Komisen 3 Hingga 6 & Bayaran Ke 2 Dari Ashadee - Jerebu pun dah reda nampaknya taklah kelam je udara ni. Lemas rasanya bila jerebu ni dan kesihatan juga akan terjejas. Semalam adalah Hari Malaysia yang merupakan hari cuti bagi rakyat Malaysia. Tapi saya tak ke mana-mana pun. Duduk rumah je buat apa yang patut, baca entri rakan-rakan blogger dan update blog mana yang patut. Tak semangat nak keluar dalam keadaan udara yang tidak sihat ni.
Komisen 3 Hingga 6 & Bayaran Ke 2 Dari Ashadee
Semalam jugak hari gaji bagi affiliater-affiliater kat ashadee tu. Biasalah hari rabu adalah hari pembayaran komisen dari ashadee. Tapi memandangkan semalam Hari Malaysia cuti umum jadi hari ni baru ashadee uruskan komisen-komisen affiliate.
Komisen 3
Kali ini saya juga tak terkecuali. Komisen dari affiliate ashadee ni
tak adalah hebat sangat, biasa-biasa je saya dapat. Tapi alhamdulillah
ada peningkatan. Cuma sekarang saya masih buat kajian produk apa yang
ada permintaan tinggi. Maklumlah produk kat ashadee ni ada banyak.
Komisen 4
Sepanjang
bulan ogos dan september ni saya berjaya dapat 4 komisen daripada
ashadee. Tapi kena tunggu lah pembayaran sebab saya dah tetapkan minimum
RM50 barulah ashadee akan clearkan pembayaran. Kalau komisen saya
kurang RM50 kena giatkan lagi promosi supaya jumlah komisen melebihi
RM50 tu.
Komisen 5
Sempat gaklah screenshot komisen-komisen yang
saya dapat ni dengan harapan dapat membakar semangat anda yang serius
nak cari duit online. Yang penting, buat dan terus buat. In Sha Allah
ada hasilnya. Alhamdulillah selain tahun 2014, tahun 2015 adalah tahun
yang indah buat saya berblogging. :-)
Komisen 6
Bila difikir balik dan terkenang saat awal-awal saya berblogging fuhh memang sedih dan banyak jugaklah cabaran. Tapi tekad dan fokus tu jadi keutamaan. Buat kerana minat In Sha Allah kita boleh pergi jauh. Rajin-rajinkan diri cari ilmu. Tak cukup dengan tu boleh buka laman web cara dapat komisen dari blog atau asas affiliate untuk newbie dan banyak lagi panduan yang anda boleh baca kalau betul-betul nak dapat komisen affiliate dari blog. Indahnya kalau tiap-tiap bulan dapat bayaran komisen affiliate dari ashadee macam ni kan?
ps : Ada peningkatan dari bayaran sebelum ini. Saya kena giatkan lagi promosi dan mantapkan lagi teknik yang sedia ada sebab perjalanan masih jauh. Selamat maju jaya ya.
Post a Comment
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.