Rujukan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara

Rujukan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara. Berdasarkan  maklumat dari pihak SPA , Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 dan A29 sesi Oktober 2017 bakal diadakan. Tahniah diucapkan kepada semua calon-calon yang layak menduduki Exam Pegawai Kawalan dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara. Calon-calon bolehlah membuat semakan melalui pautan ini : Semakan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik

Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 akan dijalankan secara serentak dengan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29. Bagi calon-calon yang layak menduduki kedua-dua peperiksaan, anda hanya perlu menduduki satu (1) peperiksaan sahaja iaitu Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41.

Rujukan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara

Berdasarkan iklan yang dikeluarkan beberapa bulan yang lalu, terdapat 80 kekosongan yang ditawarkan untuk jawatan tersebut. 40 kekosongan jawatan untuk Pegawai Kawalan Trafik Udara A41 dan 40 tawaran jawatan untuk pengisian Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29.

Pengambilan jawatan ini adalah di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam atau DCA. Penting bagi anda untuk membuat persediaan awal sekiranya terpilih.

exam online pegawai kawalan trafik udara

Berikut adalah hebahan yang dibuat oleh pihak SPA berkenaan dengan peperiksaan ini.
  • Tarikh Peperiksaan : 03 OKTOBER 2017 (SELASA)
  • Seksyen A : 08:00 PM - 08:40 PM
  • Seksyen B : 08:55 PM - 09:40 PM
Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 8:00 malam hingga 9:40 malam.

Calon Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara juga boleh menyemak maklumat peperiksaan melalui aplikasi mobile (MySPAv2). Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan yang berlangsung akan dipaparkan di Portal SPA dan Laman Facebook SPA di https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov/ semasa peperiksaan dijalankan.

Kedua-dua pautan ini boleh diakses walaupun tanpa akaun yang aktif. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA. Mungkin ada dalam kalangan calon yang pertama kali mengambil peperiksaan ini. Bermakna calon-calon yang terlibat memerlukan rujukan exam dan contoh soalan.

Pengambilan jawatan ini adalah di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam atau DCA. Penting bagi anda untuk membuat persediaan awal sekiranya terpilih.

Perbezaan Tugas Pegawai Trafik Kawalan Udara Gred A41 dan Gred A29

1. Pegawai Trafik Kawalan Udara Gred A41

Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kawalan trafik ‘Area Control’ di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I) dan Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya dengan memberi panduan, arahan dan kebenaran kepada juruterbang bagi membantu mereka supaya dapat mengendalikan pesawat dengan selamat, teratur dan pantas.

2. Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29

Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan 'Aerodrome/Approach Control' kepada semua juruterbang/pesawat di dalam ruang udara Malaysia selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Manual Arahan Operasi (M.O.I), Unit Arahan Operasi (U.O.I) dan sebagainya serta mengendalikan data-data operasi untuk kegunaan kawalan trafik udara.

Calon-calon hendaklah faham apakah format exam pegawai kawalan trafik. Format exam online pegawai kawalan trafik udara adalah mengandungi dua seksyen iaitu seksyen A dan seksyen B.
  • Seksyen A – Pengetahuan Am (50 Soalan) 40 minit
  • Seksyen B – Daya Menganalisa Masalah (40 Soalan) – 45 minit

1. Seksyen A ( Pengetahuan Am)

Dalam ujian seksyen A terdapat 50 soalan yang berbentuk aneka pilihan. Soalan tentang pengetahuan am ini merangkumi hal-hal umum yang berkaitan dengan Negara Malaysia, alam sekeliling, teknologi maklumat, komunikasi, perkembangan semasa dan lain-lain lagi.

Tempoh : 40 minit
Jumlah soalan : 50
Jenis soalan : Aneka pilihan

2. Seksyen B ( Daya Menyelesaikan Masalah)

Dalam ujian seksyen B pula mengandungi 40 soalan yang berbentuk aneka pilihan. Calon akan di uji dari segi kebolehan daya menyelesaikan masalah, kecekapan memahami setiap permasalahan dan boleh membeza kan antara pertalian dan symbol abtrak yang diberikan. Berkemungkinan dalam seksyen ini, calon juga akan di uji di dalam Bahasa Inggeris.

Tempoh : 45 minit
Jumlah soalan : 40
Jenis soalan : Aneka pilihan

Untuk makluman calon-calon yang terlibat dengan exam ini, rujukan peperiksaan online Pegawai Kawalan Trafik akan dikeluarkan tidak lama lagi. Ianya khas untuk calon-calon membuat persediaan awal mengenai format soalan, contoh soalan beserta jawapan terkini. Rujukan exam pegawai kawalan trafik udara akan diterbitkan pada masa yang akan diumumkan kelak.

Ianya merangkumi..

✔ Contoh soalan untuk pemahaman dan rujukan
✔ 40 ++ Nota ringkas untuk jimat masa anda
✔ 40++ Contoh soalan Seksyen A ( TERKINI ) untuk bantu persediaan anda
✔ 50++ Contoh soalan Seksyen B ( TERKINI ) untuk bantu persediaan anda
✔ Latih tubi

Rujukan exam online pegawai kawalan trafik udara tidak dijual di dalam bentuk fizikal. Ianya dalam format PDF dan anda boleh mendapatkannya secara atas talian sebaik sahaja dibuka. Jika anda tidak mahu terlepas dengan Rujukan Pegawai Kawalan Trafik nanti, anda bolehlah join group ini terlebih dahulu supaya nama anda turut tersenarai dalam senarai menunggu untuk mendapatkan rujukan ini.

[+] Join Group ini di Telegram : https://t.me/rujukanpegawaikawalantrafik
Boleh kongsikan Group ini kepada calon-calon lain yang terlibat

UPDATE :

Rujukan Exam Pegawai Trafik Udara telahpun dibuka jam 10 pagi 30/09/2017. Boleh ke pautan ini untuk melihat preview dan versi lengkap : http://semakan.info/dca/7396/extra

Saya ucapkan selamat maju jaya kepada calon-calon untuk menjawab soalan peperiksaan online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 dan Gred A29. Terima kasih kerana membaca artikel Rujukan Exam Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 dan A29.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.