Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah

Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah -  Seronoknya kalau kita boleh menjana pendapatan RM500 hingga RM2000 sebulan hanya dari rumah. Lagi best kalau boleh buat secara sampingan hanya dari rumah. Bukankah itu sudah dapat membantu kehidupan kita betul tak. Asalkan cara yang kita guna adalah cara yang betul. Tak salahkan.

Tambahan pula kalau anda seorang suri rumah yang berhasrat ingin membantu meringankan beban suami. Zaman sekarang kos sara hidup semakin meningkat. Tak salah kalau nak ringankan beban suami dengan bekerja dari rumah. Tapi kalau tak ade idea susah jugak kan? Jadi apa kerja dari rumah yang boleh anda buat. Apa kata anda cuba mulakan bisnes bakeri dari rumah. Dengan bisnes bakeri anda boleh jual pelbagai kek dan juga kuih muih.

Bisnes Bakeri Dari Rumah


cara buat bisnes kek dari rumah

Dengan bisnes bakeri anda boleh jual macam-macam jenis kek dan juga kuih muih. Yang menariknya anda boleh buat semua ini dari rumah. Tanpa perlu keluar rumah pun boleh jana pendapatan dengan bisnes bakeri. Tapi adakah anda dah cukup ilmu untuk mulakan bisnes bakeri dari rumah. Jangan fikirkan keuntungan sahaja. Lebih baik cari ilmu sebanyak mungkin sebelum mulakan bisnes bakeri.

Sebenarnya ada panduan bisnes bakeri dari rumah untuk anda belajar cara nak mulakan bisnes bakeri. Panduan ini ditulis olleh penulis yang berpengalaman luas dalam mengusahakan perniagaan bakeri dari rumah. Jadi anda jangan rasa ragu-ragu lagi.

Ilmu yang diajar dalam Panduan Bisnes Bakeri ini adalah panduan untuk anda memulakan perniagaan bakeri dari rumah. Tanpa perlu keluar untuk menjual. Hanya jalankan dari rumah sudah cukup. Yang menariknya tak perlu sewa kedai atau sebagainya. Buat sahaja dari rumah dan jual.

Dalam panduan bisnes bakeri, akan diajarkan juga cara promosi untuk mendapatkan pelanggan. Jangan risau, walaupun anda tak keluar menjual tetapi anda boleh dapatkan ramai pelanggan. Bagi suri rumah, menjalankan perniagaan sebegini dari rumah adalah sesuatu yang digemari oleh mereka kerana mereka boleh jana pendapatan sambil menguruskan anak-anak.

Antara hasil produk bakeri adalah seperti Cupcake, Muffin, Cheese Tart, Coklat Homemade, Kek Coklat, Kek Lapis, Kek Cheese, Fruit Tart, Roti Jala, dan pelbagai jenis Kuih-muih. Produk ini mempunyai permintaan yang sangat tinggi. Jadi tidak salah jika anda turut menjalankan perniagaan bakeri dari rumah. Rujuk Panduan Bisnes Bakeri Yang Saya Maksudkan Segera --> Panduan Bisnes Bakeri.


Panduan Bisnes Bakeri

BAB 1 : FORMULA 2M+2P

Ini adalah formula yang penulis gunakan untuk memulakan bisnes bakeri dari rumah. Ianya adalah formula yang membuatkan penulis terus bersemangat dan bermotivasi untuk meneruskan perniagaan bakeri dari rumah.

Di dalam bab ini juga, penulis berkongsi tip bagaimana untuk memilih produk bagi bisnes bakeri anda. Jika anda pening-pening tak tahu nak buat produk apa untuk bisnes bakeri anda, bab ini akan menjelaskan kepada anda tentang strategi pemilihan produk!

BAB 2 : DI MANA MAHU BELAJAR BAKERI?

Ok! Ini adalah bab untuk anda yang masih kurang mahir membuat pelbagai jenis kuih & kek (produk bakeri). Ada beberapa jenis kelas serta tempat yang boleh anda rujuk untuk belajar membuat produk-produk bakeri.

Ada yang berbayar dan ada juga yang percuma! Tapi.. sebelum pergi mana-mana kelas, kena tetapkan dulu kuih apa yang anda mahu belajar! Barulah tak sia-sia anda pergi belajar nanti.

