Permulaan Tahun Baru 2018 Aku Sebagai Blogger

Walaupun ni dah masuk bulan februari saya rasa masih belum terlambat untuk saya ceritakan disini serba sedikit berkenaan kisah saya kerjaya dan juga dunia blogging. Agak lama tidak update blog sehinggakan penghujung 2017 pun tiada entri terkini. Sebenarnya saya masih dalam dunia blogging cuma tak berkesempatan untuk update blog.

Sebab dah lama tak update dan lama kelamaan mood tu kelaut maka kesudahannya takde entri-entri terkini. Adakalanya idea nak tulis entri datang dan pergi tapi mood tu tak datang sebab banyak perkara yang nak difikirkan.

Blogger lain rancak dengan penulisan entri-entri mereka, ping sana ping sini dan saya jadi tukang baca dan komen jelah entri mereka. Walaupun lama tak update blog ada jugak beberapa komisen affiliate yang masuk ke akaun.

Permulaan Tahun Baru 2018 Aku Sebagai Blogger

Cuti akhir tahun lepas walaupun tak update blog dan kerja-kerja marketing kat blog alhamdulillah ada komisen yang masuk. Bolehlah beli pampers anak dan belanja budak-budak aiskrim.

Dan penghujung tahun lepas saya dan isteri berhempas pulas untuk pindah rumah. Kemas barang dan packing barang berepisod. Tak sempat siap satu hari bersambung lagi keesokan harinya dan hari-hari seterusnya.

Dan bab kemas barang, packing barang bersihkan rumah sewa memang pujian patut diberikan kepada srikandi saya. Isteri saya memang bagus part-part macam ni.

indahnya langit biru

Walaupun isteri tak baca entri ni tak mengapa dengan harapan suatu hari nanti bila dia baca entri ini dia akan tahu bahawa suaminya pernah ceritakan disini. Dan untung jugak owner rumah sewa dapat penyewa macam saya. Walaupun rumah sewa, tapi saya jaga macam rumah sendiri dan rumah dah dibersihkan dengan baik sebelum pindah.

Tu cerita tentang rumah sewa setelah 3 tahun lebih kat sana. Sekarang saya dah pindah rumah sendiri. Alhamdulillah rezeki saya isteri dan anak dapat pindah rumah sendiri. Dan urusan jual beli rumah setahun memakan masa dan itu prosedur biasa.

Dari penghujung tahun 2016 hinggalah penghujung tahun 2017 barulah setel semuanya. Tiap-tiap minggu saya follow up dengan pejabat lawyer S&P untuk tahu progres terkini dan seterusnya. Akhirnya malam tahun baru dapatlah merasa di rumah baru yang lebih selesa dan privasi.

Buat keputusan beli rumah sebab memikirkan kehidupan jangka masa panjang dan anak-anak yang makin membesar. Kena cari persekitaran yang baik dan selamat untuk isteri dan anak-anak.

Dan ini entri pertama di rumah baru di tahun baru. Lepas ni ada entri-entri lain yang bakal menyusul. InsyaAllah.

Sekian dulu dari saya, Jumpa lagi.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
August 27, 2018 2:28 AM delete

Tuan.masih aktif ke menulis... saya kagum dengan penulisan tuan. Semoga tuan terus berjaya

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.