Bagaimana Cara Buka Akaun Saham Bursa Malaysia

Bagaimana Cara Buka Akaun Saham Bursa Malaysia - Pertanyaan paling popular bagi mereka yang serius untuk mula melabur saham di Bursa Malaysia adalah macam mana nak buka akaun saham? Dalam post kali ini saya akan kongsikan bagaimana cara buka akaun jual beli saham di Bursa Malaysia.

Bila bercakap mengenai saham ni, ramai yang akan cakap kena buka akaun CDS kat broker yang betul. Pernah dengar apa itu CDS? CDS ialah singkatan bagi "Central Depository Service". Anda wajib ada akaun CDS dan boleh buka di mana-mana syarikat broker. Wakil syarikat broker dipanggil remisier atau dealer.

Bagaimana Cara Buka Akaun Saham

bagaimana cara buka akaun saham

Semangat nak main saham tu dah ade tapi akaun saham belum buka lagi. Kalau takde cepat-cepat buka sebab ia syarat wajib untuk main saham.

Soalan : Kat mana nak buka akaun CDS?

Anda boleh buka akaun CDS di Bank-Bank Pelaburan (Investment Bank) atau Syarikat Broker. Rujuk senarai alamat disini.

Anda mestilah berumur 18 tahun dan ke atas untuk buka akaun CDS. Kosnya cuma RM10.60 (selepas GST). Akaun CDS takde yuran tahunan atau bulanan.

Cara Buka Akaun Jual Beli Saham

Langkah 1 : Cari Syarikat Broker Berhampiran

Pertama sekali cari syarikat broker berhampiran. Boleh rujuk website Bursa Malaysia (www.bursamalaysia.com) dan cari. Cari syarikat yang anda rasa selesa untuk berurusan, pegawai yang mesra pelanggan, brokerage fee yang rendah, online trading yang mesra pengguna dan menawarkan islamic trading.

Langkah 2 : Cari Syarikat Broker Patuh Syariah

Anda boleh semak terlebih dahulu syarikat tersebut patuh syariah atau tidak. Syarikat broker ada banyak tapi anda kena cari dan pilih yang patuh syariah atau Islamic Trading. Buat semakan disini.

Langkah 3 : Buka Akaun

Bila dah buat pilihan syarikat mana yang ada mahukan sila pergi ke pejabat broker atau buat temujanji. Bawa beserta dokumen yang diperlukan untuk bukan akaun CDS dan akaun Trading.

Dokumen yang diperlukan untuk buka CDS account dan Trading account macam kat bawah ni :

  1. Salian kad pengenalan
  2. Penyata akaun bank
  3. RM10 + 0.60 sen GST

Akaun CDS  atau Central Depository System adalah akaun kita dengan Bursa Malaysia yang digunakan untuk semua urusan jual beli. Kita boleh ada lebih dari satu trading account. Jangan risau, semua syarikat broker uruskan.

  • Masa jumpa pegawai di syarikat broker tu, tanya lah semua benda.
  • Macam mana nak berjual beli secara online.
  • Kadar brokerage fee
  • Direct account vs nominee account
  • Bayaran dividen nanti macam mana dan seterusnya.

Langkah 4: Lepas Akaun Dah Siap Masukkan Modal

Buka akaun ni mengambil masa beberapa hari bekerja.

Bergantung kepada proses dalaman sesebuah syarikat broker.

Apabila akaun telah dibuka, pastikan kita catat no CDS dan trading account di tempat yang senang kita nak ingat. Dan juga nombor trust account syarikat broker untuk tujuan deposit modal pelaburan saham ke dalam trading account. Selalunya dalam langkah (3) ianya remisier / dealer dah diberitahu.

Langkah 5: Beli 1,2 Kaunter

Apabila duit modal pelaburan dah masuk dalam trading account maka dapatlah kita membuat urusan jual beli saham di Bursa Malaysia. Biasakan dulu dengan platform online yang disediakan. Nanti nak buy, tertekan order sell. Naya je.

Jika tidak tahu, pergi belajar dengan remisier / dealer cara-cara letak order menerusi trading platform.

Sumber : Pakdi.Net

Dikesempatan ini juga saya nak ajak anda muat turun  "5 Langkah Tingkatkan Keuntungan Anda Dalam Saham"

panduan saham malaysia pelabur baru

Buka laman web berikut untuk muat turun : 5 Langkah Tingkatkan Keuntungan Saham

Popup seperti di bawah akan muncul. Anda cuma perlu masukkan nama dan alamat email dan tekan pada butang "Berikan Saya". Anda akan diberi link muat turun ke email anda.

5-langkah-tingkatkan-keuntungan-saham

Panduan ini mengandungi 17 muka surat. Tak sampai 10 minit anda dah boleh habiskan pembacaan. Jika anda mahukan versi penuh dan lengkap untuk pelajari teknik analisis saham sekaligus meningkatkan keuntungan saham anda, panduan ini juga layak berada di tangan anda. Rujuk panduan ini disini.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
July 21, 2017 12:22 AM delete

kena study dengan teliti sebelum berjinak dgn bursa saham ni

Reply
avatar
August 07, 2017 9:06 AM delete

Dah lama teringin nak main saham..tapi tak sempat lagi nak belajar huhu..takut rugi pun ye huhu

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.