Showing posts with label Tips Hartanah. Show all posts
Showing posts with label Tips Hartanah. Show all posts

Prosedur Beli Rumah Pertama Dari Mula Sampai Dapat Kunci

Prosedur Beli Rumah Pertama Dari Mula Sampai Dapat Kunci - Artikel ini diambil daripada blog Gila Hartanah. Untuk rujukan dan manfaat bersama saya kongsikan di ruangan ini.

Mungkin ramai yang tak berani beli rumah sebab tak tahu proses dan prosedur yang terlibat.

Sebab terlampau baru, ramai yang tak berani nak bertindak sebab tak tahu selok-belok membeli rumah pertama.

panduan beli rumah hingga dapat kunci

Takut pula kalau “terkena” nanti. Ya lah, banyak duit boleh lebur kalau tersalah langkah kan?

Kalau ini masalah korang, Tok cadangkan untuk teruskan bacaan sampai habis.

Tuan Arif Hussin ada kongsikan tutorial membeli rumah secara komprehensif dan mudah nak hadam. Semoga ia bermanfaat buat korang semua.

Anda dijamin berani bertindak bila dah tahu prosedur ini.

Prosedur beli rumah mungkin asing bagi korang yang bercadang membeli hartanah pertama.

Membeli hartanah secara amnya, melibatkan 5 langkah:
  1. Membuat persediaan pembelian,
  2. membuat tawaran,
  3. mendapatkan khidmat guaman dan pinjaman,
  4. menandatangani perjanjian,
  5. Urusan pindah milik.
Mengetahui prosedur adalah penting kerana ianya dapat:

  • Membantu anda membuat perancangan, dan
  • Mengelakkan kelewatan yang boleh menyebabkan kerugian.

Dalam tutorial kali ini, saya akan berkongsi tentang jangkamasa dan prosedur membeli hartanah.

Apa yang anda perlu sediakan sebelum membeli rumah? 

Korang dah bersedia bersedia untuk membeli rumah, kalau cukup syarat di bawah ini:
  1. Ada 10% tunai dari nilai rumah untuk deposit (30% deposit untuk rumah ketiga dan seterusnya). Untuk pengeluaran KWSP, kebanyakan pemilik masih memerlukan korang membayar deposit dahulu & kemudian baru buat pengeluaran,
  2. Ada tunai 4% dari nilai rumah untuk kos guaman dan duti setem,
  3. layak buat pinjaman dengan bank atau perunding hartanah,
  4. Untuk pinjaman sedia ada (pinjaman peribadi, kad kredit), korang dah urus bayaran dengan baik dan tak ada sebarang kelewatan,
  5. jika berkerja tetap, status perkerjaan korang dah confirm sebagai pekerja tetap, atau melebihi 6 bulan,
  6. dokumen untuk permohonan pinjaman dan guaman lengkap,
  7. mesti ada sedikit komitmen. Kalau bersih, tak pernah ada pinjaman, susah juga bank nak terima. Dapatkan credit card, guna sikit, bayar terus dalam tempoh grace period yang ditetapkan.

Masuk pula bab surat tawaran.

Setelah memilih hartanah untuk dibeli, korang akan menandatangani surat tawaran.

Korang dinasihatkan supaya meneliti terma-terma dalam surat tawaran tersebut.

Korang juga akan membuat bayaran sebanyak 3% sebagai wang tanda jadi, atau booking fee dekat agensi hartanah.

Agensi hartanah akan bertindak sebagai pemegang amanah. Ini bagi memastikan wang diurus dengan selamat dan adil.

Tip elakkan booking fee anda hangus begitu saja.
  • Pastikan kita berurusan dengan perunding hartanah berdaftar. Minta mereka tunjukkan tag & business card,
  • Kalau beli terus dengan pemilik, wang tanda jadi dibayar dekat peguam sebagai pemegang amanah,
  • Baca, teliti dan patuh klausa perjanjian (offer to purchase),
  • Pastikan kita layak meminjam berkadaran dengan harga rumah. Letak klausa wang tanda jadi (booking fee) akan dipulangkan kalau pinjaman tak lulus.

Macam mana nak dapatkan khidmat guaman dan pinjaman perumahan?

Apabila tawaran dipersetujui pemilik, kita perlu mendapatkan pinjaman jika belian dibuat melalui pembiayaan.

Selain itu, kita juga perlu mendapatkan khidmat guaman untuk mengurus pindah milik hartanah dan pinjaman.

Untuk kemudahan, kebanyakan ejen hartanah boleh membantu untuk menghubungkan pembeli dengan peguam dan juga jurubank.

Tip memilih peguam yang ohsem.

Peguam ni ada kepakaran masing-masing.

Seeloknya pilihlah yang berpengalaman dalam mengurus jual beli hartanah.

