Bisnes Bakeri Dari Rumah Terbaik

Bisnes Bakeri Dari Rumah Terbaik - Adakah anda salah seorang suri rumah yang ingin bekerja dari rumah? Tapi masih tertanya-tanya bisnes apakah yang boleh dilakukan di rumah. Sebenarnya entri ini juga sesuai dibaca untuk sesiapa sahaja yang mencari sumber pendapatan yang boleh dilakukan dari rumah. Pada pendapat saya bisnes itu tidak semestinya memerlukan sebuah kedai dan sebagainya. Mengapa anda tak cuba jalankan dari rumah sekiranya bisnes itu juga boleh dijalankan dari rumah. Antara model bisnes yang menjadi trend sekarang adalah bisnes yang melibatkan kemahiran pembuatan makanan contohnya bisnes bakeri.

Peluang Bisnes Bakeri Dari Rumah

Golongan suri rumah pastinya berminat dengan bisnes bakeri. Tambahan pula bisnes ini boleh dilakukan dari rumah sambil menguruskan hal-hal rumahtangga. Suri rumah ni banyak kerjanya terutama sekali nak menguruskan anak-anak. Jadi cara yang terbaik buat duit sampingan adalah mulakan kerja dari rumah. Setuju tak?

bisnes bakeri dari rumah

Tapi timbul pula persoalan adakah bisnes bakeri betul-betul sesuai untuk anda? Adakah bisnes bakeri menguntungkan dan macam mana pula dengan potensi pendapatan anda. Antara hasil produk bakeri adalah seperti Cupcake, Muffin, Cheese Tart, Coklat Homemade, Kek Coklat, Kek Lapis, Kek Cheese, Fruit Tart, Roti Jala, dan pelbagai jenis Kuih-muih.

Antara persoalan yang timbul pula sekarang adalah berapakah modal untuk buat bisnes bakeri. Kos untuk bisnes bakeri adalah pada penyediaan peralatan dan bahan-bahan terutama sekali 5 bahan asas bakeri wajib tahu. Pada peringkat permulaan anda boleh gunakan alatan yang telah sedia ada di dapur anda. Cuba kenali siapa pelanggan anda.

Jika permintaan itu datangnya dari majlis-majlis yang besar sudah tentu kelengkapan peralatan yang perlu disediakan lebih cekap. Supaya tempahan dapat disiapkan dalam kuantiti yang secukupnya dan pada jangka masa yang telah dijanjikan.

Bisnes Bakeri Cara Menambahkan Pendapatan Dari Rumah

Ada banyak sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah.

1.Kos Permulaan Yang Kecil

Memandangkan anda memulakan bisnes bakeri ini hanya dari rumah, jadi, anda tidak perlu membayar sewa kedai, dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya. Anda juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang masa. Anda boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di rumah anda.

2.Tidak Perlu Terlalu Menjual

Untuk menjual produk bakeri anda, anda tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk anda sehingga berbuih-buih mulut sepertimana yang sering dilakukan oleh penjual produk-produk MLM! Cukup sekadar anda menunjukkan gambar dan harga. Jika mereka suka, mereka akan order.

3.Hanya Buat Berdasarkan Tempahan

Ini adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah! Anda hanya perlu membuat kuih / kek / roti hanya selepas anda mendapat tempahan sahaja! Jadi, tiada risiko kuih/kek/roti anda tidak habis dijual sepertimana yang sering berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual.

4.Urusan Rumahtangga Masih Terjaga

Ya! Memandangkan anda hanya membuat kuih di dalam rumah, maka, anda masih lagi boleh memantau dan menguruskan anak-anak anda. Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diteruskan seperti biasa. Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami anda yang mungkin risau andainya anda terabaikan urusan anak-anak apabila sibuk berniaga.

Rujuk Panduan Bisnes Bakeri Segera --> Panduan Bisnes Bakeri.

Permintaan Produk Home-Made Bakeri Sangat Tinggi

Cupcake, Muffin, Cheese Tart, Coklat Homemade, Kek Coklat, Kek Lapis, Kek Cheese, Fruit Tart, Roti Jala,  Kuih-muih dan pelbagai lagi produk bakeri sentiasa dicari-cari oleh orang ramai setiap hari.

Tidak kira sama ada untuk dimakan ketika minum petang, ataupun untuk majlis-majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis pertunangan, perkahwinan, kenduri, majlis tahlil, rumah terbuka mahupun untuk majlis-majlis korporat seperti seminar, mesyuarat ataupun hari keluarga.

Boleh dikatakan, hampir setiap minggu akan ada sahaja majlis yang diadakan. Lebih-lebih lagi bila masuk musim perayaan (Tahun Baru Cina / Aidilfitri) dan musim cuti sekolah (Disember). Hampir setiap hari akan ada sahaja majlis rumah terbuka atau majlis perkahwinan diadakan! Kadang-kadang memang tak cukup tangan dan terpaksa tolak beberapa order dari pelanggan.

Cara Mulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah

Sememangnya akan ada banyak pertanyaan dan persoalan yang akan bermain di fikiran anda apabila mahu memulakan bisnes bakeri ini!

Antara soalan yang paling kerap ditanya ialah....
  1. Nak buat dan jual kuih apa? Kuih karipap ke? Donut ke? Roti jala ke? Muffin Cake ke? Cheese Tart? Cup cake? Kek coklat? Kuih apa yang paling banyak permintaan?
  2. Berapa nak letak harga?
  3. Macam mana nak kira kos produk?
  4. Apa peralatan yang diperlukan?
  5. Macam mana nak buat promosi? Macam mana nak buat marketing?
  6. Di mana nak belajar buat kuih?
  7. Macam mana nak daftar perniagaan supaya tidak kena saman dengan SSM?

Adakah salah satu daripada soalan di atas juga bermain-main difikiran anda. Jika jawapannya ya anda perlukan lebih banyak input atau pendedahan berkenaan dengan bisnes bakeri dari rumah. Terutama sekali jika anda masih tertanya-tanya tentang modal bisnes bakeri. Oh ya jika anda perlukan lebih banyak ilmu dan cara memulakan bisnes bakeri, rujukan Ini rasanya sangat sesuai untuk anda. Ini rujukan yang saya maksudkan --> Panduan Bisnes Bakeri

Pada pandangan saya panduan ini memang straight to the point dan semua persoalan-persoalan dalam perniagaan bakeri dari rumah bakal terjawab. Jika ada lagi rujukan lain saya akan update lagi untuk anda. Yang penting anda dapat memulakan bisnes bakeri dengan berjaya.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
February 18, 2017 1:45 AM delete

Terbaik tuan..jom jlnkan bisnes bakeri dari rumah..

Reply
avatar
February 18, 2017 1:46 PM delete

Isteri sy mmg bercadang nk buat bisnes ni.

Sikit2 buat cheese cake, bnyak je tempahan.

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia