Cara Berniaga di Facebook Fanpages

Cara Berniaga di Facebook Fanpages - Macam mana anda jual produk anda di facebook? Adakah anda berniaga melalui fanpage, profile personal atau group? Saya yakin anda adalah salah seorang peniaga online yang menggunakan facebook dan sentiasa memastikan perniagaan online yang anda jalankan sentiasa berkembang maju.

Kebanyakan friendlist saya terdiri daripada peniaga online dan kawan-kawan yang dulunya tak pernah bercakap pun tentang bisnes online kini dah mulakan bisnes online sendiri. Mengapa semakin ramai yang berniaga online? Jawapannya cukup senang iaitu sejak kemunculan laman sosial facebook.

Buktinya, pada tahun 2017 sudah terdapat hampir 2 billion manusia di seluruh dunia yang menggunakan facebook. Manakala pengguna facebook di Malaysia pula, ianya kini sudah mencecah lebih dari 20 juta pengguna. Dimana, sebilangan besar penggunanya ialah mereka yang berumur 25 hingga 34 tahun.

Golongan ini adalah merupakan golongan yang mempunyai kuasa membeli yang sangat kuat. Mereka kebanyakkan sudah bekerja dan sudah mempunyai wang & akaun bank sendiri untuk berbelanja. Jadi, adalah amat rugi jika anda tidak memasarkan produk anda menggunakan facebook untuk jual barang di facebook.

panduan bisnes online facebook berkesan

Cara Berniaga di Facebook Fanpage

Walaupun di facebook terdapat pengguna yang sangat besar yang boleh anda sasarkan untuk menjual produk anda. Namun, secara realitinya, ramai yang masih gagal untuk memanfaatkan peluang tersebut.  Ramai yang masih terpinga-pinga dan keliru tentang cara menggunakan facebook fanpage dengan berkesan untuk melonjakkan jualan mereka.

Antara masalah-masalah yang sering dihadapi adalah seperti..
  • TAK TAHU nak bina fanpage yang terbaik dan kelihatan profesional
  • TAK TAHU nak kumpul dan naikkan jumlah like agar fanpage nampak berkredibiliti
  • TAK TAHU nak buat post yang dapat menarik minat orang untuk membeli!
  • TAK TAHU cara buat iklan yang betul untuk mendapatan jualan dengan pantas!
  • TAK TAHU cara nak berinteraksi dan close sale dengan mudah apabila sudah ada prospek yang berminat dengan produk yang dijual.

Cara Berkesan Berniaga di Facebook Melalui Fanpage

Ini sebenarnya yang saya nak bincangkan dalam post kali ini. Anda adalah peniaga di facebook tapi anda masih belum berjaya berniaga di facebook dengan berkesan. Apakah cara yang anda pernah gunakan sebelum ini?
  1. Post iklan ke mana-mana group iklan?
  2. PM inbox kawan-kawan dengan promosi super kaw-kaw?
  3. Post di wall setiap masa?
  4. Gunakan fungsi fanpage yang disediakan di facebook?
Cara yang mana anda pernah gunakan? Pilihan saya adalah nombor empat sebab bagi saya ia adalah cara berniaga di facebook yang berkesan. Namun keberkesannya terpulang kepada langkah-langkah yang anda buat.

Langkah yang saya akan saya ceritakan terbukti menghasilkan sales macam brader ni. Semuanya menggunakan "Teknik Fanpages Superstar".

cara berniaga di facebook fanpages

cara berniaga di facebook fanpages

4 Kelebihan Berniaga di Facebook Fanpage

Kelebihan #1: Jumlah Likers tidak terhad

Jumlah rakan untuk Facebook Peribadi hanya terhad kepada 5,000 orang. Tapi untuk Fanpage, anda boleh dapatkan kenalan yang tak pernah kenal anda dan tak pernah jumpa anda hingga ke berpuluh ribu, beratus ribu, malah berjuta.

Ini meningkatkan peluang untuk anda memperkenalkan produk anda dengan lebih meluas, bukan terhad kepada hanya 5,000 orang.

Kelebihan #2: Boleh menerima message atau PM dari sesiapa sahaja

Fanpage boleh menerima message, atau PM dari sesiapa sahaja tak kira orang tersebut dah like Page kita, atau belum like.

Facebook Peribadi tak dapat menerima PM kalau orang tersebut belum menjadi friend kita.

Kalau masuk pun, message tersebut akan masuk folder ‘Others'.

Folder ini biasanya kita tak perasan kecuali kalau kita bukak kotak message tersebut di laptop atau computer (desktop view).

Kelebihan #3: Boleh Analisa Prestasi Page

Fanpage mempunyai fungsi Page Insight yang membantu pemilik Page menganalisa prestasi Page.

Dari Page Insight ini, kita boleh kenal pasti – Likers kita lebih suka post yang berbentuk apa.

Adakah Likers kita lebih suka status/post yang berbentuk bentuk text sahaja (post status kosong), atau bergambar, atau status/post yang disertakan dengan link.

