Blog Tiada Komen Macam Mana Nak Buat ? Isu ni dah biasa berlegar-legar di bibir para blogger. Tak kisahlah blogger wanita mahupun lelaki yang hensem sekalipun, mereka pernah alami situasi ni. dan isu ni jugak lah yang saya hadapi dulu. Blog tiada komen ni rasa macam sunyi je kan. Penat-penat tulis entri panjang-panjang tapi tak ada pun yang baca dan sudi tinggalkan komen.


Blog Tiada Komen Macam Mana Nak Buat ?


cara tingkatkan komen pada entri blog


Kalau anda lah apa yang anda akan buat ? Kekadang ada jugak yang datang ke blog kita dan baca entri kemudian mereka terus keluar tanpa tinggalkan komen. Masa permulaan saya berblogging ni tak ada pun yang tinggalkan komen apatah lagi nak dapat income dalam USD dari mobicow.


Sedih gak rasanya kan nampak sunyi je blog kalau tiada komen-komen yang meriah. Kalau ada komen nampak bertambah seri dan warna-warni lah sesebuah blog tu.

Komen-komen itu dapat menghidupkan suasana sesebuah blog..hoho


Percayalah usaha tanpa jemu akan ada hasil yang menggembirakan dipenghujungnya. Jadi nak tak nak saya mula rajin-rajinkan diri untuk tinggalkan komen di entri blogger-blogger yang lain. Tetapkan lah berapa blog dalam sehari. Jangan banyak sangat kan tak pasal-pasal dicop sebagai spammer dengan gayanya.


Kalau anda tak perkenalkan siapa anda, macam mana mereka nak hidu kehadiran anda dalam dunia blogger ni. Teknik ini juga dapat meningkatkan backlink blog anda.

Anda kena perkenalkan siapa anda dan buat mereka sedar tentang kehadiran anda.

Seterusnya, kalau dah siap tulis dan publish entri tu jangan biar macam tu je. Sekurang-kurangnya gunakan media sosial untuk rakan-rakan anda tahu bahawa anda baru sahaja tulis sebuah entri di blog. Tak payah pun, copy je lah link entri yang anda dah tulis dan post jelah kat facebook tu.


 


Lagi satu jangan lupa ping entri anda tu di group-group blogger nih. Cuba search dan join group-group blogger tu. Banyak faedahnya nanti. Tak percaya cubalah ping link entri anda tu. Saya pernah tulis tentang kelebihan ping entri ni, sila baca di sini.


Saya dulu silap sebab masa awal-awal berblogging dulu tak buat macam ni. Tapi yang berlalu tu jadikan pengajaran, ping entri tetap diteruskan sampai sekarang..hehe


Dah,,tu je untuk kali ni, rajin-rajin lah datang blog ni kalau nak tahu bagaimana saya guna blog untuk tambah pendapatan.



Baiklah sekian sahaja untuk kali ni ye.

Jumpa lagi..semoga berjaya..

12 Comments

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

  1. Tq for the info. Mmg rasa sunyi je kalau tak ada yg mengomen. Sy pon mmg ada terpk gak mcm yg awak sarankn tu. Introduce diri..

    Hai.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, kena rajin-rajinkan ping entri dan komen di blog rakan-rakan blogger yang lain. Jangan lupa tu :-)

      Delete
  2. Bagus juga tips ni.. ttg ping entri tu, kadang2 rasa segan nak ping kalau entri just suka2 dan tak de info..bole gitu.. he he.
    Masalahnya ada pulak yg terover ping..boleh "stress" dibuatnya bila dalam sejam dia ping benda yg sama sebanyak 4 / 5 kali..
    Anyway, terima kasih berkongsi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, betul jugak tu jangan sampai terover ping lah nampaknya :-)

      Delete
  3. kalau rajin blogwalking dan beri komen kat blog orang maka blog kita tidak akan sunyi dari komen..tak banyak sikit pun jadilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup,

      Btl kat mr hanafi...yg penting kne rajin...plg tdk pun 5 blog sehari dah ok tu.. :-)

      Delete

Post a Comment

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Previous Post Next Post