Jangan tergesa-gesa dalam memilih. Terutama kalau kita pakai pinjaman kerajaan yang perlukan banyak bantuan dari mereka. Minta pendapat rakan taulan atau perunding hartanah.

Siapkan dokumen ini sebelum buat pinjaman perumahan.

Untuk mereka yang berkerja tetap, berikut adalah senarai dokumen yang perlu disediakan untuk memohon pinjaman perumahan dan juga untuk tujuan guaman:

  • Salinan kad pengenalan,
  • slip gaji 3 bulan,
  • bank statement 3 bulan,
  • EPF statement dan /atau borang EA,
  • dokumen sokongan untuk pendapatan sampingan (sewa, ASB, atau lain-lain),
  • Surat tunjuk minat membeli rumah (surat tawaran / tunjuk minat / booking form).

Tiba masa untuk tandatangan surat perjanjian.

Dalam tempoh 14 hari berkerja selepas surat tawaran dipersetujui, anda dan pemilik akan menandatangani perjanjian jual beli atau Sales and Purchase Agreement (S&P).

Kita juga perlu membuat bayaran baki 7% kepada peguam. Wang tanda jadi 3% ditambah dengan baki 7% ini menjadi deposit 10% untuk rumah tersebut.

Proses uruskan pindah milik hartanah jenis pegangan bebas (freehold).

Kemudian, proses pindah milik bermula. Proses ini diurus dengan bantuan peguam dan perlu diselesaikan dalam tempoh 90 hari.

Bayaran baki 90% harga hartanah juga perlu dibuat oleh kita atau bank dalam tempoh ini.

Untuk hartanah berstatus hakmilik kekal atau ‘freehold’ tempoh 90 hari ini bermula dari tarikh perjanjian jual beli.

Apa nak buat kalau hartanah itu bukan jenis pegangan bebas (freehold)?

Ini adalah berbeza untuk hartanah selain freehold. Contohnya hartanah:

  • Berstatus hakmilik pajakan (atau leasehold),
  • geran induk belum disempurnakan.

Pindah milik untuk hartanah ini perlu mendapat kebenaran dari pihak berkuasa negeri atau pemaju.

Proses ini boleh memakan masa antara 1 hingga 6 bulan. Tempoh 90 hari untuk menyelesaikan pindah milik hanya bermula setelah kebenaran diperoleh.

Apa akan jadi kalau terlewat?

Kalau proses pindah milik dan bayaran 90% baki harga hartanah tak diselesaikan dalam tempoh 90 hari, pembeli akan diberi tempoh tambahan 30 hari.

Dalam tempoh ini pembeli dikenakan penalti, amnya pada kadar faedah 8% setahun.

Ambil kunci rumah.

Setelah kesemua proses ini selesai, pembeli akan menerima kunci rumah daripada pemilik.



Macam mana? Masih rasa susah lagi ke nak beli rumah?

Tok yakin korang semua orang yang bijak belaka, yang nak ubah nasib kewangan diri sendiri dan keluarga. In Shaa Allah dengan ilmu ini, korang lebih berani bertindak selepas ini.

Normal. Manusia takut pada sesuatu perkara yang mereka tak tahu. Dan sekarang, korang dah tahu. Tok yakin korang dah tak takut macam dulu. Jadi, tunggu apa lagi?

Nak beli rumah tapi tak cukup duit nak bayar downpayment? Ini penyelesaiannya.

Belajar cara 12 orang otai pelaburan hartanah ni beli rumah dengan modal yang minima.

Dapatkan ebook bertajuk “Tak Ada Duit, Boleh Beli Rumah Ke?” sekarang pada harga promosi. Promosi akan tamat pada bila-bila masa sahaja.



Nota Kaki :

Ribuan terima kasih di atas perkongsian asal daripada blog Gila Hartanah. Sumber entri asal: Prosedur beli rumah pertama dari mula sampai dapat kunci. Senang untuk orang baru hadam.


Bagaimana Cara Confirm Lulus Loan Rumah

Bagaimana Cara Confirm Lulus Loan Rumah - Dalam banyak kes, penghalang kepada pemilikan rumah adalah gagal untuk mendapatkan loan. Dan kalau tak kena ilmu dia, boleh hilang beribu-ribu ringgit yang kita dah laburkan untuk booking rumah tadi. Yang paling menyedihkan, loan rumah sebenarnya boleh lepas tapi direject sebab tak buat dokumentasi yang betul.

" Nak tahu strategi untuk lulus loan rumah dalam masa 2 minggu atau kurang? "

cara mudah lulus loan rumah

Memang tak dinafikan duit yang kita dah bayar untuk booking rumah boleh burn macam tu sahaja. Cara yang paling selamat adalah buat persediaan lebih awal sebelum memohon loan rumah. Kena cari ilmu terlebih dahulu kalau tak nak duit burn begitu sahaja. Sape tak sayang duit kan? Burn beribu-ribu ringgit macam tu je.

Lulus loan rumah dengan mudah menjadi idaman setiap orang. Sape tak nak memiliki rumah sendiri terutama sekali bagi golongan yang berkemampuan membeli rumah. Dah ada kemampuan tapi tiba-tiba loan rumah tak lepas.

Saya ada terbaca tentang Strategi Confirm Lulus Loan Rumah oleh Tim Gila Hartanah. Untuk makluman anda Tim ini jugalah yang menulis tentang Tips Bagi Golongan Yang Takde Duit Untuk Beli Rumah. Alhamdulillah panduan yang disampaikan menjadi rujukan best-seller.

Cara Confirm Lulus Loan Rumah

Ebook "Strategi Confirm Lulus Loan Rumah" oleh Tok Penghulu

Apa rahsia yang anda akan dapat bila dah baca eBook ni?

1. Perkara wajib yang anda patut semak dalam pakej loan rumah.
2. Macam mana nak banding dan bezakan pakej loan yang terbaik buat anda?
3. Macam mana nak buat bank bersahabat baik dengan anda?
4. Cara sediakan dokumen yang tip top, confirm banker anda akan tersenyum.
5. Macam mana nak gunakan simpanan dan pelaburan lain sebagai pemanis tawaran?
6. Apa itu CCRIS dan CTOS, dan macam mana cantikkan laporan-laporan ini?
7. Cara dan formula mudah untuk menyemak kemampuan pinjaman anda, semudah ABC.
8. Apa itu Debt Service Ratio (DSR)? Macam mana nak cantikkan DSR?
9. Senarai skim-skim yang memudahkan anda untuk apply loan rumah. (Boleh jimat beribu-ribu ringgit!)
10. Senarai semak yang lengkap untuk apply loan rumah dekat mana-mana bank di Malaysia.

Ebook Strategi Confirm Lulus Loan Rumah

Ini dia isi kandungan penuh eBook eksklusif Strategi Confirm Lulus Loan Rumah.

BAB 1: Tahu siapa pemberi pinjam dan anda boleh jimat berpuluh ribu ringgit
 
  • Anda patut jadi seperti Ali
  • Langkah pertama yang anda patut buat?
  • 9 asas untuk dapatkan loan rumah yang terbaik
  • 7 kesilapan pelabur baru selalu buat
  • Biar keluar beratus, jangan rugi beribu
  • Macam mana bank buat progress payment
  • Mana satu loan rumah yang anda patut pilih?
  • Checklist Semak-Cepat Loan Rumah.

BAB 2: Macam mana nak buat bank bersahabat baik dengan anda?
  • Profil peribadi peminjam, cinta pandang pertama!
  • Salinan kad pengenalan, tak kenal maka tak cinta
  • Salinan Offer to Purchase atau Sales Form dan Receipt, bukti anda membeli, bukan pinjam untuk berjoli
  • Salinan penyata gaji bagi yang bekerja (6 bulan), bukti anda boleh bayar hutang
  • Salinan penyata bank (untuk transaksi penggajian) bukti duit tu masuk, bukan atas angin sahaja
  • Salinan dokumen pendapatan pasif, pendapatan portfolio, tambahan yang boleh meyakinkan banker anda
  • Salinan penyata bank, bukti simpanan anda bukan imaginasi khayalan
  • Salinan dokumen semua jenis simpanan, tambahan dokumen yang boleh tambah jumlah keseluruhan pinjaman anda
  • Salinan dokumen untuk insurans, bagaimana nak bagitahu bank anda banyak harta!

BAB 3: Dokumentasi Liabiliti
  • Laporan CCRIS, titik tolak segala keputusan banker!
  • “Apa Benda Laporan CCRIS Ni?”
  • “Apa Yang Ada Dalam CCRIS ni?”
  • Berapa lama rekod hutang kita disimpan dalam CCRIS?
  • Apa yang bank paling tak suka dalam laporan CCRIS?
  • Tips Mencantikkan Laporan CCRIS
  • Di mana nak dapatkan laporan CCRIS?
  • Dokumen sokongan lain yang boleh yakinkan bank hutang anda bukan beban yang besar!
  • Salinan penyata cukai dan resit pembayaran, tunjukkan anda pembayar hutang yang kemas.

BAB 4: Ukur baju di badan sendiri, jangan pakai ketat sangat, nanti rabak!
  • Macam mana nak tahu saya layak untuk dapatkan loan rumah?
  • Betul ke kita boleh kira sendiri semua benda ni?
  • Ini formula cara nak kira Debt Service Ratio
  • Cara kira harga rumah yang anda mampu beli
  • Cara power buat bank senang hati pinjamkan duit ke kita

[BONUS] BAB 5: Rahsia besar bank yang anda wajib tahu untuk tinggikan kadar lulus loan 100%
  • Rekod buruk sama standardnya dengan rekod yang kosong
  • Semak dulu siapa developer, tahu supaya tak tertipu
  • Bank tak suka rumah high-rise yang lama. Kenapa?
  • Apa tu bangunan non-HDA dan kenapa bank tak suka?

