Benda Kalau Dah Tinggal Lama Jadi Macam Ni Lah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada pembaca di luar sana yang masih setia yang sabar menanti blog ini diupdate degan post-post terbaru.

Tahniah dan syabas sebab korang sabar menunggu. Biasala benda kalau dah lama tinggal memang macam ni lah jadinya.

Dah masuk bulan ogos, bulan yang memang sinonim dengan bulan kemerdekaan. Tapi saya bukanlah nak bercerita tentang kemerdekaan.

Tahun ni hanya sempat post 3 entri je pun. Itulah orang kata tak elok bertangguh kan.

Benda Kalau Dah Tinggal Lama Jadi Macam Ni Lah

Kalau ikutkan perancangan awal semasa duduk kat rumah lama sebelum ini saya dah plan bila pindah je rumah baru tahun ini saya akan banyakkan masa untuk update blog di sebelah pagi.


Pagi je ade masa itupun kalau tak kena masuk kerja awal ataupun ade urusan lain. Waktu malam memang tak sentuh dah kerja-kerja online blogging ni. Balik kerja pun dah nak kat waktu malam. Malam waktu untuk rehat dan spend masa untuk anak dan isteri.


Tapi lain plak jadinya, sejak pindah rumah ni dari awal tahun lagi lain pula ceritanya. Walaupun terfikir nak update blog tapi sikap bertangguh punya pasal last-last begitulah hasilnya.


Sepanjang tahun ini juga banyak ebook baru kat klikjer. Cuma saya je tak ambil peluang buat kerja-kerja promosi memandangkan ada kekangan-kekangan lain.


jangan-suka-bertangguh

"Jangan bertangguh"

Apa-apa pun kena konsisten dan disiplin. Tapi tak mengapalah benda dah pun berlalu yang penting jangan diulangi lagi.


Kembali kepada tujuan asal sejak mula terlibat dengan dunia blogging kenapa dan apa sebabnya sedangkan saya sendiri tak pernah terfikir untuk ada blog dan menulis kat sini.


Kepada anda dan mereka di luar sana jangan pernah putus asa dengan apa yang diusahakan. Teruskan berusaha dengan sabar dan diiringi dengan rasa syukur.

Yang penting jangan bertangguh dan "Put Your Plan Into Action"


put-your-plan-into-action

Jumpa lagi.....


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.