Showing posts with label Lenovo. Show all posts
Showing posts with label Lenovo. Show all posts

Pengganti Phone Lenovo A889

Phone Lenovo A889 phone android kedua saya selepas Lenovo A590. Phone lenovo A889 ni mirip saudaranya A880. Saya masih ingat phone ni saya beli kat Tesco Ampang pada tahun 2014, tahun pertama bekerja tetap.

Secara keseluruhannya saya berpuas hati guna telefon ni dengan kapasiti ram dan jumlah internal storage yang pada saya ok la sebab saya bukannya heavy user. Guna untuk online je dan saya bukannya kaki gaming pun.

Cuma dari segi kamera hadapannya sahaja yang pada saya kurang memuaskan tapi tak mengapa saya bukannya penggemar selfie.

Manakala kamera belakangnya bagi saya ok je sesuai dengan harga. Saiz phone agak besar sket tapi okla bagi saya untuk buat kerja-kerja blogging ni.

Langit Tak Selalu Cerah


Banyak kenangan pahit manis dengan phone ni. Dengan phone ni jugaklah banyak notifikasi email komisen yang masuk tiap-tiap bulan. Sejak tahun 2014 hinggalah 2018 maka tamatlah riwayat phone ni.

Bila sampai satu tahap tel ni asyik stuck kat logo Lenovo tu. Saya ingatkan hang biasa-biasa juga rupa-rupanya luar biasa.


Buka battery dan on lagi sekali. Ulang balik buat benda yang sama tapi macam tu jugaklah kesudahannya. Akhirnya google lah sebagai tempat rujukan. Dengan berbekalkan video tutorial kat youtube saya buat keputusan untuk format je phone ni.

Diringkaskan cerita percubaan saya berjaya. Alhamdulillah syukur..tak payah beli phone baru.


Tapi... langit tak selalu cerah....


...


...


..


Masalah sama berulang kembali setelah beberapa bulan guna. Terpaksa format lagi sekali. Banyak kali jugaklah saya format phone ni. Yang paling tak best bila nak install balik software-software tu. Jenuh nak menunggu. Tapi takpela selagi boleh pakai saya pakai je.


Dan...sampai satu tahap phone ni dah tak boleh nak survive lagi dah. Saya ingatkan die off sebab takde battery. Punyalah cas macam biasa tapi bila tekan button on takde ape-ape perubahan pun.

Bukan Sengaja Melepaskanmu

Dari 2014 hingga 2018 phone lenovo A889 ni berkhidmat. Satu jangka hayat yang boleh dibanggakan. Nasib baik ade phone Yes 4G yang kerajaan bagi tu sementara beli phone baru. Akhirnya belilah phone baru pengganti A889 tu. Kalinya bukan brand Lenovo lagi dah. Rasa nk try brand lain lah pulak.


xiaomi redmi note 5a prime


Banyak-banyak brand phone kat pasaran saya pilih phone Xiaomi Redmi Note 5A Prime. Yang ni je mampu. Beli kat shopee dengan harga RM479 almaklumlah bajet tak sampai RM500. Yang menarik perhatian saya untuk beli phone ni adalah kapasiti batterynya 3080 mAh.

Tapi kalau korang nak survey-survey harga phone ni boleh tengok kat Shopee atau Lazada.

Lazada Malaysia

First time beli online barang ratus-ratus ringgit ni. Itupun selepas tengok testimoni pembeli cam ok je. Tu yang berani beli online.


...

...

...

...



Ok sekian sahaja dari saya...Jumpa lagi.


Lenovo A590 Android Smartphone

Nampaknya Android Smartphone jenama Lenovo semakin mendapat tempat di hati pengguna. Jenama Lenovo sebenarnya telah lama bersaing dengan jenama-jenama lain seperti Acer, Compaq, Asus , Samsung serta DELL dalam pengeluaran Laptop.

Review Lenovo A590

Pada pandangan saya harga yang berpatutan serta spesifikasi yang bagus adalah ciri-ciri yang menjadikan Lenovo semakin mendapat sambutan.


review lenovo A590 kelebihan dan keburukan

Maksudnya pengguna ingin mendapatkan smartphone yang pelbagai fungsi pada harga yang lebih murah.

Lenovo A590 antara model lenovo yang boleh didapati pada harga tidak lebih RM 320 (ketika artikel ini ditulis). Seperti model-model yang lain, A590 juga support Dual Sim dan sesuai untuk penggunaan dua nombor handphone dalam satu handphone.

Processor A590 adalah Dual Core Processor dan 1 GHz Speed. Dari segi Memory pula, A590 mempunyai ruang Internel Memory 4 GB dan size RAM 512 MB. Memory support sehingga 32 GB.

A590 mempunyai size screen 480 x 800 pixels dan display size adalah 5 inch lebih lebar sedikit berbanding Samsung S4.

Dari segi fungsi kamera, A590 menawarkan size 3.2 Megapixel bagi kamera belakang. Tetapi tiada Flash LED dan kamera hadapan. :-)

Lazada Malaysia

Bagi capaian internet pula, A590 hanya support GPRS dan EDGE serta kelajuan internet HSUPA 5.76 Mbps dan HSDPA 14.4 Mbps. A590 juga support WIFI dan juga GPS.


Secara keseluruhannya, A590 boleh dikatakan bagus tetapi bagi kaki Gaming adalah tidak sesuai kerana RAM nya yang kecil.

Bagi kaki Gaming, model A880 adalah sangat sesuai.
 
Boleh rujuk Laman Web Lazada

Adakah anda juga pengguna A590 ? Bagaimana komen anda ? Boleh tinggalkan di ruangan komen. :-)


Jika anda ingin melihat harga pasaran pelbagai jenis handphone Lenovo, bolehlah rujuk laman web Lazada.



Sekian dulu dari saya.