Berjaya Buat Jualan Pertama di Shopee

Minggu lepas saya tergerak hati untuk buka kedai online di Shopee. Persoalannya saya nak jual apa kat shopee? Masalah saya ialah saya takde produk kat tangan untuk di jual.

Kebetulan dalam minggu yang sama ada kawan tempat kerja share macam mana dia letak produk kat shopee. Yang menariknya dia pun takde produk sendiri.

Saya pun tanpa berlengah lagi cepat-cepat buat carian kat google macam mana nak jual produk di shopee tanpa produk sendiri.

Maklumlah bagi yang nak bermula berniaga kat shopee ni masalah takde produk adalah isu utama yang dah biasa menjadi halangan.

Hasil daripada pembacaan beberapa laman web google dan juga laman web bisnes shopee, rupanya memang ada cara jual barang online di shopee tanpa produk sendiri khususnya bagi mereka yang baru nak berniaga di shopee.

Berjaya Buat Jualan Pertama di Shopee

Jadi bermulalah titik permulaan saya buka kedai online di shopee. Ceritanya bermula dua hari lepas. Bermula dengan buka kedai online kat shopee hinggalah keesokan harinya saya dapat sale pertama.

buat jualan di shopee

Buka kedai online di shopee taklah sesusah mana pun. Boleh rujuk entri : Cara Menjual di Shopee Kedai Online. Bila dah siap kedai online anda bolehlah letak produk yang anda nak jual.


Bagi yang masih tak tau nak dapatkan kat mana pembekal produk, anda boleh beli secara online dari china kat beberapa laman web. Boleh rujuk entri saya sebelum ini : Cara Borong Barang dari China Online


Kenapa kena beli dari china? Jawapannya lebih murah, selamat dan anda boleh maksimumkan keuntungan anda. Website yang saya ceritakan tu memang sangat hot. Boleh baca entri saya tu ya.


Berbalik kepada tajuk entri ni "Berjaya Buat Jualan Pertama di Shopee"

Seronokkan kalau tiap-tiap hari boleh buat jualan macam ni kat shopee.


Dah lepas duit minyak untuk saya balik kampung tu. Semoga anda kat luar sana rasa terinspirasi dan bersemangat untuk berniaga kat shopee.

Ada apa-apa pertanyaan boleh tinggalkan soalan di ruangan komen. Jumpa lagi.




Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.