BAB 3 : 4 LANGKAH MEMBUKA BISNES BAKERI

Minat & sebab dah ada, ilmu buat bakeri pun dah ada! Kini secara rasminya anda mahu memulakan perniagaan bakeri anda dari rumah!

Dalam bab ini penulis akan tunjukkan anda langkah-langkah untuk mendaftarkan perniagaan anda dan membuka akaun bank bagi perniagaan anda.

Ianya bukan sahaja penting untuk memastikan perniagaan anda mematuhi undang-undang, ianya juga dapat meningkatkan kredbiliti dan kepercayaan pelanggan terhadap perniagaan anda!

BAB 4 : SENARAI PERALATAN DAN KOS

Dalam bab ini, penulis telah menyenaraikan peralatan-peralatan yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan bakeri anda. Mungkin anda tidak perlukan semua peralatan tersebut, tetapi sekurang-kurangnya, anda tahu apakah kegunaan setiap peralatan serta berapakah kosnya.

BAB 5 : CARA MENGIRA & MENETAPKAN HARGA JUALAN

Ini adalah bab yang paling penting! . Ramai pengusaha bisnes bakeri tidak mengira harga kos dengan betul dan sekadar main agak-agak sahaja! Akibatnya, order dari pelanggan dapat banyak tapi duit untung tak nampak! Hanya sekadar dapat penat sahaja!

Ada 2 kaedah untuk menentukan harga jualan produk bakeri anda. Penulis akan tunjukkan kedua-dua kaedah pengiraan di dalam bab ini.

BAB 6 : TEKNIK PROMOSI

Sedap macam mana pun kuih anda, tetapi jika tiada siapa yang tahu dan beli! Maka ianya tidak membawa apa-apa makna!

Oleh itu, bab ini juga adalah antara bab yang terpenting untuk bisnes bakeri anda. Penulis akan senaraikan 8 kaedah promosi yang boleh anda gunakan untuk mempromosikan produk-produk bakeri anda! Ianya merangkumi kaedah promosi secara online dan juga offline.

BAB 7 : 5 KESILAPAN BISNES BAKERI

Setelah menjalankan bisnes bakeri ini dari rumah dan produk anda sudah mula mendapat perhatian dan permintaan. Ada beberapa perkara yang pasti akan anda hadapi.

Jadi, awas kepada 5 perkara ini! Jika anda tidak hadapi 5 perkara ini dengan betul, ianya mungkin akan mengugat perniagaan bakeri anda. Silap haribulan, anda mungkin akan berasa penat dan mahu berputus asa menjalankan bisnes anda.

BAB 8 : 9 CABARAN BISNES BAKERI & CARA MENANGANINYA

Walaupun anda hanya menjalankan bisnes bakeri dari rumah, jangan sangka ianya tiada cabaran!

Disini penulis menyenaraikan 9 cabaran yang mungkin akan anda perlu hadapi dan bagaimanakah cara untuk mengatasinya!
  1. Cabaran persaingan harga.
  2. Kenaikan kos harga barang mentah.
  3. Bahan mentah habis stok.
  4. Supplier stop bekalan!
BAB 9 : BAGAIMANA MENJANA RM2,000 SEBULAN

Dalam bab ini, penulis akan kongsikan strategi bagaimana untuk menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan untuk perniagaan bakeri dari rumah yang anda jalankan.

Saya tunjukkan caranya dengan hanya menjual 2 jenis produk sahaja, anda sudah boleh mencapainya. Siap sekali ditunjukkan kira-kira untuk kos penghasilan produk serta target jualan yang perlu dilakukan.

BAB 10 : 10 TIPS EXTRA BISNES BAKERI

Ini adalah bab yang terakhir. Dalam bab ini penulis akan kongsikan 10 tips yang amat penting untuk memastikan produk yang hasilkan sedap, enak dan berkualiti tinggi .

Tips-tips yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman sebenar penulis menjalankan bisnes bakeri sejak 6 tahun yang lalu. Anda mungkin tidak akan menjumpai tip ini di mana-mana tempat.


Jika anda berminat untuk mendapatkan ebook ini bolehlah terus ke pautan ini : Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.