Showing posts with label Bisnes Tudung. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Tudung. Show all posts

Kisah Jual Tudung Modal Duit PTPTN

Kisah Jual Tudung Modal Duit PTPTN. Bisnes tudung yang pada pengamatan saya antara bisnes yang anda boleh buat tanpa perlu buka kedai. Tambahan pula zaman sekarang dah moden dan anda juga boleh buat secara online.


Jual Tudung antara bisnes yang pernah saya buat dengan pasangan saya (isteri saya sekarang). Masa tu kami di salah sebuah IPTA tempatan. Idea nak jual tudung ni datang dari wife dan kawannya. Jadi kami pun bincang nak mulakan bisnes tudung dan kami jadikan duit PTPTN sebagai. Modal kami dari duit PTPTN bukannya besar. Kami mulakan secara kecil-kecilan dulu.


Sasaran pelanggan adalah kawan-kawan terdekat, pelajar-pelajar lain dan juga kami jual secara online. Alhamdulillah dengan modal yang kecil kami dah dapat untung. Kami boleh tambah pendapatan sampingan. Siapa kata sambil belajar tak boleh cari side income. Nak dengan tak nak je kan? Tepuk dada tanya selera kan?


Itu kisah saya beberapa tahun lepas dan pada masa yang sama waktu saya juga dah mula berblogging. Daripada tak dapat apa-apa RM dari internet akhirnya saya berjaya sampai sekarang pun masih merasa income dari blog khususnya. Bukan nak menunjuk just nak bagi motivasi bagi anda. Ok :-)


Baiklah, berbalik kepada kisah jual tudung modal duit PTPTN.


Kalau anda nak tahu perkara yang sama juga dah dibuat oleh sorang awek ni. Boleh berkenalan dengan beliau kat sini.

bisnes-jual-tudung

Madihah Mustafha
Founder Madihah Scarf
& Penulis Ebook Rahsia Bisnes Tudung

Kisah Jual Tudung Modal Duit PTPTN


Beliau telah memulakan perniagaan menjual tudung sejak tahun 2012 lagi waktu beliau tengah menuntut di IPT. Mulanya beliau buat secara suka-suka je dan jual tudung kepada rakan-rakan terdekat sahaja.

Tapi lama-kelamaan, ramai pula yang nak beli tudung dari beliau. Maklumlah, tudung yang beliau jual ketika itu, memang kena dengan selera rakan-rakan yang rata-ratanya adalah golongan student. Tudung yang  dijual, harganya sedikit bajet, tetapi kualitinya tetap baik dan cantik.

Bila beliau dah sedar permintaan semakin meningkat terhadap tudung yang beliau jual akhirnya bermulalah ke langkah yang seterusnya. Beliau bertekad untuk jual tudung dengan lebih serius lagi walaupun kekangan modal yang besar.


Bergelar seorang pelajar tapi itu bukan penghalang. Beliau gunakan duit PTPTN untuk dijadikan modal untuk beli stok tudung. Pada mulanya beliau hanya berbekalkan modal RM600 sahaja dan dengan modal ini beliau "rolling" untuk menghasilkan pendapatan 4 angka setiap bulan. Akhirnya beliau berjaya. Maknanya walaupun masih belajar beliau dah tahu cara hasilkan 4 angka sebulan.


Inilah yang dikatakan usaha tangga kejayaan dan rezeki bagi orang yang teruskan berusaha. Bermula daripada situ beliau tahu bahawa adanya potensi besar dalam bisnes tudung.

Anda Berminat Nak Buat Bisnes Tudung?


Bila kita nak buat bisnes tudung ni, memang ada banyak juga benda yang perlu kita tahu.
Di mana nak cari supplier?

  1. Apa tudung yang disukai oleh pasaran?
  2. Kain jenis apa yang mahu digunakan?
  3. Mana nak cari tukang jahit?
  4. Berapa harga nak letak?
  5. Macam mana nak ambil gambar yang menarik?
  6. Kat mana nak jual?
  7. Macam mana nak buat ayat iklan?
  8. Macam mana nak tahu apa tudung yang pelanggan suka?

Dan macam-macam lagi perkara dan persoalan yang muncul kan? Namun begitu, berita baiknya... Dalam sibuk-sibuk menjual tudung beliau telah meluangkan masa lebih kurang sebulan, untuk menuliskan segala rahsia dan juga pengalaman saya sepenjang berkecimpung di dalam perniagaan tudung ini!

