Cara Tingkatkan Jualan Guna Facebook Fanpage

Cara Tingkatkan Jualan Guna Facebook Fanpage - Anda adalah salah seorang yang berniaga di facebook? Dah berjaya atau belum menjual di facebook? Kalau dah ada produk untuk dijual anda perlu ada sebuah fanpage. Dengan adanya fanpage anda boleh menjual di sana.

Tapi adakah setakat ini anda dah berjaya mejual di fanpage? Sebenarnya pelanggan anda ada di facebook cuma anda tak tahu kat mana nak dapatkan mereka. Anda perlu bawa mereka yang berminat dengan produk anda supaya like fanpage anda. Barulah senang anda nak tukarkan mereka jadi pelanggan.

Cara tingkatkan jualan di facebook adalah anda perlu kenalpasti produk anda memberi penyelesaian kepada masalah apa. Contohnya anda nak jual produk hilangkan jerawat jadi pelanggan anda adalah mereka yang mengalami masalah jerawat. Nama fanpage mestilah bersesuaian dengan nama produk.

Cara Tingkatkan Jualan Guna Facebook Fanpage

Sebagai peniaga online yang menggunakan kaedah pemasaran di facebook, anda perlu tahu cara pemasaran fanpage yang betul. Untuk tingkatkan jualan dan tingkatkan like di fanpage, anda perlu tahu teknik di bawah. Teknik ini adalah teknik menjual di fanpage.

1) Tahu bina Fanpage terbaik dan PRPFESIONAL
2) Tahu cara naikkan jumlah like supaya kredibiliti meningkat
3) Tahu buat post yang dapat menarik minat
4) Tahu cara buat jualan yang betul dan pantas
5) Cara nak close sales dan berinterakai dengan pelanggan

Sebenarnya jika anda nak tahu 5 cara tingkatkan jualan di facebook, anda boleh "Teknik Fanpages Superstar" yang ditulis oleh Nigel Ong. Siapa Nigel Ong ni? Ok jom kita teruskan pembacaan.

Cara Tingkatkan Jualan dan Likes di Facebook Fanpages

Perkongsian daripada Nigel Ong. Beliau mula menjalankan perniagaan online secara kecil-kecilan beberapa tahun dulu.

Pada mulanya, beliau menjalankan bisnes borong, di mana, beliau memborong barang dari China secara online, dan kemudiannya, menjualkannya semula kepada rakyat Malaysia juga secara online.

Beliau menggunakan instagram dan juga facebook fanpage untuk menjual produk-produk. Sambutan yang beliau terima sangat menggalakkan. Dan dibawah adalah bukti jualan beliau mengalami peningkatan.

cara tingkatkan jualan dengan fanpage

cara tingkatkan jualan dengan fanpage

cara tingkatkan jualan dengan fanpage

Bagi memudahkan pemahaman anda, beliau telah susun setiap perkara yang di lakukan itu menjadi 8 langkah! Ianya supaya anda dapat mengikutinya dengan teratur dan mudah.

Berikut adalah 8 langkah yang telah disusun untuk melonjakkan jualan produk menggunakan facebook fanpage!

Panduan Tingkatkan Jualan Facebook Fanpages

LANGKAH 1 : PRODUK - NAK JUAL APA?

Perkara pertama yang perlu anda fikirkan ialah tentang produk. Apakah produk yang mahu anda jual? Apakah manfaat produk tersebut? Apakah masalah yang ia dapat selesaikan?

Dalam bab ini anda akan dibantu memikirkan produk apa yang sesuai untuk anda jual secara online! Bukan sekadar 1 produk.. tetapi kita akan fikirkan produk-produk yang "berantai".

Namun begitu, jika anda sudah mempunyai produk sendiri yang mahu dijual, anda mungkin boleh abaikan langkah ini.


LANGKAH 2 : PELANGGAN - NAK JUAL KEPADA SIAPA?

Ini adalah langkah yang paling kritikal! Jika anda tidak tahu siapa pelanggan anda, anda akan amat sukar untuk menjual produk anda. Jadi, pada langkah ini, anda akan dibimbing bagaimana untuk mengenalpasti dengan tepat, siapakah bakal pelanggan anda?


