Bagaimana Memulakan Penternakan Kambing Berjaya

Bagaimana Memulakan Penternakan Kambing Berjaya. Menternak kambing bukan sahaja dibuat sekadar hobi tetapi sebaliknya anda boleh mengusahakannya secara komersial. Adakah anda salah seorang yang berminat dengan perusahaan penternakan kambing? Jika ya anda boleh baca post saya ini. Diharap anda boleh kembangkan perusahaan penternakan kambing yang anda jalankan.

Mungkin ketika membaca post ini anda sudah ada perusahaan penternakan kambing. Tapi adakah anda mahu ubah gaya penternakan ke arah yang lebih besar lagi sehingga menjana pendapatan. Maknanya dari bela kambing sebagi hobi atau minat akhirnya dapat dijadikan sumber untuk menjana pendapatan.

kaedah ternak kambing boer

Jika anda memiliki tanah dan tidak mahu mengusahakannya untuk pertanian, anda boleh menceburi bidang penternakan misalnya penternakan ikan atau kambing. Sebelum membuat keputusan untuk memulakan perusahaan penternakan kambing, tanya dulu diri adan sama ada anda minat atau pun tidak untuk menceburi bidang ini. Sebab dalam apa jua perkara anda perlu ada minat disamping kesungguhan, penyabar dan berdisiplin.


Bagaimana Memulakan Penternakan Kambing Berjaya


"Panduan Lengkap Menjadi Penternak Kambing Berjaya" pernah saya tulis sebelum ini. Bagi yang belum baca anda boleh baca di pautan ini. Kisah-kisah penternak kambing berjaya boleh memberikan motivasi kepada anda yang ingin memulakan perusahaan penternakan kambing. Apakah matlamat anda dalam bidang ini? Anda perlu ada matlamat yang jelas.

Menternak kambing untuk dapatkan susu atau daging? atau kedua-duanya sekali?

Pernyataan diatas adalah mungkin hala tuju atau matlamat anda. Sebab kedua-duanya adalah hasil yang anda harapkan dalam bidang ini dan kaedah penternakan juga berbeza. Kaedah penternakan kambing untuk hasil susu mungkin berbeza dengan kaedah penternakan kambing untuk dapatkan hasil daging. Jika anda mahu jalankan kedua-duanya bermakna anda perlu tahu kedua-dua kaedah.

Cara Menternak Kambing

Penternak kambing berjaya perlu tahu bagaimana untuk menguruskan kambing-kambing mereka. Tambahan pula jika kambing yang diternak adalah banyak ekor. Jadi bagaimana anda mahu menguruskan kambing-kambing tersebut.

1) Kaedah pertama

Ada penternak yang menggunakan kaedah melepaskan kambing-kambing mereka untuk mencari makanan sendiri. Namun beberapa risiko pula yang akan timbul misalnya kambing terdedah dengan penyakit, kemalangan atau dicuri. Pernah bukan kita dengar kambing atau lembu dicuri sama ada untuk dijual atau untuk dapatkan hasil dagingnnya. Ini salah satu risiko kerugian bagi penternak.

2) Kaedah kedua

Menternak kambing di dalam kandang dan akan bawa keluar sekali-sekala untuk meragut rumput. Kaedah ini kurang risiko berbanding kaedah yang pertama.

3) Kaedah ketiga

Kaedah yang ketiga adalah kambing diternak di kandang sepenuhnya. Bermakna anda perlu pastikan makanan dan air mereka sentiasa mencukupi.