[BONUS] BAB 6: Gunakan skim bantuan yang anda untuk memudahkan proses apply loan dan beli rumah lebih mudah
  • Skim terbaik untuk pekerja sektor swasta
  • Suami isteri yang baru berkahwin sesuai apply skim ini
  • Skim khas yang bantu pekerja swasta beli rumah cepat-cepat
  • Anda ada tanah kosong untuk bina rumah sendiri?
  • 21 tahun, dah ada satu rumah, tapi nak tambah lagi?
  • Apa kelebihan kakitangan kerajaan untuk buat loan rumah

Bagaimana Cara Confirm Lulus Loan Rumah

Nak beli rumah bukannya senang, ye lah duit yang keluar awal untuk booking rumah ni bukannya sikit. Beribu-ribu ringgit kan?

Dalam banyak kes, penghalang kepada pemilikan rumah adalah gagal untuk mendapatkan loan. Dan kalau tak kena ilmu dia, boleh hilang beribu-ribu ringgit yang kita dah laburkan untuk booking rumah tadi.

Yang paling menyedihkan, loan rumah sebenarnya boleh lepas tapi direject sebab tak buat dokumentasi yang betul. eBook Confirm Lulus Loan rumah ini ditulis khas bagi mereka yang dalam proses membeli rumah atau nak beli rumah dalam masa terdekat. Tak kiralah rumah undercon, subsale atau lelong. Asasnya sama dan akan dibincangkan semua dalam eBook ni.

Nota penting: Jualan ini ebook ini dihadkan untuk 500 unit (tinggal 72 unit sahaja). Cukup kuota, ebook ini akan ditutup jualan serta-merta. Dapatkan melalui pautan berikut : eBook Confirm Lulus Loan Rumah Sekarang.


Cara Beli Rumah Tanpa Downpayment

Cara Beli Rumah Tanpa Downpayment

Cara Beli Rumah Tanpa Downpayment - Saya yakin masih ramai diluar sana yang masih belum memiliki rumah sendiri. Saban hari harga rumah semakin meningkat dari semasa ke semasa. Saya juga dalam perancangan untuk membeli rumah. Cuba dan terus mencuba mudah-mudahan ada rezeki untuk saya sekeluarga. Antara isu yang timbul apabila ingin membeli rumah adalah Downpayment. Nak beli rumah tapi tak cukup duit nak bayar downpayment. Itulah halangan yang timbul apabila kita ingin membeli rumah.

Untuk membeli sebuah rumah, kita memerlukan downpayment 10% daripada harga rumah. Katakanlah saya ingin membeli rumah berharga RM320,000, bermakna saya memerlukan RM32,000 untuk bayaran downpayment. Mana nak cekau duit sebanyak tu ye. Dan berdasarkan pembacaan saya dan kenalan yang merupakan ejen hartanah, ada beberapa cara untuk beli rumah bagi orang yang tak cukup downpayment. Berikut adalah cara yang boleh digunakan jika anda juga ingin memiliki rumah tetapi tiada wang untuk bayar downpayment.

Cara Beli Rumah Jika Tak Cukup Downpayment

Mungkin anda juga boleh gunakan beberapa cara yang saya nyatakan di bawah ini. Jika anda serius untuk membeli rumah dan takde duit nak bayar downpayment, pastinya anda boleh gunakan salah satu cara di bawah.

Ok, kita teruskan dengan 3 Tips Beli Rumah Tanpa Downpayment

3 Cara Orang Takde Duit Beli Rumah


1. Guna wang EPF

Jika anda mempunyai EPF anda boleh keluarkan EPF anda untuk pembelian rumah dari akaun 2. Berapa banyak yang anda boleh keluarkan dari EPF?

Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2.

2. Mark up Pinjaman

Salah satu cara adalah dengan mark up loan supaya 10% deposit dapat di masukkan sekali dalam pinjaman rumah anda. Saya tidak menggalakkan cara ini kerana ianya akan menaikkan kadar bayaran bulanan anda. Kecuali anda tiada wang tunai untuk bayaran deposit dan EPF tidak mencukupi atau tiada EPF. Kebiasannya, anda boleh bertanya dengan sales person tentang mark up pinjaman ini.


3. Beli rumah underconstruction


Biasanya rumah yang masih dalam proses pembangunan (under construction) banyak memberikan insentif diskaun seperti early bird diskaun, bumi diskaun dan sebagainya. Dengan adanya diskaun-diskaun ini, anda tidak perlu mengeluarkan 10% deposit. Cukup sekadar duit booking yang biasanya dari RM1000-RM5000. Dan kadang-kadang dengan adanya rebat dan diskaun ini mungkin anda akan dapat cash tapi ianya bergantung pada developer.

Sumber : http://mrzamri.com/beli-rumah-tanpa-deposit/

Panduan Beli Rumah Tanpa Downpayment








cara beli rumah tanpa deposit

Antara Isi Kandungan Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke?

  • 7 sebab utama kenapa anda wajib melabur dalam pelaburan hartanah yang ramai orang tak Tahu
  • Betul ke boleh beli rumah tanpa letak sebarang downpayment?
  • 3 cara berkesan yang anda boleh gunakan untuk buat pelaburan hartanah secara zero-downpayment
  • Faktor penting menentukan lokasi terbaik untuk beli rumah pertama anda
  • Bagaimana nak runding harga dengan pemilik rumah untuk dapat lebih banyak diskaun
  • Bagaimana nak dapatkan diskaun dari pihak pemaju?
  • Kisah bagaimana 12 pelabur hartanah beli 100 biji rumah dengan modal yang minima.

Jika anda serius ingin memiliki rumah, mungkin anda tergerak untuk membaca lebih lanjut di pautan berikut : Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke?

Saya pasti ebook ini dapat membantu anda untuk memiliki rumah walaupun takde duit. Ebook ini disampaikan oleh 12 orang yang berpengalaman yang suatu ketika dahulu terkial-kial untuk cari duit beli rumah.

Mudah-mudahan ia juga dapat membantu anda. Ilmu yang sangat terhad dan anda bertuah jika memiliki ebook ini. Jangan keberatan untuk melihat isi kandungan ebook ini yang mungkin anda tak akan jumpa di mana-mana buku di luar sana. Ini link ebook ☞ Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke?

Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke?

Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke? Jawapannya memang tak boleh. Ini fakta dan kita kena fikir logik. Persoalannya adalah DUIT. Malah persoalan ini mungkin menjadi permasalahan untuk membeli rumah.

Ada yang mengatakan DUIT adalah segala-galanya dan ada yang mengatakan segala-galanya memerlukan duit. Dan tak kurang jugak yang berhujah dengan "No Money No Talk". Mana satu anda nak pegang agaknya ya?

tak ade duit beli rumah

Duit mungkin masalah utama bagi sesetengah orang malah duit juga boleh mengundang masalah kalau tak diuruskan dengan betul.

Memiliki rumah kediaman sendiri adalah impian semua orang dan boleh jadi ia mimpi yang sangat indah. Khusus untuk golongan yang dah berkeluarga. Kalau bujang mungkin dorang tak terasa sangat kot.

Tapi percayalah manusia memerlukan RUMAH atau dalam erti kata lain tempat tinggal.

Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke?

Dalam kehidupan yang nyata untuk memiliki sebuah rumah kita memerlukan duit. Tak kisahlah rumah kecik ke besar. Kondo, apartment, flat, teres, banglow dan sebagainya.. duit tetap diperlukan.

Duit untuk beli rumah boleh datang dari pelbagai sumber. Tabung simpanan anda, tabung impian anda malah dari mana-mana bank yang ada kat negara malaysia ni.

Harga rumah saban hari makin naik dan terus naik. Ianya bukan mitos semata-mata. Ini hakikat yang perlu kita terima.

Jadi..berbalik kepada persoalan "Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke? Jawapannya dah terang lagi bersuluh memang tak boleh. Anda tetap memerlukan duit.

Jadi mahu tak jika saya kongsikan panduan macam mana anda boleh beli rumah walaupun anda ada 1001 alasan takde duit nak beli rumah?

Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke?

  • 7 sebab utama kenapa anda wajib melabur dalam pelaburan hartanah yang ramai orang tak Tahu
  • Betul ke boleh beli rumah tanpa letak sebarang downpayment?
  • 3 cara berkesan yang anda boleh gunakan untuk buat pelaburan hartanah secara zero-downpayment
  • Faktor penting menentukan lokasi terbaik untuk beli rumah pertama anda
  • Bagaimana nak runding harga dengan pemilik rumah untuk dapat lebih banyak diskaun
  • Bagaimana nak dapatkan diskaun dari pihak pemaju?
  • Kisah bagaimana 12 pelabur hartanah beli 100 biji rumah dengan modal yang minima.

Jika anda serius ingin memiliki rumah, mungkin anda tergerak untuk membaca lebih lanjut di pautan berikut : Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke?

Saya pasti ebook ini dapat membantu anda untuk memiliki rumah walaupun takde duit. Ebook ini disampaikan oleh 12 orang yang berpengalaman yang suatu ketika dahulu terkial-kial untuk cari duit beli rumah.

Mudah-mudahan ia juga dapat membantu anda. Ilmu yang sangat terhad dan anda bertuah jika memiliki ebook ini. Jangan keberatan untuk melihat isi kandungan ebook ini yang mungkin anda tak akan jumpa di mana-mana buku di luar sana. Ini link ebook -->  Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke?