LANGKAH 3 : CARA BINA FANPAGE!

Pada langkah ini anda ditunjukkan secara step-by-step bagaimana untuk membina fanpage. Bukan sekadar fanpage biasa-biasa.. tetapi fanpage yang kelihatan profesional dan mempunyai kadar engagement yang tinggi.

Ada 3 setting yang sangat penting apabila anda membina sesebuah fanpage. Anda akan ditunjukkan apakah setting tersebut dan bagaimana untuk melakukannya.


LANGKAH 4 : JANA LIKES

Mahu atau tidak, mempunyai sebilangan like adalah sangat penting sebagai "first impression" orang ramai terhadap fanpage anda. Anda akan ditunjukkan bagaimana anda boleh membina & mengumpul like yang banyak dengan pantas!

Apa yang lebih penting, ianya bukanlah "like sampah", anda diajar bagaimana untuk mengumpul like yang berkualiti tinggi yang benar-benar mempunyai minat dengan produk jualan anda!


LANGKAH 5 : POST & ENGAGEMENT!

Ramai pemilik fanpage yang pening dan tiada idea tentang apa yang mahu di tulis atau di post pada fanpage mereka!

Jadi, pada langkah ini, ada 5 jenis post yang akan dapat menjadikan fanpage anda kelihatan menarik dan sekaligus mencipta engagement yang baik dengan follower-follower fanpage anda.

Langkah ini penting untuk membina kepercayaan antara anda dan follower anda. Sebabnya... kebanyakkan orang selalunya lebih mudah membeli dengan orang yang mereka kenal dan percaya berbanding orang yang tidak dikenali.


LANGKAH 6 : XXXXXX XXXXXX

Langkah ininterpaksa dirahsiakan. Tapi pada langkah ini, anda akan ditunjukkan bagaimana untuk menaikkan like anda antara 10X hingga 100X ganda dari jumlah like fanpage yang anda sedia ada.

Ianya sangat penting untuk membolehkan anda mendapatkan jualan yang lebih banyak. Lebih banyak like yang anda miliki, bermakna lebih banyak bilangan prospek anda. Semakin banyak prospek anda, maka, semakin banyaklah kadar jualan yang boleh anda hasilkan!


LANGKAH 7 : IKLAN & LETUP!

Pada langkah ini, anda diajar bagaimana untuk membuat post iklan yang mampu menarik perhatian follower-follower anda untuk membeli!

Ada 3 format post iklan yang boleh anda gunakan! Iaitu... APSDA, ADSA atau ATSA!

Apakah itu? Anda akan diterangkan dengan terperinci mengenainya!

Setelah anda membuat post iklan, anda perlu lakukan split testing.

Apakah yang perlu di "split" dan di "testing"kan? Berapa lama perlu buat split testing? Semuanya akan ditunjukkan.


LANGKAH 8 : CONTACT, CLOSE & SHIP!

Langkah terakhir adalah langkah membuat jualan! Untuk langkah terakhir ini ada 6 fasa yang perlu anda lakukan untuk memastikan anda berjaya membuat jualan.

Apa yang menariknya, dalam langkah ini, anda bukan sekadar ditunjukkan untuk menjual 1 unit produk anda kepada 1 pelanggan.. tetapi, bagaimana untuk menjual lebih dari 1 produk anda kepada pelanggan dan mereka berasa sangat gembira membelinya!

Testimoni Fanpage Superstar

Berikut adalah beberapa komen mereka yang pernah membaca dan mengamalkan teknik-teknik di dalam ebook ini.

testimoni fanpage superstar

testimoni fanpage superstar

testimoni fanpage superstar


testimoni fanpage superstar

Itulah 8 langkah yang dilakukan Nigel Ong dalam cara tingkatkan jualan dengan menggunakan facebook fanpage.

Kesemua 8 langkah tersebut telah ditulis secara terperinci dan dijadikan sebuah ebook yang lengkap yang dinamakan "Teknik Fanpages Superstar".

Teknik Fanpages Superstar adalah panduan untuk melonjakkan jualan di facebook hanya menggunakan 8 langkah yang terbukti berkesan dan telah mendapat respon positif daripada penjual online.

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.