Contoh analisaa post jenis yang disertakan dengan link; kita boleh analisa, gaya ayat macam mana yang Likers suka, atau waktu bila lebih ramai mereka menghadap Facebook dan nampak post kita.

Dari analisa ini, kita boleh duplicate perkara yang sama untuk post-post akan datang supaya reach untuk post akan datang lebih memberangsangkan.

Fungsi – fungsi ini tiada pada Facebook Peribadi, ia hanya ada pada Facebook Page

Kelebihan #4 : Fanpage Boleh Lantik Team Untuk Uruskan Page

Jika anda mempunyai team atau pekerja di dalam perniagaan anda, semua team anda boleh akses di Fanpage anda tanpa perlu akses kepada akaun Facebook Peribadi anda.

Anda boleh set kan sama ada akses mereka terhad kepada Editor iaitu di bolehkan untuk update status di Fanpage, atau di beri kebenaran untuk menguruskan Page sepenuhnya sebagai admin.

8 Langkah Lonjakkan Jualan Produk Menggunakan Facebook Fanpage

LANGKAH 1 : PRODUK - NAK JUAL APA?

Perkara pertama yang perlu anda fikirkan ialah tentang produk. Apakah produk yang mahu anda jual? Apakah manfaat produk tersebut? Apakah masalah yang ia dapat selesaikan?

LANGKAH 2 : PELANGGAN - NAK JUAL KEPADA SIAPA?


Ini adalah langkah yang paling kritikal! Jika anda tidak tahu siapa pelanggan anda, anda akan amat sukar untuk menjual produk anda.  Jadi, pada langkah ini, saya akan bimbing anda bagaimana untuk mengenalpasti dengan tepat, siapakah bakal pelanggan anda?

LANGKAH 3 : CARA BINA FANPAGE

Anda perlu tahu bina fanpage. Bukan sekadar fanpage biasa-biasa.. tetapi fanpage yang kelihatan profesional dan mempunyai kadar engagement yang tinggi. Ada 3 setting yang sangat penting apabila anda membina sesebuah fanpage.

LANGKAH 4 : JANA LIKES

Mahu atau tidak, mempunyai sebilangan like adalah sangat penting sebagai "first impression" orang ramai terhadap fanpage anda. Bagaimana anda boleh membina & mengumpul like yang banyak dengan pantas?

Apa yang lebih penting, ianya bukanlah "like sampah", tetapi anda perlu tahu bagaimana untuk mengumpul like yang berkualiti tinggi yang benar-benar mempunyai minat dengan produk jualan anda

LANGKAH 5 : POST & ENGAGEMENT

Ramai pemilik fanpage yang pening dan tiada idea tentang apa yang mahu di tulis atau di post pada fanpage mereka. Ada 5 jenis post yang akan dapat menjadikan fanpage anda kelihatan menarik dan sekaligus mencipta engagement yang baik dengan follower-follower fanpage anda.

Langkah ini penting untuk membina kepercayaan antara anda dan follower anda. Sebabnya... kebanyakkan orang selalunya lebih mudah membeli dengan orang yang mereka kenal dan percaya berbanding orang yang tidak dikenali.

LANGKAH 6 : Cara Naikkan Likes

Bagaimana untuk menaikkan like anda antara 10X hingga 100X ganda dari jumlah like fanpage yang anda sedia ada? Ianya sangat penting untuk membolehkan anda mendapatkan jualan yang lebih banyak. Lebih banyak like yang anda miliki, bermakna lebih banyak bilangan prospek anda. Semakin banyak prospek anda, maka, semakin banyaklah kadar jualan yang boleh anda hasilkan. Rujuk "Teknik Fanpages Superstar"

LANGKAH 7 : IKLAN & LETUP

Anda perlu membuat post iklan yang mampu menarik perhatian follower-follower anda untuk membeli! Ada 3 format post iklan yang boleh anda gunakan!  Iaitu... APSDA, ADSA atau ATSA.

Setelah anda membuat post iklan, anda perlu lakukan split testing. Apakah yang perlu di "split" dan di "testing"kan? Berapa lama perlu buat split testing?

LANGKAH 8 : CONTACT, CLOSE & SHIP

Langkah terakhir adalah langkah membuat jualan! Untuk langkah terakhir ini ada 6 fasa yang perlu anda lakukan untuk memastikan anda berjaya membuat jualan. Bagaimana untuk menjual lebih dari 1 produk anda kepada pelanggan dan mereka berasa sangat gembira membelinya.

Itulah 8 langkah yang saya lakukan di dalam cara melonjakkan jualan dengan menggunakan facebook fanpage. Kesemua 8 langkah tersebut telah ditulis secara terperinci dan jadikan sebuah ebook yang lengkap yang dinamakan "Teknik Fanpages Superstar".

Teknik Fanpages Superstar adalah panduan untuk melonjakkan jualan di facebook hanya menggunakan 8 langkah yang terbukti berkesan dan telah mendapat respon positif daripada penjual online.



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.