Cara Mulakan Bisnes Air Dan Air Balang

Cara Mulakan Bisnes Air Dan Air Balang - Saya tulis entri ini untuk menjawab persoalan sejauhmanakah keuntungan bisnes air balang. Orang lain buat bisnes kita pun sibuk nak buat bisnes tanpa buat kajian terlebih dahulu. Orang lain nak jadi peniaga air balang kita pun rasa nak jadi peniaga air balang juga.

Bisnes air balang adalah bisnes jual air. Jual air kepada pelanggan dengan pelbagai pilihan citarasa air. Kalau pergi ke pasar malam, pasar tani, pasar minggu anda boleh lihat beberapa buah gerai yang jual air balang. Kat pasar malam misalnya boleh ada 3 - 4 gerai yang jual air balang.

Tapi corak pelanggan di setiap gerai berbeza-beza. Ada gerai yang ramai pelanggan dan ada gerai kurang pelanggan. Ini yang saya maksudkan perkara yang anda perlu fikir. Apa yang membezakan bisnes air balang di setiap gerai. Adakah disebabkan daya kreativiti atau pengalaman peniaga air balang itu sendiri.

Cara Mulakan Bisnes Air Dan Air Balang


cara mula bisnes air balang

Ada gerai yang boleh untung lumayan walaupun hanya jual 3 jenis jus air balang. Inilah yang dikatakan ilmu bisnes air balang. Pendek kata, anda buatlah kajian sebelum mulakan bisnes air balang. Itupun kalau anda mahu untung dalam bisnes air balang.

Siapa yang tak nak untung kan? Jadi, belajarlah dari pengalaman orang-orang yang telah berjaya. Dan saya galakkan anda baca buku panduan bisnes air balang.

Mari kita buat pengiraan berapakah modal atau kos bisnes air balang?

Berapa Kos Bisnes Air atau Air Balang

Kos memulakan bisnes air balang adalah rendah dan anda boleh dapatkan untung lumayan. Tapi sejauh mana kebenarannya. Mari kita buat kira-kira sekejap.

Satu perkara yang anda perlu tahu, bisnes air
ini untungnya BESAR . Kos permulaan serta kos
harian untuk menjalankan bisnes air ini juga
agak rendah.

Anda boleh memulakan bisnes air balang ini
dengan modal permulaan di bawah RM1,000.
(Kos membeli kanopi, meja, serta balang air)

Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar
RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air
yang anda mahu jual).

Sebagai contoh...

Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja .

Namun setelah di proses menjadi air soya dan
dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual,
anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan.

Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00...Bermakna anda sudah memperolehi
RM120 ... Peningkatan sebanyak 1,000% dari
modal yang dikeluarkan.

Begitu juga dengan air-air yang lain.... Kadar
keuntungan kasar bisnes air ini... selalunya
adalah 500% ke atas berbanding kos modal
yang dikeluarkan.

Pada saya, banyak juga keuntungan bisnes air balang. Anda boleh rujuk lebih banyak maklumat dalam panduan bisnes air balang.

Jus Air Balang Popular

Berikut saya senaraikan jus air balang yang popular. 8 Resepi Jus Buah tersebut adalah:

1. Jus Mangga
2. Jus Tembikai Susu
3. Jus Tembikai
4. Jus Carrot Susu
5. Jus Asam Boi & Limau Kasturi
6. Jus Mata Kucing
7. Jus Air Jagung
8. Jus Nenas Madu

Ok, adakah anda sudah bersedia untuk buat bisnes air balang dan untung lumayan? Jika ya, anda boleh belajar melalui panduan bisnes air balang.

Tak rugi jika anda belajar. Ilmu yang sangat berguna jika anda mahu berjaya dalam bisnes air balang. Rujuk panduan air balang sekarang.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.