Formula menarik rezeki sungguh unik. Milik kita belum tentu rezeki kita. Begitulah uniknya konsep rezeki yang perlu kita fahami. Apa yang kita miliki belum tentu 100 peratus rezeki kita. Inilah yang dikatakan konsep hak dan milik dalam rezeki. Ingatlah rezeki itu jaminan Allah SWT dan tidak pernah diketahui bila masanya akan datang. Kadang-kadang tak menang tangan dibuatnya.

Milik Kita Belum Tentu Rezeki Kita

Saya beri contoh yang mudah. Suatu hari semasa sedang makan di sebuah kedai, seekor kucing yang comel datang mengiau-ngiau di sisi saya. Kelihatan kucing itu mengiau-ngiau begitu bersungguh-sungguh sehingga ia melompat ke atas kerusi. Melihat keadaan kucing itu membuat hati saya tersentuh. Kucing ini sangat lapar bisik hati kecil saya.

gambar kucing yang comel

Kisah Kucing dan Pemilik Rezeki

Lalu saya ambil sedikit lauk yang ada dan menghulur kepadanya. Kejadian ini membuatkan saya berfikir lagi mengapa kucing ini datang ke meja saya dan bukan ke meja orang lain?


Saya mula berfikir apa yang berlaku. Saya datang ke kedai makan ini mengambil makanan dan membayarnya dengan duit saya. Boleh dikatakan makanan ini makanan saya dan milik saya. Itu kata saya tetapi hakikatnya milik saya bukanlah semuanya rezeki saya. Rupa-rupanya sebahagiannya adalah rezeki kucing itu.

Sejak hari itu persepsi saya berubah dan setiap kali keadaan ini berlaku lagi saya sudah mengerti apa yang ditentukan oleh Allah SWT.

Usaha dan Rezeki

Apa yang diperolehi melalui usaha kita terdapat padanya rezeki orang lain. Kemudian saya lihat saki-baki makanan di atas pinggan. Ada tulang dan beberapa cebisan lauk yang berbaki. Sekali lagi ia bakal menjadi rezeki semut dan lipas.


Malah mungkin makhluk lain yang tidak nampak seperti jin. Tulang-tulang adalah makanan jin. Sekali lagi milik kita bukannya semua rezeki kita.

Begitulah unik rezeki pembahagian Allah SWT. Apa yang diperolehi dari usaha kita terdapat padanya rezeki orang lain dan jangan lah kita merasa kurang sebaliknya bersyukurlah kerana inilah salah satu kunci rezeki semakin melimpah ruah.


Jangan Lupa untuk sertai channel Telegram Rezeki Melimpah Ruah di sini untuk dapatkan tips rezeki setiap hari percuma : http://t.me/rezekimelimpahruah


ps : Rezeki akak ni melimpah ruah selepas amalkan formula ini. Buat sale RM10,000 dari bisnes part time sambil jaga anak je. Nak tahu formula apa yang akak ni guna ? Muat turun sekarang --> Formula luar biasa


7 Comments

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

  1. Assalamualaikum

    Semua rezeki telah ditetapkan,kita perlu usaha sahaja ;)

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Pesan mantan bos saya "rezki atau gaji kita sebenarnya bukan semua milik kita. Sebahagiannya adalah milik oranglain dan perlu kita kongsikan bersama". Nice tazkirah. Syukran kongsi ilmu bermanfaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Ieta. Terima kasih atas pandangan yang bernas. Itulah hakikatnya. Hak kita belum tentu milik kita. Sungguh unik konsep rezeki. Sama-sama :-)

      Delete
  3. menarik blog en. Azzahairi. Saya perlukan tunjuk ajar dari tuan

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Encik Ariff, Silakan Tuan :-)

    ReplyDelete

  5. tapi memang betoi pon.
    sebelum ni, bila saya sedekah pada orang lain..tak kiralah ssiapa pon,
    lepas tu saya dapat banyak peluang buat duit.

    allah gandakan pendapatan saya. 10x ganda.
    kadang2 bila tengah xda duit pon, sedekah juga.
    memang berat hati, tapi allah memang ganda lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..betul tu, Alhamdulillah Cik Puan, mudah-mudahan kita semua sentiasa dimurahkan rezeki yang berkat. Nice sharing :-)

      Delete

Post a Comment

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Previous Post Next Post