Penyakit Malas Tiada Ubatnya

Assalamualaikum dan hai pembaca semua. Lama sudah saya tak menulis entri kat sini.

Episod malas menulis blog ni bermula sejak tahun lepas. Tahun lepas ada la jugak saya tulis beberapa buah entri. Itupun tak aktif macam sebelum ni.

Tapi bila masuk tahun ni fuhhh takde update langsung sehinggalah entri ini ditulis.

Walaupun sibuk dengan kerja dan urusan keluarga kadang-kadang ada jugak masa terluang tapi penyakit malas mula menyerang diri.

penyakit malas update blog
Fuuhhh malas nak update blog


Dan episod malas ini berlarutan hingga ke tahun ni. Sebab itulah kalau korang perasan tahun ni takde update entri dari saya. Bukannya takde masa tapi bila dah biarkan terlalu lama, makin menjadi-jadi malasnya. Jangan la sesekali jadi macam kes saya ni.

Sungguh tak ku sangka betul kalau ikutkan dengan masa yang kadang-kadang boleh je nk update blog saya biarkan begitu sahaja. Paling tidak sebulan sekali ade gak entri terbaru. Ni sunyi sepi je blog. Betul tak?


Idea datang dan pergi....

Adakalanya terlintas jugak idea nak tulis entri tentang apa tapi kalau tak terus tulis memang terbang pergi begitu sahaja idea tu. Rugi beb rugi.


Tapi...ni antara blog yang saya sayang. Blog yang banyak bagi side income geli-geli tiap bulan. Walaupun kadang-kadang tak banyak saya masih bersyukur sebab tak update blog pun komisen tetap masuk.

Ni lah hasilnya sejak menulis blog dari tahun 2012 lagi walaupun masa tu dah jauh ketinggalan dengan blogger-blogger lain akhirnya berjaya jugak ada blog sendiri hasil titik peluh sendiri.

Dari takde apa-apa masa tu bermula dengan kosong. Buat try & error pada mulanya sampailah sekarang blog-blog yang saya buat masih wujud.

Morol of the story kena rajin update blog. Penyakit malas memang tiada ubatnya.


Jumpa lagi geng.


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.