Setiap kali anda rasa malas untuk promosi blog, anda perlu ingat kalau bukan anda yang promosikan blog anda maka siapa lagi yang sanggup berbuat demikian ? Jawapan yang paling logik adalah anda sendiri. Betul kan ?

Cara Promosikan Blog Jika Rasa Malas



cara dan kaedah promosi blog bila malas


Khususnya untuk blog yang masih baru, promosi adalah sangat penting. Jadi jangan malas untuk promosikan blog anda.

Saya mengambil serius hal ini kerana saya tahu anda banyak memberikan perkongsian di blog anda dalam entri-entri yang anda tulis, tetapi belum tentu lagi entri anda di letakkan di halaman pertama enjin carian.

Kesannya kebarangkalian untuk mereka baca entri anda adalah sangat sedikit kerana anda terpaksa bersaing dengan pakar-pakar SEO seperti penulis Kitab SEO Merah Jambu ini.

Nak buat duit dengan blog anda kena baca Ebook dari beliau ni ye.. :-)



Jadi mengapa pentingnya promosi ? Jawapannya supaya mereka ingat nama blog anda, topik blog anda dan artikel-artikel baru yang anda tulis.


Susah lah nak promosi...

Sebenarnya bukannya susah yang menjadi persoalan tetapi anda malas.. :-)


Ada ke cara promosi blog bagi orang yang malas ?

Ini caranya...memandangkan media sosial semakin berkembang pesat, apa salahnya anda manfaatkan sebaik mungkin peluang ini untuk promosi blog.

Biasakan diri untuk amalkan teknik Signature setiap kali anda update status di facebook, we chat dan lain-lain.


Contohnya :


Status anda..................

.............................


>> Nama Anda


>> Link blog anda atau url entri terkini.



Rajinkan diri untuk post entri terbaru di facebook supaya friendlist anda tahu ada entri terbaru yang anda tulis.

Selain itu biasakan diri untuk tinggalkan komen pada rakan-rakan blogger yang ingin blogwalking.

Sertai group blogger di facebook. Rajin kan diri untuk tinggalkan link blog apabila mereka ingin berkenalan atau blogwalking.

Ni teknik yang paling sesuai untuk anda yang sentiasa sibuk atau malas. Ingat kalau bukan anda yang promosikan blog anda siapa lagi.

Sekian dulu perkongsian dari saya. Mudah-mudahan membantu :-)



Ikhlas

7 Comments

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

  1. tq ia sangat2 membantu bagi blogger baru macam akak ni..

    jemput jalan2
    www.yatiadam.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama akak..

      terima kasih juga sudi baca artikel ini :-)

      Delete
  2. tq hairi,, sangat-sangat membantu bg orang baru nak berblog ni.

    hehehe.. nnt aku rajinkan promosi blog aku

    klu ko rajin jemput2 lah singgah blog aku

    www.isterisihelmi.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama herni..

      terima kasih sudi baca entri ini..okey..inshaAllah :-)

      Delete
  3. http://pemasarannewbie.com/blog/

    ReplyDelete
  4. kan...kenapalah mesti malas nak share kat group facebook.Kiranya dah buat separuh la...saya kena usaha lebih lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha..buat jangan tak buat..jangan lupa ping artikel kat group blogger tu :-)

      Delete

Post a Comment

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Previous Post Next Post