Bagaimana Cara Mula Bisnes Online Sendiri

Bagaimana cara nak mula bisnes online sendiri -  Kali ini saya nak share bagaimana cara nak mula bisnes online sendiri. Kepada yang minat dengan bisnes diharap selepas baca panduan yang saya kongsikan ini bolehlah anda mulakan bisnes online sendiri. Entri ini menjurus kepada sesiapa sahaja yang nak mula bisnes dengan modal yang kecil dan secara online.

cara mula bisnes sendiri


1. Produk

Baiklah yang pertama sekali "Produk". Mula-mula anda kena tetapkan yang anda nak jual apa. Untuk pilih produk ni anda boleh pilih berdasarkan minat anda nak jual apa.

Ataupun anda boleh pilih produk beradasarkan niche-niche tertentu. Bila anda buat pilihan produk apa yang anda nak jual mengikut niche ianya lagi mudah untuk anda cari produk apa yang anda boleh jual.

Untuk memilih produk pertimbangkan juga modal yang anda ada. Dapatkan produk mengikut bajet anda. Jangan tamak ye.

Anda boleh dapatkan produk secara borong dengan supplier-supplier tertentu yang mempunyai produk yang anda nak jual nanti. Atau anda boleh saja borong sendiri produk yang anda nak secara online. Boleh rujuk panduan borong yang ditawarkan ini.


2. Modal

Nak mula bisnes mesti ada modal. Tak semestinya modal kecil tak boleh mula bisnes. Dengan modal yang kecil juga anda boleh mulakan bisnes. Tengok pada kemampuan dan modal anda pada masa itu. Jangan kuat berangan sudah. Nak mula bisnes tak semestinya secara offline. Sekarang dah ramai yang buat bisnes secara online dengan modal kecil.


3. Beli barang dari supplier

Dah masuk point yang ketiga iaitu barang atau produk yang anda nak jual nanti. Kat mana nak dapatkannya sudah tentulah dari supplier. Kena survey supplier mana yang menawarkan produk yang anda nak jual nanti. Atau anda boleh beli barang secara online dari supplier luar negara. Lagi jimat duit anda sebab anda beli terus dari sana.

Banyak website yang menawarkan perkhidmatan borong online dari luar negara. Dan antara website yang menjadi pilihan peniaga online kini ialah website taobao. Apa kata anda muat turun ebook panduan borong di website taobao sekarang untuk lebih kefahaman. Muat Turun Segera


4. Akaun bank

Ini wajib tau. Paling tidak pun anda ada dua jenis akaun bank. Yang paling femes maybank dan cimb. Anda juga perlu mendaftar untuk perbankan internet. Tujuannya untuk memudahkan transaksi jual beli dilakukan.


5. Kedai anda

Dalam point ini saya merujuk kepada kedai online. Kedai online ini adalah medium perniagaan anda. Anda boleh gunakan facebook dan juga instagram untuk bina kedai online. Guna platform yang memang dah biasa anda guna. Kalau anda dah familiar dengan facebook dan instagram, guna ajelah dua platform tersebut terlebih dahulu. Anda boleh rujuk panduan ini untuk bina kedai online di fanpage.


Demikian saja entri kali ini. Ringkas dari saya dan mudah untuk difahami. Sebenarnya untuk mula bisnes sendiri tidak memerlukan modal yang besar. Inya bergantung pada minat dan kesungguhan anda.

Ukur baju di badan sendiri dan usah berangan untuk bina bisnes besar-besaran sekelip mata.

"Mula dengan apa yang ada di tangan anda terlebih dahulu"


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.