Cara Mulakan Bisnes Air Bulan Puasa

Cara Mulakan Bisnes Air Bulan Puasa - Bulan puasa dah hampir tiba. Jadi apakah persiapan anda? Dah ada plan untuk berniaga? Bagi mereka yang dah ada pengalaman berniaga di bulan puasa rasanya tak ada masalah. Yang jadi masalah sekarang bagi yang tak ada idea nak jual apa bulan puasa nanti?

Tahun-tahun sebelum ni asyik terlepas peluang je untuk berniaga kat bazar. Duk tangguh-tangguh last-last cancel macam tu sahaja dek kerana ketiadaan idea. Jadi apa kata ramadhan tahun ini anda mulakan perniagaan anda tu.

Jual makanan kat bazar ramadhan adalah paling menjadi pilihan peniaga. Apa-apa sahaja juadah sedia dijual di bazar ramadhan.

tepung pelita sedap bulan puasa

Aneka jenis nasi, lauk-pauk, kuih-muih dan juga air siap sedia dijual kepada pelanggan. Ok, dalam banyak-banyak juadah ini mana satu pilihan bisnes anda tahun ini?

Saya cadangkan anda mulakan bisnes air bulan puasa nanti? Setuju tak? Ok, kalau setuju anda boleh teruskan bacaan dan kenapa saya cadangkan anda jual air je bulan puasa nanti dan macam mana nak jual air bulan puasa nanti.

Cara Mulakan Bisnes Air Bulan Puasa

Ok.

Sekarang anda dah minat nak jual air bulan puasa nanti. Minat dah ada dan sekarang kita buat bedah siasat sket macam mana kita nak mula.

Kenapa kena bedah siasat? Benda ni wajib. Kita buat kajian dan pemahaman apa langkah-langkah untuk jual air balang ni.

"Ko tengok orang jual air ko pun nak jual air jugak"

Kalau dengar je kata-kata macam ni kat telinga anda, abaikan je..jadikan ia sebagai semangat untuk anda. Biar orang nak kata ape yang penting cari rezeki halal untuk anak bini bulan puasa. Nanti boleh buat persiapan raya nanti.

Jadi, apa persiapannya jika anda nak berniaga air balang bulan puasa nanti. Antara tips yang anda wajib tahu jika nak jual air balang adalah:

  1. Mohon tapak niaga
  2. PIlih lokasi bazar
  3. Peralatan serta kelengkapan
  4. Persediaan dan pengurusan masa berniaga
  5. Resepi jus yang Best Seller

Tips Berniaga di Bazar Ramadhan


Tips 1 : Mohon Tapak Niaga

1.Dapatkan Sijil Kursus Asas Pengendalian Makanan
2.Ambil suntikan Typhoid (TY) di klinik.
3.Hantar borang mohon tapak atau permit niaga bazar ramadhan.


Tips 2 : Pilih Lokasi Bazar

4 kriteria yang perlu kenalpasti kalau nak pilih lokasi bisnes air balang.

1. Di Kawasan Pasaraya Terkenal
2. Tapak Pasar Malam & Pasar Tani
3. Kawasan Hostel IPT atau Universiti
4. Kawasan Tumpuan atau Kemudahan Penduduk


Tips 3 : Peralatan Serta Kelengkapan

Antara 2 benda asas yang perlu anda ada untuk berniaga di bazar, adalah kanopi dan juga meja.

Jika anda nak tahu jenis kanopi, jenis meja yang anda perlukan dan juga tempat serta alamat kedai untuk anda membeli peralatan ini dengan harga yang lebih murah sila rujuk Panduan Bisnes Air Bazar.


Tips 4 : Persediaan dan pengurusan masa berniaga

Hanya orang-orang yang pernah berniaga di bazar ramadhan sahaja yang tahu situasi dan keadaan sebenar yang perlu dihadapi dan bagaimana cara untuk menanganinya?

Jadi, anda perlu tahu ilmu di dalam bab ini agar anda boleh hadapi segala cabaran sewaktu berniaga di bazar dengan tenang. Tidaklah nanti anda terkejut jika situasi-situasi yang mencabar ini berlaku kepada anda. Huraian penuh disini.


Tips 5 : Resepi jus yang Best Seller

15 Resepi Jus Buah tersebut adalah :
  1. Jus Mangga
  2. Jus Tembikai Susu
  3. Jus Tembikai
  4. Jus Carrot Susu
  5. Jus Asam Boi & Limau Kasturi
  6. Jus Mata Kucing
  7. Jus Air Jagung
  8. Jus Nenas Madu
  9. Jus Buah Naga (Dragon Fruit)
  10. Air MILO
  11. Air Laici Susu
  12. Air Blue Hawaian Lemonade
  13. Air Teh Bunga
  14. Air Kelapa Muda
  15. Air Bandung Cincau

Menjual Air Ini Memang Kerja Mudah... TAPI..

Jika balang air anda serupa sahaja dengan balang 10 peniaga air yang lain, ianya tidak akan memberikan sebarang kelebihan kepada anda untuk menarik pelanggan. Lebih malang lagi, jika air yang anda jual tawar, tak sedap dan tak ada rasa. Mungkin orang akan beli sekali sahaja.. lepastu, mereka takkan beli lagi!

Jadi...
  • Macam mana nak tarik pelanggan?
  • Macam mana nak buat air yang sedap?
  • Macam mana nak jimatkan kos?
  • Macam mana nak gandakan keuntungan walaupun hanya menjual 3 balang air?
  • Macam mana nak pilih lokasi yang terbaik?
  • Dan bermacam-macam lagi persoalan yang mungkin muncul di fikiran anda!

Berapa Kos Bisnes Air atau Air Balang

Kos memulakan bisnes air balang adalah rendah dan anda boleh dapatkan untung lumayan. Tapi sejauh mana kebenarannya. Mari kita buat kira-kira sekejap. Satu perkara yang anda perlu tahu, bisnes air ini untungnya BESAR . Kos permulaan serta kos harian untuk menjalankan bisnes air ini juga agak rendah.

Anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000. (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air) Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).

Sebagai contoh...

Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja .

Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan.

Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00...Bermakna anda sudah memperolehi RM120 ..Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan.

Begitu juga dengan air-air yang lain.... Kadar keuntungan kasar bisnes air ini... selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.


Kesimpulannya..

Pada saya, banyak juga keuntungan bisnes air balang. Anda boleh rujuk lebih banyak maklumat dalam panduan bisnes air balang. Inilah perkara asas yang anda mesti tahu tentang cara mulakan bisnes air balang bulan puasa kemudian barulah ke fasa seterusnya.

Ok, adakah anda sudah bersedia untuk buat bisnes air balang dan untung lumayan? Jika ya, anda boleh belajar melalui panduan bisnes air balang.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia