10 Website Borong Barang China Paling Murah

Melalui artikel kali ini, sedikit perkongsian website borong barang China yang anda boleh dapat dengan murah dan sesuai untuk dijadikan bisnes dropship/Ebay. Ramai yang tidak tahu sebenarnya terdapat banyak website jual beli dari China yang boleh anda borong secara online tanpa perlu ke China. 10 website borong barangan China yang anda perlu lawati :

10 Website Borong Barang China Paling Murah


1. 1688


Website ini menyediakan MOQ serendah 5 unit. Harga barangan akan berbeza mengikut range MOQ customer inginkan
sumber : https://www.1688.com/

2. Taobao


Sebuah laman jual-beli China yang popular dikalangan pembeli luar negara kerana harganya murah.Taobao menawarkan pelbagai variasi produk tanpa MOQ
sumber : https://www.taobao.com/

3. Tmall


Sama seperti laman web Taobao , cuma bezanya terdapat brand-brand besar seperti Nike, Apple, Sony dan banyak lagi
sumber : https://www.tmall.com/

4. DealExtreme


Kebanyakan supplier barang elektronik/gadget boleh dijumpai di laman web ini. Tidak memerlukan MOQ untuk pembelian sumber : http://www.dx.com/

5. TheOneMall


Merupakan website server Malaysia yang bertapak di Wangsa Maju. Mereka membekalkan barangan dari China dan harganya sedikit mahal dari website yang lain. sumber : http://www.theonemall.com/

6. Everbuying


Laman website ini menghimpunkan supplier gadget china dan kebanyakan supplier smartphone ,smartwatch. Terdapat brand-brand besar dalam dunia gajet seperti Lenovo, Xiomi, Sjcam dan banyak lagi. sumber : http://www.everbuying.net/

7. DinoDirect


untuk kaki gamer, website ini merupakan syurga untuk anda. Banyak sale, potongan harga untuk elektronik gear disini.
sumber : http://www.dinodirect.com/

8. ChinaBuye


Kebanyakkan laman website China meggunakan bahasa Chinese untuk urusan jual beli. Tidak sama sekali website ini, ia memaparkan paparan yang mudah dan teratur di dalam bahasa English, mesra pengguna. sumber : https://www.chinabuye.com/

9. Aliexpress


Kebanyakan supplier menetapkan MOQ bermula dari 10 unit. Namun harga seunit barang yang dikenakan lebih mahal.
sumber : https://www.aliexpress.com/

10. Alibaba.com



Supplier biasanya mempunyai MOQ tinggi. Ini kerana mereka tidak menyimpan stok. Lagipun pengilang juga perlu mengeluarkan produk berdasarkan MOQ supaya mereka dapat jana keuntungan. Sesuai untuk perniagaan bersaiz besar.
sumber : https://www.alibaba.com/

Jika anda mahu membeli barangan dari China secara borong atau kuantiti sedikit sekalipun haruslah berhati-hati kerana :

1. Takut order benda lain dapat lain
2. Kualiti xsama seperti yang diharapkan
3. Barang yang dibeli secara pukal sepatutntya dihantar ke Warehouse dahulu sebelum pos ke Malaysia supaya kos lebih jimat.
4. Risau takut ditipu
5. Majoriti website diatas dalam bahasa China. Susah nak komunikasi kalau xbiasa

Sumber entri asal : GegeyAcademy


Saya sangat sarankan anda supaya bertanya mereka2 yang sudah biasa menggunakan platform ini dahulu sebelum buat keputusan membeli.

Daripada 10 website di atas, laman web taobao adalah laman web borong china paling popular di malaysia. Jika website taobao menjadi pilihan anda jangan lupa jadikan Rahsia Taobao sebagai rujukan utama kerana panduan import barang china ada dalam tu.

Sekali lagi saya ulang, rujukan Rahsia Taobao. Buat rujukan sekarang : Rahsia Taobao

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia