Beli Phone Redmi Note 5 di Shopee

Eh beli phone lagi ke? Bukan ke baru je beli phone hari tu?

Tu pertanyaan dari member saya selepas tengok saya guna phone Redmi Note 5 sebab dorang tahu sebelum ni saya baru je beli phone Redmi Note 5A Prime tu.


Itulah pasal...baru je beli phone dah upgrade phone baru. Akhirnya terjebak jugak dengan redmi note 5 ni selepas tengok perfomance redmi note 5 ni agak mengancam setanding dengan harga.

beli phone redmi note 5 di shopee
Beli Phone Redmi Note 5 di Shopee


Selepas phone lenovo saya rosak saya ada beli phone redmi Note 5A Prime tu yang bagi saya dah memang bagus. Boleh baca entri saya sebelum ni.


Tapi saya pakai phone tu beberapa bulan sahaja sebab nak upgrade phone yang camera lebih nice yang harga taklah mahal sangat jadi saya belilah phone Redmi Note 5.


Gara-gara tengok review dan join group note 5 sedikit demi sedikit saya jatuh hati dengan phone redmi note 5 ni.


Sebab saya beli brand xioami antaranya perfomance yang mantap dan berbaloi dengan harga. Masa survey phone note 5 ni saya juga survey phone redmi S2 sebab saya memang tengah cari phone yang kualiti kamera yang baik setanding dengan harga.


So far...secara keseluruhannya saya memilih note 5 sebab ade beberapa kelebihan pada note 5 walaupun kamera selfie S2 lebih padu orang cakap tapi takdelah beza banyak sangat dengan note 5.


Battery note 5 ni memang tahan dengan kapasiti 4000mAh bolehlah bertahan sampai ke esok harinya sebab saya bukannlah heavy user. Main game memang bukanlah minat saya. Lebih kepada online sahaja.


Banyak lagi kelebihan note 5 ni yang anda akan rasa tak menyesal beli dan memang berbaloi dengan harga.


Bagi anda yang mengutamakan kamera better go to Redmi S2 sebab dah cukup bagus untuk bermain dengan kamera terutama sekali jika anda penggemar selfie.


Pada saya phone keluaran Xiaomi ni memang harga yang berpatutan setanding dengan perfomance handphone yang anda akan dapat.


Untuk dapatkan lebih banyak info serta sample-sample picture hasil note 5 korang boleh join group note 5 di facebook. Saya yakin anda juga akan tergugat.


Phone redmi note 5 ni saya beli kat shopee dengan seller kat bawah ni atau anda boleh juga beli di Lazada kat link ini : Redmi Note 5 di Lazada

beli phone redmi note 5 di shopee
Beli Phone Redmi Note 5 di Shopee

Sekarang dah banyak sales, harga pun jauh lebih murah waktu mula-mula launch dulu. Anda jugak boleh tengok review note 5 ni kat youtube sebelum buat keputusan nak beli.


Ok, jumpa lagi ya.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Latest
Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.