Cara Mulakan Bisnes Burger

Cara Mulakan Bisnes Burger - Bisnes burger memang antara bisnes yang sudah lama wujud kat negara Malaysia ini. Boleh dikatakan ini antara bisnes yang digemari oleh rakyat Malaysia. Boleh dikatakan bisnes ini antara model bisnes yang sudah menjadi trend rakyat Malaysia. Bisnes burger wujud di mana-mana sahaja.

Walaupun ada sesetengah pihak yang memandang bentuk bisnes ini adalah satu bisnes yang untung kecil-kecilan sahaja. Namun dari sudut yang lain bisnes burger boleh menjana untung sehingga ribuan ringgit. Yang penting anda perlu tahu cara buat burger sedap.

Perniagaan burger adalah salah satu cara menambah pendapatan. Tambahan pula isu kenaikan kos sara hidup menjadi isu yang paling hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Sebab itulah kita tidak boleh bergantung harap pada satu sumber kewangan semata-mata. Jadi tak hairanlah kalau anda jumpa peniaga burger yang juga merupakan pekerja makan gaji. Mereka jadikan bisnes burger sebagai perniagaan makanan yang menguntungkan.

Cara Mulakan Bisnes Burger


cara mulakan bisnes burger

Rata-rata rakyat malaysia menggemari burger yang sedap. Semua peringkat umur menggemari makanan yang dinamakan burger. Baik golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Ianya adalah satu-satunya bisnes yang tidak memerlukan modal yang besar dan tidak mengganggu waktu kerja sepenuh masa anda jika anda seorang pekerja makan gaji.

Tapi sayangnya jika bisnes burger yang diusahakan hanya sekerat jalan sahaja. Buat kerja separuh jalan terutama sekali bagi mereka yang menjalankan bisnes burger hanya sekadar part time mereka. Anda mungkin boleh tengok banyak stall burger dibina tetapi anda jarang tengok stall burger tersebut mempunyai ramai pelanggan. Rasa-rasa anda lah kan apa perbezaannya.

Jadi tak lain tak bukan disebabkan oleh rasa burger tersebut adakah menepati citarasa pelanggan. Kalau resepi burger yang sedap sudah tentulah mereka berpuas hati. Berbaloi dengan wang yang mereka keluarkan untuk menikmati burger.

Cara Mulakan Bisnes Burger

Panduan bisnes burger telah ditulis oleh anak Chef Li. Panduan ini khusus untuk rujukan sesiapa sahaja yang minat nak tahu bagaimana mulakan bisnes burger. Beberapa persoalan yang mungkin bermain di minda anda jika nak mulakan bisnes burger.

  1. Macam mana nak bermula?
  2. Tercari-cari Sifu atau Tok Guru yang boleh membimbing anda memulakan lagi bisnes burger anda.
  3. Tiada ilmu untuk berniaga terutama sekali berniaga burger.
  4. Untung ke bisnes burger ni?
  5. Berapa modal bisnes burger.
  6. Persediaan-persediaan dari segi pengurusan, alatan, pemasaran dan operasi sesebuah bisnes burger yang boleh menjana pendapatan sekurang-kurangnya 4-5 angka sebulan?
  7. Macam mana nak pilih lokasi yang ‘HOT’ dan strategik untuk meletakkan stall burger.
  8. Cara mencari pekerja dan mengurus bisnes burger anda dengan mudah tanpa anda perlu sendiri jadi ‘pekerja’ perniagaan burger anda.
  9. Tak tahu bagaimana ingin jadikan bisnes burger anda sebagai sumber pendapatan pasif anda.

9 point di atas adalah persoalan yang biasa timbul bagi sesiapa yang nak mulakan perniagaan burger. Adakah 9 point di atas juga menjadi persoalan anda? Jika jawapannya ya, panduan bisnes burger dari saudara Afiq Rusly layak untuk dibaca.

cara mulakan bisnes burger

Md Fadzirul Afiq bin Dato’ Rusly atau lebih dikenali sebagai Afiq Dato’ Rusly. Merupakan anak kepada Dato’ Hj. Rusly Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Li yang merupakan penulis buku Bestseller “Jutawan Senyap”. Berjaya melatih hampir 15,000 orang usahawan makanan melalui Kursus Masakan dan Memproses Makanan Chef Li.

Panduan Bisnes Burger ditulis untuk membantu anda mengetahui cara mulakan bisnes burger serta cara buat burger yang sedap. Dalam panduan bisnes burger juga akan mendedahkan tentang modal bisnes burger. Bagi yang nak tahu berapa modal bisnes burger bolehlah baca panduan bisnes burger atau muat turun yang percuma.

Bagaimana Cara Memulakan Bisnes Burger

Ada yang persoal boleh ke untung bisnes burger ni? Ada orang kata untung kecil lah ape la. Jadi anda akan tahu bagaimana nak tingkatkan keuntungan daripada bisnes burger ini selepas baca tips yang akan disampaikan oleh saudara Afiq dalam panduan bisnes burger?

Banyak juga perkara yang perlu anda pertimbangkan untuk mulakan bisnes burger atau dalam erti kata lain anda perlu ada ilmu untuk mulakan bisnes burger. Dalam panduan ini anda akan tahu 18 ciri-ciri sebuah stall burger yang bagus perlu anda ketahui untuk menarik perhatian prospek dan pelanggan anda dengan mudah tanpa susah-susah anda ajak mereka beli burger anda dan 4 jenis lokasi yang WAJIB anda elakkan untuk anda berniaga burger.

Baiklah, anda dah bersedia untuk mulakan bisnes burger? Kalau belum bersedia anda boleh baca dulu Panduan Bisnes Burger supaya anda boleh bersedia. Jangan terburu-buru. Dapatkan ilmu memulakan bisnes burger terlebih dahulu dalam "Panduan Bisnes Burger".


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.