Contoh Soalan Exam Pegawai Kawalan Trafik Udara

Contoh Soalan Exam Pegawai Kawalan Trafik Udara. Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pihak SPA, Exam Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29 dan A41 akan dijalankan pada hari Selasa 3 Oktober 2017. Tahniah kepada semua calon yang layak menduduki Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara. Saya difahamkan terdapat 40 kekosongan untuk diisi bagi setiap jawatan pegawai kawalan dan penolong pegawai kawalan trafik udara.

Bagi calon-calon yang memohon jawatan pegawai kawalan trafik udara ini bolehlah membuat semakan melalui pautan semakan dibawah. Berikut adalah hebahan yang dikeluarkan oleh pihak SPA berkenaan dengan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara.

contoh soalan peperiksaan pegawai kawalan trafik udara

Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara
--------------------
  • Tarikh Peperiksaan : 03 OKTOBER 2017 (SELASA)
  • Seksyen A : 08:00 PM - 08:40 PM
  • Seksyen B : 08:55 PM - 09:40 PM

Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 akan dijalankan secara serentak dengan Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A29.

Bagi calon-calon yang layak menduduki kedua-dua peperiksaan, anda hanya perlu menduduki satu (1) peperiksaan sahaja iaitu Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41.

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 8:00 malam hingga 9:40 malam.

Contoh Soalan Exam Pegawai Kawalan Trafik Udara

Calon-calon hendaklah faham apakah format exam pegawai kawalan trafik. Format exam online pegawai kawalan trafik udara adalah mengandungi dua seksyen iaitu seksyen A dan seksyen B.
  • Seksyen A – Pengetahuan Am (50 Soalan) 40 minit
  • Seksyen B – Daya Menganalisa Masalah (40 Soalan) – 45 minit

Seksyen A ( Pengetahuan Am)

Dalam ujian seksyen A terdapat 50 soalan yang berbentuk aneka pilihan. Soalan tentang pengetahuan am ini merangkumi hal-hal umum yang berkaitan dengan Negara Malaysia, alam sekeliling, teknologi maklumat, komunikasi, perkembangan semasa dan lain-lain lagi.

Tempoh : 40 minit
Jumlah soalan : 50
Jenis soalan : Aneka pilihan

CONTOH SOALAN :

1. Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga dikenali sebagai

A. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra
B. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail
C. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah
D. Lapangan Terbang Antarabangsa Tengku Ibrahim

Seksyen B ( Daya Menyelesaikan Masalah)

Dalam ujian seksyen B pula mengandungi 40 soalan yang berbentuk aneka pilihan. Calon akan di uji dari segi kebolehan daya menyelesaikan masalah, kecekapan memahami setiap permasalahan dan boleh membeza kan antara pertalian dan simbol abstrak yang diberikan. Berkemungkinan dalam seksyen ini, calon juga akan di uji di dalam Bahasa Inggeris.

Tempoh : 45 minit
Jumlah soalan : 40
Jenis soalan : Aneka pilihan

CONTOH SOALAN :

1. If 16 X 16 X 16 = 8 X 8 X P, then P = ?

A 4
B 8
C 48
D 64

Rujukan contoh soalan Peperiksaan Pegawai Kawalan Trafik Udara akan dikeluarkan oleh pihak Tim Infokerjaya tidak lama lagi. Apa yang disediakan oleh pihak Tim Infokerjaya bukanlah soalan sebenar tetapi contoh-contoh soalan sahaja. Rujukan exam pegawai kawalan trafik udara akan diterbitkan pada masa yang akan diumumkan kelak. Ianya merangkumi:

✔ Contoh soalan untuk pemahaman dan rujukan
✔ 40 ++ Nota ringkas untuk jimat masa anda
✔ 40++ Contoh soalan Seksyen A ( TERKINI ) untuk bantu persediaan anda
✔ 50++ Contoh soalan Seksyen B ( TERKINI ) untuk bantu persediaan anda
✔ Latih tubi

Walaubagaimanapun rujukan ini adalah terhad dan sangat diperlukan oleh calon-calon sebelum ini. Jika anda ingin membuat persediaan rapi untuk menjawab soalan peperiksaan online pegawai kawalan trafik udara, anda bolehlah menjadikan rujukan ini sebagai panduan. Jika anda tidak mahu terlepas dengan Rujukan Pegawai Kawalan Trafik yang akan terbit nanti, anda bolehlah join group ini terlebih dahulu supaya nama anda turut tersenarai dalam senarai menunggu untuk mendapatkan rujukan ini.

[+] Join Group ini di Telegram : https://t.me/rujukanpegawaikawalantrafik 
Boleh kongsikan Group ini kepada calon-calon lain yang terlibat

UPDATE :

Rujukan Exam Pegawai Trafik Udara telahpun dibuka jam 10 pagi 30/09/2017. Boleh ke pautan ini untuk melihat preview dan versi lengkap : http://semakan.info/dca/7396/extra

Diharap calon-calon dapat membuat persediaan awal yang rapi untuk menghadapi exam pegawai kawalan trafik 3 Oktober ini. Dengan adanya rujukan seperti ini ia dapat memudahkan calon mendapatkan nota, format dan gambaran soalan yang lebih jelas. Selamat maju jaya saya ucapkan kepada calon-calon peperiksaan pegawai kawalan trafik. Terima kasih kerana membaca artikel Contoh Soalan Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41 dan A29.



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.