6 Tips Berpakaian Kemas Semasa Temuduga

6 Tips Berpakaian Kemas Semasa Temuduga - Untuk menghadapi temuduga, calon bukan sahaja perlu mempersiapkan diri dengan sijil kelayakan serta pengalaman semata-mata. Ianya juga memerlukan persediaan yang lebih termasuk dalam soal penampilan dan etika berpakaian. Tampak mudah dan mungkin remeh bagi segelintir calon, ketahuilah impak disebalik tanggapan pertama sebenarnya memperlihatkan kredibiliti serta personaliti diri anda.

Rutin membentuk penampilan diri merangkumi persiapan hujung rambut hingga hujung kaki. Ini termasuk soal jenis pakaian, warna, pandanan gaya, aksesori serta kasut. Semua elemen ini membantu menambah bonus dalam memastikan surat tawaran kerja datang ke riba anda.

6 Tips Berpakaian Kemas Semasa Temuduga


tips pakaian semasa temuduga

Tidak semestinya anda perlu menggayakan persalinan mahal atau pakaian baru semata-mata mahu menonjolkan keterampilan diri. Idea serta sedikit kreativiti sebenarnya lebih bermakna bagi menutupi kekurangan yang ada serta memikat hati si penemuduga.

6 Tips Berpakaian Kemas Ketika Temuduga


1. Pilih Jenama Murah

Usah menghabiskan wang membeli pakaian jenama mewah yang dihasilkan gedung fesyen di London, New York atau Milan. Buat kajian dan lihat banyak jenama fesyen berkualiti tetapi ditawarkan pada harga murah di pasaran.

2. Suai Padan Pakaian

Jangan gusar soal perlu membeli pakaian baru andai tidak mempunyai bajet. Sebaliknya, lihat kembali koleksi pakaian yang ada dan cuba suai padankan. Jika risau tidak arif soal berpakaian minta pertolongan rakan atau ahli keluarga.

3. Jualan Murah

Tandakan dalam kalendar bila gedung perniagaan mengadakan jualan mega atau murah. Anda boleh berjimat jika menunggu tawaran jualan murah diumumkan untuk membeli pakaian baru.

4. Beli Pakaian Bundle

Tidak salah untuk membeli pakaian terpakai yang boleh ditemui di premis perniagaan bundle di seluruh negara. Jika bijak membuat pilihan, tidak semestinya pakaian terpakai yang dijual, sebaliknya ada juga pakaian baru serta berkualiti tinggi yang ditawarkan. Bajet untuk mendapatkan kemeja lengan panjang cuma sekitar RM5 hingga RM10. Seluar pula sekitar RM10 hingga RM20. Murah bukan?

5. Gandingkan Pakaian Baru Dan Lama

Sedikit kreativiti mampu menyerlahkan penampilan anda sehingga siapa sangka, padanan pakaian lama dan baru mengubah imej anda. Andai membeli kemeja baru contohnya, anda boleh menggandingkannya dengan seluar lama.

6. Pinjam Kenalan Baik

Andai anda terdesak, usah malu meminjam pakaian atau aksesori seperti tali leher, tali pinggang dan kasut daripada kenalan atau saudara yang memiliki barangan cantik untuk digayakan pada hari temuduga. Mana tahu, ia mungkin mendatangkan rezeki kepada anda.

Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah


Ebook ini adalah dalam bentuk file softcopy PDF yang ditulis berdasarkan segala ilmu dan pengalaman saya dalam pengambilan pegawai-pegawai baru. Saya telah ringkaskannya dan memudahkannya untuk tujuan pemahaman anda.

