Header Ads Widget

Cara Mulakan Bisnes Bundle

Bisnes bundle antara peluang bisnes yang ada di negara kita. Dengan adanya ilmu dan modal anda boleh mulakan bisnes bundle.

Pakaian bundle ada permintaan yang tinggi di negara kita. Jangan fikir orang tak nak beli pakaian terpakai ni. Murah dan terpakai tak semestinya tak berkualiti. Malah pakaian bundle ni lebih selesa dipakai berbaloi dengan harga.

cara mulakan bisnes bundle


Dari satu sudut pula, pakaian bundle ada gred-gred yang tersendiri. Sebab itulah ada pakaian bundle yang harganya mampu mencecah ratusan dan ribuan ringgit.

Sejak di sekolah menengah lagi saya mula menjadikan pakaian bundle antara pakaian yang boleh dibeli sebab harganya mampu milik. Maklumlah masa tu masih sekolah lagi. Jumpa yang murah-murah kondisi masih cun sambar jelah.

Sedar tak sedar sampai sekarang saya masih menjadikan pakaian bundle antara pilihan pakaian saya. Baju, seluar, topi, sweater dan kasut antara pakaian bundle yang saya akan beli.

Cara Mulakan Bisnes Bundle

Pernigaan menjual pakaian bundle merupakan satu bidang yang sedang meningkat naik dan semakin berkembang. Hal ini disebabkan oleh adanya permintaan yang tinggi oleh rakyat Malaysia. Pakaian bundle sudah semakin di pandang baik oleh rakyat Malaysia.

Memandangkan pakaian bundle mempunyai permintaan yang tinggi inilah peluang untuk anda memulakan perniagaan jual pakaian bundle. Anda boleh buka kedai bundle di pasar tani, pasar karat, pasar malam atau outlet.

Anda perlu mempunyai modal dalam apa jual bisnes. Modal yang anda perlukan bergantung kepada skala bisnes anda. Banyak perkara yang anda perlu belajar jika anda ingin memulakan bisnes bundle.

Apa yang perlu anda buat?

Yang pertama sekali carilah ilmu. Dalam bisnes bundle anda perlu tahu kat mana nak ambil stok pakaian bundle. Nak ambik dengan pembekal tempatan pun boleh tapi anda tak boleh pilih pakaian tu sebab dorang dah bungkus siapa-siap dalam guni macam kisah kawan saya ni. Baca sekarang

Saya ada cara untuk anda dapatkan stok pakaian bundle. Teruskan pembacaan ye.

Perkara yang sangat penting dalam bisnes bundle antaranya pemilihan stok. Anda kena tahu kat mana tempat yang betul anda perlu dapatkan stok. Saya ada contoh misalanya anda beli guni dari luar negara bila buka guni tu tak seperti yang diharapkan. Ada pakaian yang gred yang sangat rendah.

Pernah juga terjadi nak jual pakaian lelaki tetapi bila buka guni 70% adalah pakaian wanita. Berlakulah masalah tak cukup stok pakaian untuk di jual. Kalau berkali-kali kena macam ni tak ke rugi tu.

Memulakan Bisnes Bundle

Memulakan bisnes bundle mestilah ada ilmu bukan setakat ada modal sahaja. Ada ilmu ada modal itu yang terbaik. Ilmu bisnes bundle ni sangat penting supaya bisnes anda boleh bertahan lama. Bukan sekerat jalan.

Anda kena tahu beberapa perkara yang penting antaranya kat mana lubuk barangan bundle yang anda boleh dapatkan pakaian. Ada satu lubuk barangan bundle ni yang anda boleh pilih satu persatu barangan bundle.

Maksudnya anda bukan beli guni dan tak tahu macam mana barang kat dalam. Tapi lubuk yang saya maksudkan ni tak ada kat Malaysia. Tapi jangan risau sebab dah ramai peniaga bundle buat cara macam ni. Sebab mereka nak pilih sendiri kondisi barang yang tip top.

Lubuk yang saya maksudkan ni dorang tak jual secara guni tau. Dorang jual sehelai-sehelai atau ape-ape jelah yang anda sendiri boleh tengok boleh pegang. Maknanya anda sendiri yang tentukan barang bundle yang anda nak jual nanti.

Dalam diam-diam peniaga bundle kat luar sana guna cara ni. Lepas ni giliran anda pula kan? Harga barangan kat lubuk ni pun murah-murah. Barang baik murah pulak tu jadi margin keuntungan anda pun tinggi.

Baiklah, kalau anda berminat untuk belajar selok belok bisnes bundle dan rahsia lubuk bundle yang saya maksudkan. Anda boleh usha website ni ye : Lubuk Bundle

Anda akan diajar cara untuk ke sana dan macam mana nak bawa balik barang yang telah anda beli.

Banyak ilmu yang dikongsikan berdasarkan pengalaman sendiri. Jom terjah : Lubuk Bundle



Post a Comment

0 Comments