampung tahun ni tak kena rempuh jem sebab saya dapat balik awal sempena cuti sekolah. Tahun ni plak hari raya haji jatuh dalam cuti sekolah jadi bolehlah balik awal. Kalau nak balik kampung memang laju je packing barang dan bertolak balik...kalau nak kembali semula memang liat.
Best duduk kat kampung ni. Jiwa saya sukakan ketenangan, udara yang segar, dapat merasa angin yang bertiup dan dapat tengok kehijauan alam sekeliling. Tak macam kat KL ni penuh sesak dengan kesibukan. Hari-hari nak kena menghadap jem. Kalau pergi mana-mana mesti orang ramai nak parking kadang-kadang pun susah. Tapi nak buat macam mane mencari rezeki kan... :-)
Dalam seminggu cuti ada beberapa siri komisen yang masuk. Nantilah ada masa saya update ye. Buat duit dengan blog ni memang seronok. Tengah-tengah cuti pun duit komisen masuk. Itulah kelebihan kalau amalkan "teknik buat duit blog" ni. Cubalah sendiri dan anda sendiri akan merasa macam-macam komisen yang pelik-pelik.
Kalau diimbas kembali ada macam-macam komisen pelik yang saya terima. Ada ketika mandi, ketika memandu, ketika makan, ketika sembang kedai kopi dengan kawan dan ketika sedang tidur. Komisen ni akan masuk terus ke dalam akaun saya.
Minggu ni dah mula bekerja..penat menghadap jem ni. Krem kaki ni nasib baik ada member dan blogger Ariff Sulaiman. Boleh gak buat bersembang dan hilangkan rasa mengantuk. Teruk betul jem kat lebuhraya karak. Perjalanan dari tol bentong ke tol gombak yang biasanya saya drive lebih kurang 40 minit dah jadi hampir 4 jam. Fuhh penat...tu tak masuk lagi beberapa siri jem sebelum tu.

Letih yang amat..Sampai rumah apalagi terus tidur. Syukur alhamdulillah selamat sampai. Perjalanan anda pula macam mana? Tak menghadap jem ke?
Post a Comment
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.