Berikut adalah antara isi kandungan, manfaat serta kelebihan yang bakal anda perolehi melalui pembacaan ebook ini:
  • Penjelasan terperinci tentang 11 rahsia berjaya dalam temu duga kerja kerajaan. Pemahaman mengenai rahsia ini dapat membantu anda berasa yakin semasa menghadiri temu duga.
  • Ketahui 9 kriteria calon temu duga yang dipilih dalam temu duga kerajaan. Kriteria ini akan dinilai sepanjang temu duga. Anda perlu bersedia dengan mengetahui kriteria-kriteria tersebut supaya anda dapat menonjolkan diri anda seperti yang dikehendaki oleh panel temu duga kerja kerajaan.
  • Pembongkaran persediaan sebelum, semasa dan selepas menghadiri temu duga kerja kerajaan. Ada diantaranya yang selama ini anda tidak menyedarinya dan mengetahuinya bahawa ia adalah salah satu punca anda gagal temu duga yang pernah dihadiri sebelum ini. Ketahui persediaan-persediaan dan lakukannya seperti yang dipelajari dalam ebook ini.
  • Pendedahan Teknik “Competency Based Interview (CBI)” yang perlu diketahui oleh calon-calon temu duga kerja kerajaan. Teknik ini digunakan dalam temu duga kerja kerja kerajaan pada masakini.  Anda akan lebih bersedia untuk menjawab 4 perkara akan diuji dalam soalan-soalan temu duga yang mengunakan Teknik CBI ini. 
  • Pembongkaran 31 tips mudah untuk berjaya dalam temu duga kerja kerajaan.  Anda akan didedahkan tentang panduan yang perlu diikuti supaya anda lebih tenang dan yakin menghadapi sesi temu duga. Ketahui tip-tip mudah ini dan kemudian anda praktikannya. Anda PASTI layak dipilih dalam temu duga kerja kerajaan seperti mereka yang telah berjaya berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
  • Adab temu duga dan etika pakaian yang PERLU dan ELAKKAN semasa menghadiri temu duga kerajaan. Pandangan pertama panel temu duga terhadap anda adalah sangat penting untuk anda ‘menawan’ mereka. Jika anda berjaya ‘menawan’ panel temu duga, peluang anda untuk berjaya dalam temu duga kerja kerajaan adalah sangat tinggi.
  • Pembongkaran 4 proses temu duga kerja kerajaan dalam bentuk grafik yang mudah difahami. Setiap proses mengandungi perkara-perkara penting yang dinilai oleh panel temu duga. Pengetahuan mengenai proses-proses ini akan meningkatkan keyakinan anda semasa menghadiri temu duga.
  • 20 contoh soalan berserta jawapan yang popular di kalangan panel temu duga. Walau pun soalan-soalan tersebut popular, anda perlu mengetahui cara menjawabnya. Jawapan-jawapan anda sangat penting untuk menentukan kejayaan temu duga yang anda telah hadiri.
  • 115 tambahan soalan-soalan temu duga supaya anda lebih bersedia dan yakin. Pengetahuan mengenai soalan-soalan tersebut serta latih tubi menjawabnya mampu menonjolkan kelebihan diri anda daripada calon-calon lain.Anda tampak berpengetahuan, bersungguh-sungguh dan berminat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Ini memberi BONUS kepada anda.
  • 6 Rahsia yang perlu anda ketahui dan lakukan untuk berjaya dalam temu duga kerajaan.
  • Perkara-perkara “do” dan “don’t” yang perlu anda ketahui bagi menghadiri temu duga kerajaan. Walau pun sesuatu perkara itu dianggap mudah dan remeh, tetapi ia boleh mengurangkan markah temu duga anda.
  • Dan banyak lagi pendedahan dan pembongkaran yang boleh membantu anda membuat persediaan menghadapi temu duga supaya anda layak dipilih untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam dalam temu duga kerja kerajaan.

Sudah Bersedia Untuk Menjawab "Soalan-soalan Maut" Dari Panel Penemuduga? Buat rujukan ebook ini disini segera.


Kesimpulannya,

Tidak semestinya anda perlu menggayakan persalinan mahal atau pakaian baru semata-mata mahu menonjolkan keterampilan diri. Idea serta sedikit kreativiti sebenarnya lebih bermakna bagi menutupi kekurangan yang ada serta memikat hati si penemuduga.

Lebih-lebih lagi lepasan universiti atau jejaka yang kali pertama melangkah ke alam kerjaya, tentunya mereka menghadapi masalah kekurangan bajet untuk membeli pakaian be UIrbanding calon yang sudah bekerja dan mampu untuk melaram.

Bukan semua jejaka mampu menyediakan persalinan serba baru, namun dengan adanya sedikit inisiatif tambahan, hasil yang diperoleh pasti memberi pulangan.

Siapa sangka, idea pilihan murah, ringkas dan kreatif ini mampu memasarkan diri anda sebaik mungkin.

Sudah Bersedia Untuk Menjawab "Soalan-soalan Maut" Dari Panel Penemuduga? Buat rujukan ebook ini disini segera.

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia