Cara Menjual Di Shopee Kedai Online

Anda nak tahu cara menjual di Shopee tak? Website shopping online yang tengah femes sekarang ni kan? Jadi kali ini saya nak ajarkan anda cara buka kedai online di shopee dan bagaimana cara menjual di shopee. Saya yakin kat luar sana masih ramai yang belum tahu cara buka dan setup kedai online di shopee dan menjual di shopee. Jadi saya rasa terpanggil untuk kogsikan maklumat ini pada anda di luar sana.

cara menjual di shopee
Cara Menjual Di Shopee

Pelanggan di shopee memang ramai dan kita boleh tengok pada data trafik pelawat yang masuk ke laman web shopee atau apps shopee. Secara kasar jumlah pelawat dianggarkan 15 juta sebulan. Bermakna dalam 500,000 sehari. Ramai kan? Dan yang bestnye mereka terdiri daripada mereka yang memang tengah mencari barangan untuk dibeli.


Shopee adalah sebuah Marketplace yang pastinya ramai orang yang tengah mencari barangan. Sama seperti Lazada, Ebay dan Lelong. Jadi kat sinilah letaknya peluang anda untuk menjual di shopee dan buka kedai online di shopee.

Bagaimana Cara Menjual Di Shopee

Berikut saya akan terangkan cara nak buka kedai online di shopee berserta contoh bergambar. Untuk buat tutorial ini saya gunakan website shopee. Kalau guna Apps shopee saya rasa caranya mungkin sama. Jadi teruskan membaca ye.

1) Pendaftaran Shopee

a. Untuk mendaftar di shopee anda perlu ke website Shopee : www.shopee.com.my. Bila keluar paparan laman web shopee anda klik pada bahagian sign up.

b. Bila dah klik sign up, paparan di bawah akan muncul. Masukkan no tel anda dan tekan Send Verification Code. Masukkan code yang dihantar ke no tel anda di ruangan verification code. Kemudian lengkapkan maklumat lain dan klik sign up.

cara menjual di shopee
cara menjual di shopee


c. Jika pendaftaran dah berjaya anda boleh sign up akaun shopee anda menggunakan username dan password yang anda daftarkan.

Dah selesai pendaftaran, anda bolehlah ke langkah yang kedua.


2) Lengkapkan Maklumat Kedai

a. Dah selesai langkah 1, di langkah kedua anda perlu ke bahagian Seller Centre di sebelah atas kiri. Rujuk gambar di bawah.

cara menjual di shopee
cara menjual di shopee


b. Kemudian anda perlu lengkapkan maklumat kedai anda. Anda perlu klik pada Shop Setting di sebelah kanan seperti gambar di bawah.

cara menjual di shopee
cara menjual di shopee

c. Dah klik Shop Setting anda wajib lengkapkan maklumat profil kedai anda. Nama kedai, gambar, description dan seterusnya. Masukkan logo kedai dan gambar yang menarik. Jangan abaikan bahagian profil sebab ia sangat pemting.

cara menjual di shopee
cara menjual di shopee

d. Dah setel profil kedai anda tadi, kini anda kena lengkapkan maklumat di bawah yang terletak di sebelah kiri.

cara menjual di shopee
cara menjual di shopee

Bila dah selesai semuanya barulah kedai anda akan siap. Lengkapkan satu persatu ye. Jangan abaikan.


3) Bagaimana Memasukkan Produk di Shopee

Ok, di langkah ini anda akan memasukkan produk yang anda jual. Caranya seperti di bawah.

a. Klik pada bahagian Seller Centre dan paparan di bawah akan muncul. Anda perlu klik pada My Products yang terletak di sebelah kiri.

cara menjual di shopee
cara menjual di shopee

b. Kemudian untuk letakkan produk anda sila klik Add a New Product.

cara menjual di shopee
cara menjual di shopee

c. Kemudian anda perlu upload gambar produk anda. Klik bahagian Browse dan masukkan gambar produk anda. Semasa entri ini ditulis, hanya 9 keping gambar sahaja yang dibenarkan.

cara menjual di shopee
cara menjual di shopee

Pastikan gambar produk menepati kriteria yang ditetapkan supaya gambar produk anda berjaya dimasukkan.

Jika anda mahukan tips-tips berkaitan pemilihan gambar yang mahu dimasukkan serta apakah bentuk dan contoh description yang terbaik yang boleh anda gunakan, anda boleh baca panduan ini. Klik disini.

d. Sekarang masa untuk lengkapkan maklumat produk yang anda jual. Ruangan ini sangat penting untuk menarik pembeli. Lihat contoh yang saya berikan.

Saya daftarkan maklumat produk seperti di bawah. Ini hanyalah sekadar contoh. Anda boleh juga lihat contoh peniaga lain letakkan description produk mereka macam mana.

cara menjual di shopee
cara menjual di shopee

Pilih Category produk yang betul supaya tak mengelirukan pembeli dan memudahkan anda.

e. Di bahagian Price & Iventory, anda perlu letakkan harga dan stok terkini produk yang anda jual.

cara menjual di shopee
cara menjual di shopee

* Jika produk anda mempunyai pelbagai variasi, misalnya saiz, warna, bentuk dsbgnya, sila klik Add Variations.

* Jika anda menawarkan jualan secara borong anda boleh lengkapkan bahagian Wholesales

f. Di bahagian Shipping pula apa yang anda perlu buat adalah anda perlu memasukkan berat produk dan saiz parcel.

* Abaikan jika anda tak tahu atau tak pasti tentang saiz parcel.

cara menjual di shopee
cara menjual di shopee

Di bahagian Shipping Fee, pilih courier yang akan anda gunakan nanti. Ada beberapa pilihan yang boleh anda pilih. Katakanlah anda memilih Pos Laju, sila tetapkan caj yang anda kenakan.

g. Di bahagian Order anda akan jumpa pilihan Pre Order. Anda perlu pilih pre order jika anda jual barang secara pre order. Tetapkan tempoh yang anda perlukan (bil hari) untuk pos barang.

cara menjual di shopee

Di bahagian condition sila pilih berdasarkan kondisi barang yang anda jual sama ada baru atau second hand.

Manakala di bahagian Parent SKU anda boleh letakkan brand produk anda untuk memudahkan anda buat semakan nanti.

h. Jika anda dah berpuas hati semuanya barulah anda boleh tekan butang SAVE.


Saya harap anda dah baca sampai habis ye dan dah tahu cara menjual di shopee. Inilah caranya jika anda nak buka kedai online di shopee.


Jika anda memerlukan maklumat tambahan berkenaan selok belok bisnes di shopee, ini antara rujukan yang anda patut baca.



Satu panduan dalam bentuk Ebook yang straight to the point. Anda akan diajar cara jual barang di shopee. Bermula dengan cara mendaftar dan set kedai, cara dapatkan bekalan produk serta dropship, dan teknik menjual di shopee.

Ebook ini dinamakan Panduan Bisnes Shopee : Klik Untuk Baca Maklumat Ebook


Ebook ini masih baru di pasaran. Saya harap anda antara yang terawal mendapatkannya. Sekian dari saya.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Latest
Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.