Bagi yang follow blog ini dari awal-awal lagi mungkin anda sudah faham bagaimana untuk tambah pendapatan secara online melalui Program Affiliate. Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan bagaimana cara untuk tambah pendapatan online melalui Program Affiliate Klikjer. Saya sendiri telah mendaftarkan diri sebagai Affiliate Klikjer dan kini giliran anda pula.
Tambah Pendapatan Dengan Affiliate Klikjer
Saya rasa anda sudah tahu apakah Program Affiliate. Sebenarnya ada bermacam-macam program affiliate yang boleh anda sertai termasuklah program affiliate klikjer.
Program Affiliate Klikjer merupakan program affiliate tempatan dikendalikan oleh Shuth Network Sdn. Bhd. Shuth Network Sdn. Bhd. pula adalah merupakan sebuah syarikat penerbitan digital.
Oleh itu, banyak produk-produk digital (terutamanya ebook) , telah diterbitkan. Dengan menyertai program affiliate di klikjer.com , anda boleh memasarkan pelbagai ebook terbitan Shuth Network Sdn. Bhd.
Antara produk yang dijual melalui platform klikjer ialah produk informasi seperti ebook :
Antara produk yang dijual melalui platform klikjer ialah produk informasi seperti ebook :
Bayaran komisen kepada affiliate yang mendaftar adalah melalui konsep Pay Per Sale. Maksudnya bayaran komisen selepas jualan berjaya dilakukan.
Boleh rujuk artikel saya yang lepas 3 Cara Program Affiliates Dijalankan. Tugas anda sebagai affiliate klikjer adalah mempromosikan link affiliate produk yang telah anda pilih.
Cara Mendaftar Affiliate Klikjer
Pertama sekali anda perlu melayari laman web Program Affiliate Klikjer untuk mendaftar sebagai agen affiliate. Kemudian isikan borang pendaftaran yang diberikan.
Apabila proses pendaftaran selesai, dapatkan link affiliate anda untuk melakukan promosi. Jika ada pelawat yang klik pada link affiliate anda dan kemudian mereka membeli. Anda akan mendapat komisen. Komisen tersebut akan dibayar oleh pihak Klikjer kepada anda.
Jika anda menghadapi masalah untuk melakukan promosi, jangan risau kerana laporan ringkas telah disediakan untuk anda mengetahui 6 cara bagaimana anda boleh mempromosikan “link affiliate” anda secara ringkas dan mudah.
Baiklah, jika anda mahu menjadi Top Affiliate Klikjer, anda boleh lah rujuk Rahsia Klikjer. Boleh dapatkannya disini : Rahsia Klikjer
Sekian sahaja dari saya. Selamat maju jaya dalam program affiliate klikjer. Jumpa lagi dalam artikel yang akan datang.
Ikhlas
Azzahairi Sulaiman
Saya belum pernah cuba program affiliate ini
ReplyDeleteBoleh cuba tuan, saya pun baru cuba jg ni :-)
Deletesaya masih belajar2 lagi program ni
ReplyDeleteYe Ieta, saya pun masih belajar jugak ni :-)
Deletetak pernah lagi cuba.
ReplyDeletenak jugak dapat hasil dari affiliate ni.
harap earning kat nuff je x masyukk..haha
Bolehlah cuba nanti.
DeleteSelain nuffnang, kita join affiliate pula. Semoga berjaya :-)
Yap. Antara program affiliate yang terlama kat malaysia nih. Hoho
ReplyDeleteHoho..betul tu encik titan..dapat komisen nanti boleh lah makan cendol :-)
DeleteNak daftar! Nanti boleh berguru dengan awak kan ;)
ReplyDeleteSilakan. semoga berjaya yer :-)
DeletePost a Comment
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.