Baka kambing pula mestilah baka kambing terbaik dan baka yang terdapat di pasaran. Anda perlu mengenali dan membezakan baka-baka kambing ini. Antara baka kambing yang femes adalah:

1) Kambing Daging

  • Kambing Boer
  • Kacang
  • Bengal
  • Savanna
  • Kalahari red
  • Jermasia

2) Kambing Susu

  • Alpine
  • Saanen
  • Toggenburg

3) Kambing Untuk Daging Dan Susu

  • Jamnapari
  • Anglo Nubian

Berdasarkan jenis dan baka kambing yang saya senaraikan di atas, anda boleh bezakannya dan sebab (tujuan) anda menternak kambing tersebut. Misalnya jika anda ingin dapatkan hasil daging sudah tentu pilihan anda adalah kambing Boer, Kacang, Bengal dan yang telah disenaraikan. Jika untuk hasil susu, kambing Alpine, Saaane dan Toggenburg adalah lebih sesuai manakala untuk daging serta susu (kedua-duanya) sudah tentu kambing Jamanapari dan Anglo Nubian. Untuk memahami dengan lebih jelas bagaimana untuk memilih baka kambing anda boleh rujuk kaedah ini.

Panduan Lengkap Penternakan Kambing

Kat mana nak dapat ilmu menternak kambing? Kalau anda serius nak jadi penternak kambing berjaya anda kena rajin dan serius cari ilmu. Antaranya baca buku, pergi kursus dan juga seminar. Kalau tak sempat juga nak baca buku atau pergi mana-mana kursus anda boleh baca Ebook Panduan Menternak Kambing. Antara isi kandungannya ialah :

1. Kenapa Kambing?

Menceritakan tentang 6 kelebihan penternakan kambing serta memberikan anda tempat-tempat sumber rujukan untuk anda memulakan pernternakan kambing.

2. Modal & Sumber Kewangan

Terdapat 4 cara yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan sumber kewangan, dan sedikit penerangan mengenai sistem penternakan.

3. Kandang Kambing

Menerangkan dengan terperinci 10 perkara yang penting tentang kandang siap beserta gambarajah. Serta beberapa tips bagaimana anda boleh berjimat di dalam membina kandang.

4. Makanan Kambing

Kepentingan makanan untuk menghasilkan kambing yang bermutu dan memenuhi ciri-ciri 3G (bukan talian 3G yer!) . Menceritakan tentang 4 jenis makanan yang boleh anda jadikan makanan kambing. Penrengan secara bergambar langkah-demi-langkah penanaman rumput untuk kambing serta tips ringkas untuk menjimatkan kos makanan.

5. Baka Kambing

Menceritakan tentang 5 jenis baka kambing yang boleh anda pilih disamping menerangkan dengan terperinci tentang kaedah-kaedah yang digunakan untuk memilih kambing yang ingin dijadikan baka.

6. Pembiakan Kambing

Penerangan secara terperinci tentang tempoh biang, tempoh bunting serta proses melahirkan anak. Turut diterangkan tentang perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas kelahiran anak dan bagaimana menguruskan anak kambing yang baru lahir.

7. Masalah Kambing

Senarai penyakit-penyakit kambing serta cara bagaimana merawatinya.

8. Teknik Memerah Susu

Penerangan secara bergambar bagaimana memerah susu kambing dengan betul. Seronok & puas beb dapat perah susu kambing nie!

9. Pengurusan Kambing

Jadual harian di dalam menguruskan penternakan kambing.


Ebook Rahsia Kambing Merupakan Panduan Yang Lengkap Untuk Memulakan Penternak Kambing. Dengan adanya panduan seperti ini, anda boleh mempelajari cara menternak kambing yang bukan sahaja sebagai hobi malah boleh mendatangkan hasil yang lumayan untuk diri anda dan keluarga. Permintaan terhadap daging kambing juga sentiasa mendapat sambutan di pasaran tempatan.

Seiring dengan itu, ada kursus dan seminar yang telah diadakan berkenaan dengan perusahaan penternakan kambing. Jika anda mempertimbangkan untuk menyertai kursus tersebut anda bolehlah berbuat demikian. Biasanya kursus tersebut dianjurkan oleh agensi kerajaan, swasta atau orang perseorangan. Tetapi jika anda masih mencari-cari alternatif lain untuk belajar perusahaan penternakan kambing tanpa mengikuti kursus, anda boleh jadikan Ebook Rahsia Kambing sebagai pilihan utama anda.


Selamat maju jaya saya ucapkan, boleh ke pautan ini untuk melihat lebih banyak perkongsian saya berkenaan dengan Perusahaan Penternakan Kambing Berjaya.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.