How to Buy Property Abroad at a Real Estate Auction

Bagaimana untuk membeli hartanah di luar negara di lelongan hartanah? Adakah anda pernah terfikir tentang tajuk ini? Saya terpanggil untuk kongsikan sebuah artikel yang cukup menarik untuk difikirkan. Artikel ini telah ditulis oleh Sherley Smith seorang freelance Digital Marketer. Ianya berkaitan dengan cara membeli hartanah luar negara di lelongan hartanah. Berikut adalah artikel penuh yang ditulis oleh beliau.

how buy auction property
Source : Showmeinstitue

How to Buy Property Abroad at a Real Estate Auction - Are you considering attending a real estate auction abroad? Most people go the traditional route of purchasing a home after shopping for several months, using a realtor and negotiating with the seller. However, if you want to lose the headache and time associated with shopping for a home over the course of several months, especially if you are buying a home abroad, you might want to go with a real estate auction instead.


Real estate auctions are certainly not for everyone. However, if you are intrigued by the option of winning a bid on a fairly good property for an inexpensive price, read these tips and tricks on attending a real estate auction and nabbing the home of your dreams.

How to Buy Property Abroad at a Real Estate Auction

What is a Real Estate Auction?

A real estate auction is a public sale of properties like houses, townhomes, apartments and condos. While auctions were historically only open to real estate investors and professionals, properties can now be acquired via auction by nearly anyone. There are a number of reasons that houses are auctions off to the public. For example, many houses up for auction have been foreclosed by the government, or the bank repossessed the house and chose to sell it via auction in order to recover the original loan. It’s also possible that the original homeowner owed the government money and the government chose to reclaim and sell the house to make up for the money owed by the homeowner.

How Can I Find a Real Estate Auction?

Newspaper ads often promote real estate auctions, but it is also a good idea to search for these auctions online. If you’re looking into purchasing auction property, sites like PropertyGuru Malaysia are worth checking out. You can also check with a real estate agent or local auction houses to discover when and where the auctions are held. Auctions are generally held at a variety of different places, including local courthouses, conference centers or the auction company’s office, according to Realtor.com. Auctions can even be conducted online.

Types of Property Auctions

Auctions typically fall into three different categories -- reserve auctions, absolute auctions and minimum-bid auctions.

Reserve Price Auctions

At a reserve auction, a lender can reject your offer even if you are the highest bidder at the auction. Also, the reserve price is not made known ahead of time.

Absolute Auctions

However, at an absolute auction, the highest bidder always wins.

Minimum-Bid Auctions

At a minimum-bid auction, the bidding begins at a specific price. The starting price for a property at auction is usually the balance remaining on the mortgage or even lower if the auction holder wants to get the bidders interested. Therefore, houses at minimum-bid auctions usually go for a much lower price than the home value. In a foreclosure auction, the lender generally does not profit from the auction and these homes are almost always sold for less than the market value.

Paying for a Home Bought at an Auction

If you are buying a property at auction, you need to pay for it right then and there. Anyone going to a auction to bid should come prepared with a cashier’s check for the specified amount of money the auction holder needs to complete the home purchase. Some auctions allow financing, but you should still come pre-qualified before you even start bidding. Once you have purchased the property bought at auction, be aware that you will still need to go through the closing process, similar to a traditional real estate purchase. There are generally also fees to even attend the auction, so keep that in mind.

Be Aware of Home Issues

You should be aware that most properties are sold at auction, because the homeowner had financial issues. These financial issues are often caused by a lack of money savvy, but sometimes, there are serious maintenance issues with the house that lead the homeowner to serious financial trouble.

You should therefore be cautious when purchasing a home at auction, because these serious maintenance problems may need to be address before you can even considering moving into your new home. Even if the house is technically move-in ready, there may be some outdated features with the home that you would prefer to update before moving in. Most auction holders don’t allow bidders to tour the property before the house is sold at auction, whether because the current tenant forbids it or because the tenant could choose to trash the house or apartment before moving out after the sale at auction.

It is therefore important that before you bid on any property at auction, you do your research and check to make sure there are no liens against the home. You can check with the auction company and even research the house’s title before bidding on the property. No matter what, make sure that you have enough money to pay for the property and its closing costs before placing any bids. You could face some serious fees if you decide to withdraw a winning bid at auction.

The Pros and Cons of Buying at Auction

While purchasing a home at auction can seem daunting, there are some benefits, according to Investopedia. For example, auctions offer an opportunity to buy properties that are new on the market. It also takes much less time to buy a house via auction than to buy through the more traditional process of shopping for several months. For those that are buying a home abroad, the time saved through purchasing property via auction is a huge plus.

how to buy property abroad auction
Source : Cenprop

Since there are many risks involved, fewer people are interested in purchasing homes at auction than through traditional buying methods, so you will have less competition and prices will generally be much lower. While auction properties don’t always offer a good deal, you are much more likely to get a good deal at auction than through negotiating with a seller. For many people, being able to buy your home at a much lower price counteracts the drawbacks of buying an auction property.

What are the drawbacks? Auction properties tend to have a lot of maintenance issues or they could have been trashed by the homeowner. There could also be liens against the home, whether that means tax liens, contractor liens or a second mortgage. You should avoid running into these issues by making sure that you work with your auction company to ensure that your new house has clear titles, free of any liens.

Another con of buying at auction is that you usually have to pay more in cash than you do when you’re buying a house via traditional means. While auction companies have different requirements for payment, you will usually need a cashier’s check for at least the minimum bid amount for the house you are interested in purchasing.

Even if you do win the auction, you won’t necessarily be allowed to purchase the property, since the bank does not have to accept the winning bid. Also, if you are not fully aware of your auction type, you could end up bidding on a property with a hidden reserve price that sets a limit on the minimum acceptable price.

So there you have it! While property auctions can offer many unique challenges to people seeking to purchase a home, it is one of the best and cheapest ways to buy a house abroad, provided you understand how the auction process works.


Rumah Sendiri: Sewa atau Beli? Jangan buat kesilapan ini

Nota Editor : Catatan ini saya petik daripada blog Gila Hartanah dengan keizinan penulis asal. Semoga ia memberi manfaat untuk anda.

Rumah pertama yang anda bakal beli nanti, apa yang anda akan buat? Saya bagi pilihan yang paling popular di Malaysia:

1.    Beli dan duduk sendiri.
2.    Beli dan sewa.

Saya terbaca status FB daripada rakan pelabur hartanah kita iaitu Rohaniah Noor. Beliau sudah lama melabur dalam hartanah dan sudah berjaya membeli lebih dari sepuluh hartanah walaupun tanpa berpendapatan tinggi.

Beliau beritahu ada 1 amalan berfikir yang agak pelik ditanam dalam otak rakyat Malaysia. Khususnya bangsa Melayu.
“Rumah pertama saya mesti landed (rumah teres, banglo dsb). Rumah pertama saya mesti duduk sendiri. Bukan untuk sewa.”

Perkongsian yang boleh tepuk kepala otak bagi sedar


rumah idaman beli atau sewa

Lebih menarik, Cik Rohaniah Noor ini tidak sekadar berdiam diri dan membisu. Beliau berkongsi sudut pandangnya tentang pembelian rumah landed untuk duduk sendiri.

Saya yakin perkongsiannya sangat bermanfaat dan boleh tepuk kepala otak orang ramai untuk faham tentang selok belok pengurusan duit, dan pelaburan hartanah pada peringkat paling asas.

Rumah landed. Beli duduk sendiri VS sewa?

Cik Rohaniah Noor menjelaskan bahawa yang majoriti pembeli rumah pertama biasanya akan membeli rumah yang paling mahal mereka mampu nak beli. Ini adalah satu kesilapan besar kerana :

1) Kebanyakan hartanah landed harganya RM550,000 ke atas. Biasanya teres dua tingkat unit tengah. Kategori, subsale a.k.a rumah second hand.

2) Manakala kalau beli rumah daripada pihak pemaju, 100% dara, lagi tinggi harganya. Ramai yang suka beli rumah baru sebab mereka geli nak pakai rumah 2nd-hand.

3) Jika beli rumah harga RM550,000, modal minima perlu ada RM55,000. Ini belum masuk caj-caj peguam dan lain-lain. Untuk pinjaman 90% selama 30 tahun, pada kadar faedah 5%, bayaran bulannya lebih kurang RM2,657.

4) Ini bermaksud, kita akan bergadai duit untuk membayar ansuran bulanan sebanyak RM2,657 selama 30 tahun. Kalau umur kita 30 tahun, umur 60 tahun baru selesai hutang.

5) Paling menyedihkan, ia merabakkan duit poket kita sendiri. Sebab kita duduk sendiri di rumah itu. Kos segala bagai, kita yang tanggung.

6) Itu baru kos bayar rumah setiap bulan. Belum campur lagi kos kereta, barang dapur, makan, minum, duit belanja ibu dan ayah tercinta, serta lain-lain lagi.  Boleh stres dan pening kepala akan berlaku setiap bulan.

7) Daripada beli untuk duduk sendiri, lebih baik beli dan sewa. Tetapi, ada sedikit cabaran bila masuk bab sewa rumah landed.

8) Sewa biasanya jauh lebih rendah dari ansuran bulanan. Sebab biasanya matlamat pembeli rumah landed ini lebih fokus kepada kenaikan harga rumah dari semasa ke semasa. Tapi ada juga beli sekadar suka mahu beli.

