Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda semua? Saya harap hari ini lebih baik dari semalam. Sudahkah anda mempunyai Idea Untuk Perniagaan Anda ?
Kalau belum sila baca artikel saya yang lepas :
>> 5 Minit Mendapatkan Idea Bisnes Anda
Saya sebenarnya tertarik dengan Tips daripada Irfan Khairi (Jutawan Internet Malaysia) yang bertajuk :
Menjadi Popular dalam PERNIAGAAN.
Popular bukan sahaja dalam Hiburan semata-mata tetapi ianya sangat penting untuk perniagaan. Apabila anda popular sudah tentu kredibiliti anda meningkat. Betul kan? Secara mudahnya, semakin popular perniagaan anda semakin besar kuasa tarikan pelanggan untuk membeli produk anda.Untuk mengetahui cara menjadi popular, kuncinya adalah "MASA". Masa memainkan peranan yang penting- terutamanya untuk jadi popular di Internet. Kita pernah mendengar kisah-kisah over-night sensation (popular dalam masa singkat), namun, kisah-kisah sebegini tidak banyak dan hanya terjadi sekali sekala sahaja.
Seeloknya biarlah perniagaan yang kita mulakan secara kecil-kecilan dahulu seolah-olah kita menaiki tangga dari bawah ke atas.
Apabila menggunakan elemen "Masa", kita dapat membina populariti perniagaan dan juga JENAMA kita. Jangan fikirkan menjadi popular dengan cepat oleh kerana cara yang lebih ideal dan terjamin untuk jangka panjang adalah membina populariti secara perlahan.
Masa Itu Emas Dalam Perniagaan Internet
- Justin Bieber popular sedunia hari ini meletakkan klipnya di YouTube sejak 2007.
- Ana Rafali pemenang Juara lagu kini telah menggunakan Youtube sejak 2006.
Jutawan-jutawan yang popular juga memerlukan elemen masa. Mereka tidak terus berjaya menjadi kaya dan berjaya. Tetapi mereka telah memulakan langkah beberapa tahun yang lalu sehingga kini mereka dikenali.Kesimpulannya, untuk membina jenama perniagaan, kita sama-sama fikirkan elemen masa. Mulakan awal. Jangan bertangguh-tangguh oleh kerana lagi anda bertangguh, lagi lambat elemen masa akan membantu populariti perniagaan dan jenama anda. Mulakan sekarang dan biarkan masa membantu populariti perniagaan anda.Selamat Maju Jaya.Sesungguhnya Masa Itu Emas.Jangan Lupa Subscribe blog ini untuk saya hantarkan tips-tips secara terus ke email anda secara PERCUMA.
Post a Comment
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.