Contoh Kertas Kerja Perniagaan Yang Lengkap. Saya sering melihat kisah-kisah kejayaan dalam perniagaan malah saya juga dikelilingi dengan kawan-kawan yang menjalankan perniagaan. Yang pastinya mereka ada perkara yang sama yang boleh dikongsikan iaitu jatuh bangun dalam perniagaan. Ada yang bermula dengan modal kecil sahaja dan sekarang sudah untung besar. Ada juga yang bermula dengan modal besar tetapi belum apa-apa perniagaan terbengkalai.

contoh kertas kerja perniagaan lengkap

Begitulah asam garam dalam perniagaan yang boleh kita jadikan panduan. Nak berniaga memerlukan ilmu tidak boleh nak buat sembarangan. Kena ada idea perniagaan apa dan kemudian carilah ilmu sebelum memulakannya.

Contoh Kertas Kerja Perniagaan Yang Lengkap

Bila melihat kegagalan dalam perniagaan lihatlah ia dari sudut positif. Cuba fikir kenapa gagal? Kat mana lagi yang silap? Adakah cara yang digunakan sama atau tidak dengan orang-orang yang dah berjaya. Mesti ada something wrong kan?

Biasanya orang yang gagal dalam perniagaan adalah mereka yang kurangnya ilmu dan strategi yang digunakan. Ada beberapa term yang mereka dan skip dan cuba langgar dalam perniagaan. Jadi, rancanglah perniagaan anda bermula dari sekarang.

Rancang Perniagaan

Pertama. Selepas mengenal pasti dan memilih satu peluang perniagaan yang sesuai, anda perlu membuat perancangan yang teratur supaya perniagaan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan sumber-sumber perniagaan dapat digunakan dengan lebih cekap.

Kedua. Selepas memilih satu peluang perniagaan, langkah seterusnya ialah menyediakan sebuah rancangan atau pelan perniagaan yang lengkap.

Apakah yang dimaksudkan dengan rancangan perniagaan?

Rancangan perniagaan adalah sebuah dokumen bertulis yang menerangkan perkara yang berkaitan dengan perniagaan yang hendak dilaksanakan. Dokumen tersebut mengandungi maklumat yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang hendak ditawarkan serta perancangan terperinci mengenai aspek pemasaran, pengurusan, operasi dan rancangan kewangan perniagaan. 
Rancangan perniagaan sering juga dikenali sebagai kertas projek atau kertas kerja.

Kepentingan Rancangan Perniagaan

1. Memberi peluang kepada usahawan untuk melihat dan menilai perniagaan secara objektif, kritikal dan praktikal.

2. Mengkaji dan menilai sama ada perniagaan yang akan dijalankan berdaya maju atau sebaliknya.

3. Meyakini pihak tertentu bagi mendapatkan sumber pembiayaan kewangan.

4. Menjadi garis panduan untuk mengurus perniagaan seharian.

Jika anda menjalankan perniagaan sendiri tetapi tidak mempunyai perancangan bertulis yang rapi, Rancangan Perniagaan (RP) sangat sesuai untuk anda. Dengan memiliki “Rancangan Perniagaan” anda  sendiri akan didedahkan secara langsung dengan proses-proses penghasilan Kertas Kerja yang berkualiti dan dapat menjamin kelulusan pinjaman kewangan perniagaan anda!

33 Contoh Kertas Kerja Perniagaan

1. Cybercafe
2. Pengurusan penanaman kelapa sawit (100 ekar)
3. Salon kecantikan
4. Penternakan ikan air tawar
5. Penternakan kambing
6. Penternakan lembu ‘fidlot’
7. Kedai computer
8. Kedai bakeri
9. Perusahaan cendawan
10. Pemprosesan makanan (keropok) – pembelian mesin pemprosesan makanan
11. Perusahaan textile – pembelian mesin jahit berkomputer
12. Kedai koperasi- perniagaan peruncitan, pemborong & perkhidmatan
13. Francais
14. Coffeehouse
15. Kedai Dobi (1) : MARA
16. Kedai Dobi (2) : Loan RM 25,000
17. Penanaman buah naga
18. Tanaman sayuran
19. Frozen food
20. Perniagaan coklat
21. Katering
22. Burung Puyuh
23. Restoran
24. Kedai handphone – handphone, aksesori handphone, reload
25. Perusahan telur
26. Perniagaan pencetakan
27. Penternakan ikan keli
28. Cybercafe 2 – kelas komputer, alat komputer
29. Cake shop
30. Butik kecantikan
31. Kedai jahitan
32. Penternakan cacing
33. Butik pakaian – pakaian & aksesori wanita

Ada 33 contoh kertas kerja perniagaan yang sesuai dengan perniagaan anda. Anda cuma edit sahaja mengikut kesesuaian perniagaan anda. Kertas kerja perniagaan ini sangat lengkap dan membantu usahawan-usahawan diluar sana. Seperti yang saya bagitau awal-awal lagi, merancang perniagaan yang baik menentukan kejayaan perniagaan anda. Jadi anda memerlukan kertas kerja yang lengkap.


PS : Pakej Niaga Lengkap yang mengandungi Rancangan Perniagaan (RP), 33 contoh kertas kerja, 9 Panduan Perniagaan, Perisian Perakaunan, Build a Website for Free, The Millionaire Mindset dan Trump 101: The Way to Success dimuatkan dalam satu CD akan dihantar ke alamat anda melalui Pos Express Malaysia.

Selain daripada kertas kerja dalam perniagaan anda juga perlu bijak menguruskan sistem perakaunan perniagaan anda. Kerja-kerja menguruskan akaun perniagaan pastinya boleh memeningkan kepala anda. Anda memerlukan sistem perakaunan yang lebih mudah dan jimat masa. Baca bagaimana sistem ini dapat membantu anda dalam menguruskan akaun perniagaan anda : Sistem perakaunan mudah dan cepat

4 Comments

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Post a Comment

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Previous Post Next Post