Rawatan Anak Bengkak Tonsil

Rawatan Anak Bengkak Tonsil - Selepas sembuh daripada selsema, anak saya pulak yang tak sihat. Hati mula risau kalau anak tak sihat seperti sedia kala.

Dua hari lepas badan dia panas sangat. Bila test suhu badan dah cecah 39°c. Sangat tinggi suhu badannya. Biasanya kalau badan anak panas saya akan mandikan dengan air asam jawa untuk turunkan suhu.

Ni petua saya dapat dari mak ayah saya. Mandikan dengan daun bunga raya pun boleh. Tapi saya selalu guna asam jawa. Kat KL mana nak cari daun-daun tu semua nak-nak bila situasi mengejut macam ni.

Rawatan Anak Bengkak Tonsil


Bila badan dan kepala anak panas kita kena ambil berat. Sebab kalau terlampau panas boleh menyebabkan sawan. Bahaya tu. Jadi jangan ambik mudah ye mak ayah kat luar sana.

Risau sangat dengan keadaan anak yang badan masih panas. Saya dan wife bawak anak ke klinik.

Masa doktor periksa suhu anak 38°c. Masih tinggi tu. Doktor periksa mulut anak untuk pastikan adakah tonsil bengkak. Rupanya betul tonsil bengkak.

Patutlah anak saya tak nak makan. Dia rasa tak selesa. Doktor sarankan bagi anak makan aiskrim vanilla supaya bengkak tu surut dan anak selesa untuk menelan makanan.

aiskrim vanilla sedap

Doktor juga bagi ubat antibiotik, demam dan selsema. Antibiotik tu untuk sembuhkan tonsil yang bengkak. Saya ada tanya kenapa boleh bengkak. Jawapan doktor adalah disebabkan jangkitan kuman.

Rawatan Bengkak Tonsil


bengkak tonsil dan rawatan

Saya ada search tentang rawatan tonsil bengkak. Dan antaranya adalah aiskrim vanilla. Aiskrim perisa lain tak sesuai.

Antara cara merawat tonsil bengkak :

  1. Aiskrim vanilla
  2. Berkumur dengan air garam
  3. Makan vitamin

Bukan kanak-kanak sahaja boleh mengalami bengkak tonsil, orang dewasa pun tak terkecuali. Tonsil juga salah satu sistem pertahanan kita. Ia berfungsi untuk menghalang jangkitan bakteria melalui saluran pernafasan kita.




Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia