Header Ads Widget

Berniaga di Shopee Tanpa modal?

Berniaga di Shopee Tanpa modal? Persoalan yang akan timbul jika anda ingin berniaga di shopee dan tiada modal. Kalau tiada modal macam mana nak dapatkan produk kemudian kalau tiada produk macam mana nak berniaga di shopee? Betul kan?

Setuju tak kalau saya katakan yang anda boleh berniaga di shopee walaupun tanpa modal? Mungkin sebahagian kecil sahaja yang bersetuju kan? Sebab ianya seakan-akan mustahil kalau tiada produk macam mana nak berniaga.

cara berniaga di shopee tanpa modal

Jual barang di shopee adalah sama sahaja konsep anda jual barang secara offline cuma anda tak perlu berhadapan dengan customer face to face. Shopee akan menjadi kedai anda dan anda sebagai jurujual kena uruskan produk, terima tempahan dan hantar pesanan.

Berniaga di Shopee Tanpa modal?

Beberapa hari lepas saya ada terbitkan post macam mana saya jual barang di shopee tanpa produk sendiri. Post tersebut adalah berdasarkan pengalaman saya berjaya jual barang di shopee. Boleh baca post tersebut di pautan ini.

Bagi yang mempunyai modal, anda boleh dapatkan terus produk dari pembekal. Yang paling popular adalah borong dari china secara online. Boleh rujuk post saya berkaitan borong dari china melalui pautan ini.

Tapi tak semua orang mempunyai modal yang cukup untuk berniaga. Bagaimana pula bagi mereka yang tiada modal untuk berniaga.

Sebenarnya ada satu lagi kaedah berniaga di shopee iaitu kaedah dropship. Anda daftar sebagai dropshipper dengan mana-mana seller. Kemudian anda iklankan produk tersebut di shopee.

Mustahil Berniaga di Shopee Tanpa Modal

Seperkara yang anda kena faham. Setiap kali anda menerima tempahan dari pelanggan, pelanggan akan bayar ke akaun shopee. Duit tersebut masih di pegang oleh pihak shopee sehinggalah pelanggan menerima produk dari anda dan berpuas hati.

Sekiranya pelanggan berpuas hati dengan barangan yang diterima barulah duit tersebut akan di bayar oleh pihak shopee kepada anda.


Jadi apa isunya sekarang?

Baiklah, macam mana sekiranya anda tiada modal atau modal anda kecil? Anda akan menghadapi sedikit kerumitan apabila pada masa yang sama anda menerima tempahan yang lain dari pelanggan. Sedangkan wang hasil jualan pertama masih belum dilepaskan kepada anda.

Sebab anda perlu menggunakan wang tersebut untuk membuat pembayaran kepada pembekal terhadap barang seterusnya yang ditempah oleh pelanggan.

Apa yang saya nak tekankan disini untuk memulakan bisnes di shopee anda perlu mempunyai modal. Jumlah modal yang diperlukan adalah bergantung kepada harga dan kuantiti barang dari pembekal.

Jadi, pilihlah produk yang bersesuaian dengan jumlah modal yang anda ada. Tak salah bermula dari bawah secara kecil-kecilan yang penting anda faham betul-betul.


Sebenarnya ini adalah teknik yang dipraktikkan oleh mereka di luar sana yang mula berjinak-jinak dengan bisnes di shopee. Untuk dapatkan lebih banyak ilmu dan tunjuk ajar tentang bisnes di shopee, anda perlu baca panduan bisnes shopee di pautan berikut : Panduan Bisnes Shopee 2020


panduan mula bisnes shopee





Post a Comment

0 Comments