5 Tips Pilih Bisnes Dari Rumah Yang Menguntungkan

5 Tips Pilih Bisnes Dari Rumah Yang Menguntungkan - Bisnes dari rumah? Sesiapa sahaja boleh menjalankan bisnes dari rumah asalkan ada minat dan kesungguhan. Adakalanya bisnes dari rumah nampak mudah tapi ada cabarannya. Bermakna tak semua bisnes dari rumah boleh dibuat dengan jayanya kalau anda silap buat perancangan daripada awal lagi.

Dalam entri kali ini saya akan kongsikan 5 tips cara pilih bisnes dari rumah yang menguntungkan. Adakah anda sudah ada plan untuk buat bisnes dari rumah. Kalau dah ada sila baca tips berikut sebelum anda bermula.

5 Tips Pilih Bisnes Dari Rumah Yang Menguntungkan

bisnes dari rumah yang menguntungkan

Ok, terlebih dahulu saya cadangkan supaya anda baca satu persatu tips-tips ini kerana ia sangat berharga bagi seseorang yang ingin berbisnes dari rumah.

1. Modal

Yang pertama sekali adalah modal. Modal yang saya maksudkan adalah modal yang sangat rendah. Boleh pertimbangkan bisnes apa yang modalnya rendah.

Biasalah, kita tak nak kerugian yang besar. Misalnya mendapatkan stok yang sangat banyak. Bagi saya ianya tak sesuai. Elakkan ambil stok dengan kuantiti yang sangat banyak.

Kalau sesuatu bisnes itu memerlukan anda memborong stok dengan kuantiti yang banyak, bermakna besarlah modalnya. Dah mencecah ratusan dan ribuan ringgit. Anda boleh belajar borong melalui website berikut : Panduan Borong Secara Online

Jika anda ingin jual pakaian, elakkan ambil stok yang banyak. Design sentiasa berubah-ubah. Belum habis terjual yang lama dah keluar design yang baru. Sedangkan pelanggan sentiasa mahukan design yang terkini.

2. Mentor

Mentor akan bantu anda untuk buat langkah yang betul. Jika anda gunakan langkah yang betul kejayaan akan menanti anda.

Carilah mentor yang betul. Lain bisnes lain mentornya. Dunia bisnes ada cabaran dan liku-likunya. Jadi, untuk mengelakkan anda buang masa dan duit carilah bisnes yang ada mentor.

3. Sistem

Sistem yang saya maksudkan adalah sistem yang lengkap. Bisnes yang anda jalankan pula mestilah mempunyai ciri-ciri yang baik dan boleh berkembang dengan cepat serta mudah.

Selain itu, bisnes yang anda jalankan mestilah tidak menyebabkan anda terpaksa keluarkan kos-kos yang tidak sepatutnya kerana anda hanya jalankan di rumah.

4. Platform Online

Pada pendapat saya, anda boleh gunakan pelbagai kaedah pemasaran. Antara yang menjadi kegemaran peniaga online adalah facebook dan instagram.

Namun begitu masih ada peniaga yang tidak mahir gunakan instagram untuk bisnes mereka. Jadi anda boleh rujuk panduan pemasaran instagram ini.

Jangan bergantung pada satu platform sahaja. Kuasai satu persatu sebelum cuba platform yang baru. Lebih banyak channel pemasaran adalah lebih bagus daripada satu channel sahaja.

5. Faedah Produk

Sebenarnya ia berkaitan dengan produk tapi saya spesifikkan lagi kepada faedah daripada produk. Pilih produk keperluan yang memberikan faedah atau manfaat kepada pengguna.

Ingat, sentiasa utamakan faedah produk sebab pelanggan suka membeli kerana faedah yang akan mereka dapat daripada produk.


Kesimpulannya, bisnes dari rumah adalah salah satu cabang menambah pendapatan dan idea perniagaan yang menguntungkan. Susun strategi dengan rapi dan buat pembacaan dengan banyak sebelum memulakannya.

Ingat, buat sesuatu perkara dengan ilmu lebih baik hasilnya berbanding buat sesuatu perkara tanpa ilmu. Adakah 5 tips pilih bisnes dari rumah yang menguntungkan yang saya kongsikan membantu anda.

Boleh kongsikan jika ianya bermanfaat. Sekian.



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
March 02, 2017 8:47 PM delete

IG memang femes. rugi tak ambil kesempatan utk berniaga

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.