Alhamdulillah.. Lepas curi-curi masa sedikit selama lebih sebulan... maka, akhirnya beliau kongsikan ilmu berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Segala ilmu dan pengalaman beliau kongsikan dalam buku ini. Kepada anda yang berminat untuk berniaga tudung saya galakkan anda baca buku ini daripada beliau. [Baca Buku Ini Sekarang]

Sekian sahaja perkongsian dari saya semoga berjaya.


Cara Nak Mula Bisnes Tudung Sendiri

Cara nak mula bisnes tudung sendiri. Nampaknya ramai juga yang berminat nak berniaga tudung memandangkan sekarang dah ada yang buat bisnes tudung online. Tetapi ramai lagi yang tak berani mula bisnes tudung sebab tak tahu cara yang betul nak bisnes tudung sendiri. Beberapa perkara perlu diambil kira sebelum memulakan bisnes tudung antaranya ialah modal.

Cara Nak Mula Bisnes Tudung Sendiri

Modal nak mulakan bisnes tudung sendiri, awal-awal tak perlu banyak mana, janji anda perlu dapatkan pelanggan pertama hingga sepuluh dahulu. Bila dah dapat pelanggan ni, anda pegang list nama dan contact mereka. Pelanggan yang sepuluh ini sudah cukup bagus sebagai permulaan mempromosikan apa yang anda jual. Jika produk anda bagus, apatah lagi lebih murah daripada terdapat di tempat lain, mereka pasti mencari anda.

cara nak mula bisnes tudung sendiri

Ramai yang mahu mulakan bisnes sendiri tetapi ilmu tak cukup di dada. Bisnes main redah, main trial-n-error ini bukannya tak boleh. Boleh sahaja jika anda ada modal yang besar dan ada banyak masa lebihan. Berbeza dengan mereka yang mungkin mahu menjana income menerusi bisnes tudung secara betul, berterusan dan lumayan, ilmu mesti diperlukan.

Ilmu bisnes satu hal. Sumber nak berniaga pun satu hal. Ada yang kurang modal, tapi nak dapatkan produk yang terbaik untuk dijual dan dapat keuntungan tinggi. Jadi ada masalah di situ. Dalam bisnes tudung ni, kena juga lengkapkan keperluan lain, contohnya :
  • Hanger
  • Patung (Mannequin)
  • Rak
  • Tag harga
Ini sumber keperluan nak berniaga tudung. Walaupun bisnes tudung sendiri nak dijalankan tanpa kedai, hanya dibuat di rumah, nak juga ada hanger atau penyangkut tudung yang sesuai, nak ada patung untuk peragaan, nak ada rak simpanan tudung, nak ada kelengkapan untuk tag harga. Apatah lagi kalau memang nak ada kedai. Jadi, kat mana nak dapatkan semua ini?


Sumber yang senang nak dapat, murah dan berkualiti mesti kita inginkan dalam bisnes kita. Selain sumber nak dapatkan tudung, sumber nak dapatkan keperluan bagi bisnes tudung pun sama penting. Bisnes tudung senang sebab permintaan itu sentiasa ada. Cuba dapatkan panduan bisnes tudung dan anda akan nampak betapa mudahnya nak jadi trend-setter walaupun tudung itu dari fesyen corak yang lama. Tudung mudah nak diperaga dan digayakan, jadi tak mustahil boleh dijual dengan laris.


Beli RM8-10 sehelai, tapi boleh jual sehingga RM 30 hingga RM 50. Semua itu boleh jika anda tahu nak naik taraf tudung yang dijual kepada sesuatu yang nampak eksklusif, itulah antara formula menjual tudung sehari sehingga RM500. Nak dapatkan stok tudung murah, boleh lihat panduan di dalam direktori bisnes tudung dan baca petua mendapat stok tudung harga rendah.


Tudung produk yang sentiasa dicari, apatah lagi golongan sasarannya ialah wanita yang memang gila shopping. Lagipun, produk ini senang nak jual online, kos pos pun murah sebab ia ringan. Nak mulakan bisnes tudung sendiri, maka kena baca panduan-panduan yang telah saya nyatakan tadi antaranya "Ebook Memulakan Bisnes Tudung".

Kita jumpa lagi :-)

Cara Nak Mulakan Bisnes Tudung Online

Cara nak mulakan bisnes tudung online sendiri. Siapa sangka kan potensi bisnes tudung adalah sangat besar. Tak kisahlah siapa anda, asalkan anda ada minat dan keinginan, anda dah boleh berniaga tudung sendiri. Walaupun anda suri rumah anda tak perlu risau sebab bisnes tudung boleh dilakukan dari rumah. Pelajar universiti pun dah ramai yang bergiat aktif tambah pendapatan dengan menjual tudung secara online. Maknanya tak perlu pun nak ada sebuah kedai baru nak mula berniaga tudung.

Cara Nak Mulakan Bisnes Tudung Online

Ramai yang mencari tips dan panduan untuk berniaga tudung sebab ramai yang tak tahu bagaimanakah cara nak mula bisnes tudung ni. Tudung adalah bisnes yang power dan dikatakan sangat laris. Cuba buka facebook dan search tentang bisnes tudung. Saya yakin anda akan jumpa banyak page tentang bisnes tudung. Tak perlu nak ada kedai pun takpe, jual tudung secara online pun boleh.

cara mula bisnes tudung online sendiri

Mengapa bisnes tudung dikatakan hot dan ada permintaan tinggi. Sebabnya ramai orang nak kelihatan cantik dan mereka tidak akan jemu dalam membeli produk. Dah jadi lumrah wanita kan nak cantik dan menawan dimata suami misalnya. Almaklumlah pengamal ilmu memikat lelaki.

Seperti sedia maklum niche pakaian seperti tudung sentiasa mendapat permintaan tinggi terutamanya menjelang musim perayaan. Memang tidak dinafikan bisnes tudung antara lubuk bisnes yang mendapat permintaan tinggi.
Memang tepat kalau nak dikatakan bisnes tudung adalah berpotensi dan merupakan produk yang mempunyai permintaan tinggi.

Dari segi pasaran tidaklah membimbangkan kerana sasaran anda adalah wanita dan wanita mempunyai kuasa beli yang tinggi khususnya menjelang musim perayaan.

Asalkan anda gunakan ayat menjual yang power dan strategi yang betul, bisnes tudung anda akan berjaya. Beberapa tips yang anda kena tahu untuk memulakan bisnes tudung antaranya :
  • Tahu kat mana nak dapatkan tudung dengan harga yang murah
  • Kenalpasti supplier tudung yang bagus
  • Tahu tudung apa yang mendapat sambutan
  • Berapakah modal permulaan
  • Bagaimana nak promosi tudung
  • Apakah ayat-ayat promosi yang mampu memikat dan 7 cara promosi online

5 Tips yang saya nyatakan di atas sangat penting. Anda perlu kuasainya supaya anda berjaya. Kalau kena caranya, untung berganda-ganda dengan bisnes tudung. Cuma ilmu tentang bisnes tudung tu kena ada. Biasalah nak buat bisnes kena ada ilmu. Tak kisahlah bisnes air balang, bisnes banner, bisnes burger, bisnes putu dan apa jua bisnes sekalipun anda tetap kena ada ilmu. Pendek kata semua bisnes kena ada ilmu barulah berjaya.
Masa di universiti dulu saya pernah berniaga tudung. Nak cari duit poket lebih maka saya buat keputusan untuk jual tudung.  Bincang punya bincang dengan tiga orang kawan akhirnya kami sepakat nak jual tudung. Maka bermulalah operasi kami cari kat mana nak beli tudung dengan harga borong. Sebelum tu kami dah buat survey tudung apa yang jadi trend masa tu. Kami ambil tempahan dahulu mengikut jenis tudung yang mereka mahukan.

Memang boleh dapat dengan harga yang murah kalau beli borong. Untung jualan memang berbaloi-baloi. Boleh katakan dua kali ganda untungnya. Betullah apa yang saya baca tentang bisnes tudung ni kita kena buat kajian pasaran. Kaji tudung apa yang mendapat permintaan. Bisnes tudung memang bisnes yang laris sepanjang masa.

Modal untuk bisnes tudung ni tak semestinya modal yang besar. Modal kecil pun boleh. Peringkat permulaanlah katakan jangan nak gelojoh sangat. Yang penting dapatkan pelanggan yang pertama hingga ke sepuluh dahulu. Ada tiga proses untuk buat bisnes tudung ni yang anda kena pegang sampai bila-bila.
  • Pertama : Dapatkan stok tudung
  • Kedua : Plan strategi pemasaran
  • Ketiga : Plan tindakan

Nasihat saya kalau anda berhasrat untuk bisnes tudung, gunakan point-pont di atas. Pertama cuba dapatkan stok tudung. Kena rajin buat carian barulah anda akan jumpa lokasi yang betul-betul sesuai. Tentang modal tu jangan bimbang sebab anda tak semestinya perlu bermula dengan modal yang besar. Modal yang kecil pun boleh. Kemudian plan betul-betul strategi pemasaran anda. Yang penting anda sudah ada produk (tudung) yang nak diniagakan.


Disamping tu kena rajin-rajinkan diri baca rahsia bisnes tudung ni sampai lebam. Bukan apa takut nanti anda tersasar dari landasan. Kalau ada panduan ni lagi senang anda nak buat kerja. Cuma ulang langkah-langkah ini. Lama-kelamaan anda akan mahir dan nampak hasilnya.

Baiklah, itu sahaja perkongsian dari saya. Ingat walau apa jua bisnes yang nak dijalankan memerlukan ilmu. Tak boleh nak mulakan bisnes tanpa ilmu di dada begitu sahaja jika nak berjaya dalam bisnes tudung.

Ok, kalau anda berminat untuk dapatkan koleksi tudung atau untuk beli tudung untuk dijual, anda boleh survey kat laman web Bisnes Tudung. Kat sini juga anda boleh survey trend tudung terkini dan tudung yang manakah mendapat permintaan tinggi. Sila ke website Bisnes Tudung.


= = = = = = = = = = = =

Nak Buat Dropship Dengan Keuntungan 200% Tak? Kalau nak baca apa yang dicadangkan oleh sifu borong ini. Jemput baca di halaman ini.



Review Ebook Lubuk Bisnes Tudung Cik Zana

Dalam artikel sebelum ini saya telah kongsikan berkenaan Projek Bisnes Tudung Sempena Raya. Saya juga telah selitkan serba sedikit tentang Ebook Lubuk Bisnes Tudung oleh Cik Zana dalam artikel tersebut. Jadi adalah lebih elok jika saya menulis review berkenaan Ebook Lubuk Bisnes Tudung ini.

Review Ebook Lubuk Bisnes Tudung Cik Zana


review ebook lubuk bisnes tudung cik zana

Bisnes tudung antara lubuk bisnes yang mempunyai permintaan tinggi. Pasaran tudung tidak membimbangkan kerana sasaran anda adalah wanita dan wanita mempunyai kuasa beli yang tinggi khususnya musim perayaan.

Isi Kandungan Ebook Lubuk Bisnes Tudung

Ebook Lubuk Bisnes Tudung oleh Cik Zana telah dipecahkan menjadi 6 buah Ebook mengikut topik yang berbeza bagi memudahkan pembaca supaya faham dengan jelas sebelum memulakan bisnes tudung.

Ebook 1 Rahsia mengenal pasti tudung Hot dan Trendy.

Ini adalah tips terawal yang anda perlu tahu. Kenal pasti jenis tudung yang hot dan trendy. Anda perlu kenal pasti beberapa sebab mengapa tudung dianggap sebagai 'goreng pisang panas' seperti yang diterangkan oleh Cik Zana dalam Ebook Lubuk Bisnes Tudung.

Ebook 2 Cara dapatkan tudung pada harga rendah.

Sebagai peniaga yang bijak sudah pasti anda ingin meminimakan kos kerugian. Jadi anda perlu bijak untuk tawar-menawar dan cara mengelakkan pelanggan membeli dari orang tengah.

Ebook 3 Formula untuk menjual tudung.

Anda perlu tahu bagaimana untuk menjual tudung secara online dan offline. Pelajari cara menjual tanpa memerlukan anda sewa kedai. Bermakna anda juga boleh menjalankannya hanya dari keselesaan rumah.

Ebook 4 Cara menjual tudung gaya tauke.

Anda perasan tak tauke tudung bijak untuk membuatkan pelanggan membeli dengan banyak ? Malah teknik yang mereka gunakan kelihatan mesra pelanggan dan menguntungkan. Jadi anda perlu tiru gaya mereka menjual.


Ebook 5 Cara promosi untuk laku keras.

Antara cara yang boleh digunakan untuk promosikan tudung adalah melalui kaedah visualisasi. Gambar yang menarik akan membuatkan pelanggan menjadi geram dan tidak sabar untuk membeli. Biasanya teknik ini digunakan oleh otai tudung dalam Lubuk Bisnes Tudung.

Ebook 6 Direktori Bisnes Tudung

Dalam ebook ke 6 ini mengandungi cara dan panduan persediaan sebelum memulakan bisnes tudung. Dalam ebook ini juga diterangkan cara untuk mendapatkan supplier hanger, patung (Mannequin), rak dan tag harga. Tujuannya adalah untuk membantu anda mengurangkan kos perniagaan.


Ebook Lubuk Bisnes Tudung sebenarnya ditulis khas untuk memberi peluang kepada anda diluar sana supaya :


. . . . sedar tentang potensi bisnes tudung serta

. . . . faham bagaimana untuk memulakan bisnes tudung.


Teknik yang diajarkan oleh Cik Zana tidak memerlukan modal yang besar. Maksudnya dengan modal yang kecil anda sudah boleh memulakan  bisnes tudung.


Dalam Ebook Lubuk Bisnes Tudung juga turut diajarkan cara menjual tudung dengan kos yang rendah tanpa perlu anda menyewa kedai. Maksudnya anda boleh menjalankannya hanya dari keselesaan rumah.


testimoni pembaca ebook lubuk bisnes tudung cik zana


Jadi jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut serta versi percuma Ebook Lubuk Bisnes Tudung anda bolehlah ke laman web Ebook Lubuk Bisnes Tudung.

Sekian sahaja Review Ebook Lubuk Bisnes Tudung dari saya. Semoga ianya memberi manfaat dan panduan kepada anda di luar sana yang ingin belajar cara bisnes tudung. Jangan lupa juga untuk download Panduan Bisnes Kad Kahwin


Bisnes Tudung Projek Bisnes Sempena Raya

Memandangkan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir seperti biasa projek bisnes raya juga akan berlangsung. Maksud saya projek bisnes sempena hari raya nanti misalnya Bisnes Tudung. Jika anda merancang untuk menjalankan Bisnes Tudung sebagai lubuk bisnes, adalah lebih baik jika anda pertimbangkan beberapa perkara.

Bisnes Tudung Lubuk Bisnes Sempena Raya


lubuk bisnes tudung sempena raya


Seperti sedia maklum niche pakaian seperti tudung sentiasa mendapat permintaan tinggi terutamanya menjelang musim perayaan.

Ramai orang sudah memulakan langkah mereka dalam bisnes tudung kerana permintaan sangat luar biasa. Memang tidak dinafikan bisnes tudung antara lubuk bisnes yang mendapat permintaan tinggi.

Semasa di Universiti dulu saya pernah berniaga tudung. Sasaran saya adalah pelajar universiti. Sejak itulah saya mula nampak potensi Lubuk Bisnes Tudung dan merupakan produk yang mempunyai permintaan tinggi.

Dari segi pasaran tidaklah membimbangkan kerana sasaran anda adalah wanita dan wanita mempunyai kuasa beli yang tinggi khususnya menjelang musim perayaan.

Persoalannya sekarang ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum terjun ke lubuk bisnes tudung
.

Tips dan Panduan Untuk Mulakan Bisnes Tudung

1. Rahsia mengenal pasti tudung Hot dan Trendy.

Ini adalah tips terawal anda perlu tahu. Kenal pasti jenis tudung yang hot dan trendy. Anda perlu kenal pasti beberapa sebab mengapa tudung dianggap sebagai goreng pisang panas seperti yang diterangkan dalam Ebook Lubuk Bisnes Tudung.

2. Cara dapatkan tudung pada harga rendah.

Sebagi peniaga yang bijak sudah pasti anda ingin meminimakan kos kerugian. Jadi anda perlu bijak untuk tawar-menawar dan cara mengelakkan pelanggan membeli dari orang tengah.

3. Formula untuk menjual tudung.

Anda perlu tahu bagaimana untuk menjual tudung secara online dan offline. Pelajari cara menjual tanpa memerlukan anda sewa kedai seperti yang ditunjukkan oleh Cik Zana.

4. Cara menjual sebagaimana tauke tudung menjual.

Anda perasan tak tauke tudung bijak untuk membuatkan pelanggan membeli dengan banyak. Malah teknik yang mereka gunakan kelihatan mesra pelanggan dan menguntungkan.

Jadi anda perlu tiru gaya mereka menjual. Malah anda boleh belajar lebih lanjut melalui Seni Jualan.

5. Cara promosi untuk laku keras.

Antara cara yang boleh digunakan untuk promosikan tudung adalah melalui kaedah visualisasi iaitu gambar yang menarik dan membuatkan pelanggan menjadi geram untuk membeli. Biasanya teknik ini digunakan oleh otai dalam Bisnes Tudung.


5 kriteria diatas merupakan tips dan panduan sebelum anda memulakan bisnes tudung.

Saya tidak nafikan tudung mendapat permintaan yang tinggi seperti yang diterangkan oleh dalam Ebook Lubuk Bisnes Tudung.

Ebook beliau telah mendapat sambutan dan feedback yang baik daripada pembaca. Anda boleh lihat sendiri testimoni-testimoni pembaca ebook Lubuk Bisnes Tudung.

Malah 5 tips dan panduan saya sebutkan diatas turut disentuh dengan lebih lanjut dan jelas dalam Ebook ini.

Jika anda ingin dapatkan Ebook Lubuk Bisnes. Sila ke laman web Lubuk Bisnes Tudung.




Sekian sahaja perkongsian dari saya,

Ikhlas,

Azzahairi Sulaiman.