 

11 Langkah duduk rumah landed dan dapat tunai RM1,600 sebulan dalam masa 30 tahun.

Cik Rohaniah Noor juga berkongsi satu sifir yang dapat membantu kita memahami potensi dan peluang. Strategi asasnya adalah: Sewa sahaja. Jangan beli duduk sendiri. Penerangan spesifik dan contoh yang beliau berikan pula adalah seperti berikut:

1) Rumah landed di Bangi Avenue pada masa ini (tahun 2015) berharga RM550,000 hingga RM580,000.

2) Jika beli rumah di kawasan ini, bayaran komitmen bulanan kita sekurang-kurangnya RM2,657.

3) Tapi nilai sewaan cuma sekitar RM1,200 hingga RM1,400 sebulan sahaja. Perbezaan yang sangat ketara jika dibandingkan dengan kos komitmen bulanan RM2,657.

4) Lebih baik kita sewa sahaja jika mahu duduk di kawasan ini. Lebih jimat berbanding kena bayar komitmen bulanan yang tinggi.

5) Apabila kita menyewa rumah, ia tidak masuk dalam CCRIS. Maksudnya, ia tidak mengganggu kelayakan pinjaman kita di masa akan datang.

6) Kelayakan pinjaman yang ada boleh digunakan untuk beli rumah yang boleh disewakan a.k.a rumah pelaburan.

7) Dengan kelayakan pinjaman RM2,657 sebulan, apa kata beli 2 apartment yang bayaran ansurannya RM1,300 setiap satu. Kemudian sewa apartment itu untuk dapatkan aliran tunai ekstra setiap bulan.

8) Sebagai contoh, kita dapat sewa apartment itu dengan harga RM1,600 sebulan, dan kadar maintenance RM150, maka kiraan ringkasnya adalah seperti berikut (baca poin nombor 8).

9) RM1,600 (Nilai sewa) – RM150 (Kadar maintenance) – RM1,300 (Ansuran bulanan) = RM150 (Untung bersih daripada 1 apartment).

10) Jika ada 2 apartment dengan kadar nilai yang sama seperti di atas, kita dapat aliran tunai bersih sebanyak RM300 sebulan.

11) Cukup 30 tahun apabila hutang rumah selesai, wang sewa 100% milik kita (dalam kes apartment tadi, nilainya RM1,600 sebulan). Ini boleh dijadikan sebagai duit persaraan.

Jalan sudah ada di depan mata. Pilihan sekarang di tangan kita

Ini adalah pendapat dan nasihat daripada Gila Hartanah :

1. Pastikan hartanah yang dibeli boleh dipakai atau disewakan : Kalau boleh, pilih hartanah yang boleh disewakan dgn nilai tinggi walaupun anda nak pakai sendiri buat masa ini. Nanti bila korang nak pindah, rumah ni boleh disewakan pada nilai yang melebihi ansuran bulanan dan tidak membebankan korang.

2. Ansuran rendah : Untuk rumah sendiri, pastikan ansuran bulanan tak melebihi 20% dari pendapatan bersih korang. Contoh, pendapatan bersih korang RM6000, pastikan ansuran bulanan korang tak melebihi RM1,500 sebulan. Kalau lagi kurang, lagi bagus!

3. Kurangkan komitmen bulanan : Kalau ansuran bulanan untuk hartanah tu at least 100% lebih dari sewa, baik korang sewa je lah. Contohnya macam kes Bangi Avenue, sewa cuma RM1,200 tapi ansuran bulanan RM2,657.

4. Pentingkan pelaburan dulu : Kalau rumah yang korang pakai sendiri mahal dan korang tak dapat apa-apa income/pendapatan dari hartanah tu, potensi pelaburan korang pasti akan terbantut. Sebab bila korang nak cuba nak apply loan lagi, mesti tak lepas sebab komitment peribadi terlampau tinggi. ( Selalu tengok orang yang beli hartanah mahal untuk pakai sendiri mesti ada banyak hutang credit card dan personal loan?)

5. Pakai rumah kecil dulu : Kalau korang baru je kahwin dan belum dapat anak lagi, duduk rumah 1 bilik pun dah cukup. Kenapa nak pening kepala duduk rumah besar dgn 4-5 bilik padahal korang cuma gunakan rumah untuk tidur dan berehat? Tak perlu membazir tak tentu pasal dan orang yang membazir memang susah nak kaya. Tak percaya, cuba tanya pelabur hartanah terkenal macam Cik Rohaniah atau Faizul Ridzuan jenis rumah apa yang mereke guna sekarang?

6. Guna duit orang lain untuk dapatkan rumah idaman : Guna pendapatan sewaan untuk bayaran ansuran/sewa rumah yang dipakai sendiri. Kalau gunakan contoh diatas, kalau korang boleh jana pendapatan bersih sewaan RM1200, korang boleh duduk rumah di Bangi Avenue ni secara percuma!
[+] Sumber asal : Gila Hartanah