Siapa Mat Dan? 13 Fakta Mengenai Lelaki Mat Salleh Yang Fasih Berbahasa Terengganu

Tetiba nama Mat Dan kembali popular. Walaupun ramai yang dah kenal terutama orang Terengganu, tetapi ada juga yang tidak tahu kewujudan lelaki ini yang terjatuh cinta dengan kecantikan Pulau Kapas sehingga menyebabkannya tinggal di pulau itu lebih daripada tempoh yang sepatutnya.

biodata lengkap mat dan

Ok. ? Ramai yang mungkin nak tahu lebih atau serba sedikit mengenai lelaki Mat Salleh yang fasih berbahasa Terengganu. Adakah dia berkahwin dengan wanita jelita Terengganu sehingga lidah Inggerisnya dah bertukar menjadi lidah Terengganu?

13 Fakta Mengenai Mat Dan, Lelaki Mat Salleh Yang Fasih Berbahasa Terengganu


siapakah mat dan sebenarnya

  1. Nama sebenar Mat Dan ialah Daniel Tyler. Berusia 26 tahun.
  2. Bapanya yang merupakan ahli perniagaan bernama Kevin, 53, dan ibu Nicol, juga 53, telah beberapa kali ke Malaysia bagi melawat anak mereka.
  3. Daniel Tyler berasal dari Bristol, England. Pertama kali jejak Malaysia pada tahun 2009, ketika berusia 19 tahun selepas menyelesaikan Advanced Subsidiary level.
  4. Mengembara ke Asia Tenggara, sehingga akhirnya terpikat dengan keindahan di Pulau Kapas. Beliau sebelum itu mengembara ke Thailand, kemudian Laos sebelum ke Pulau Perhentian, yang akhirnya beliau ambil keputusan untuk menetap di Pulau Kapas selama lebih 6 tahun.
  5. Daniel Tyler telah memeluk agama Islam. Beliau tukar nama menjadi Kareef Daniel Abdullah. Sekarang anda tahu daripada mana datangnya Mat Dan (Mat Daniel).
  6. Mat Dan merancang untuk berkahwin pada tahun 2016, dan identiti wanita tersebut masih lagi menjadi misteri.
  7. Mat Dan juga merancang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Biologi Marin.
  8. Sebab utama kenapa Mat Dan menetap di Malaysia adalah disebabkan keramahan dan hospitaliti penduduk negeri Terengganu yang mesra dengannya.
  9. Boleh bercakap dan mula fasih berbahasa dialek atau loghat Terengganu selepas 3-4 tahun berada di Terengganu. Kefasihannya disebabkan oleh sifatnya yang mahu berkomunikasi dengan lebih baik dengan penduduk tempatan, kerana rata-rata penduduk tempatan tidak tahu berbahasa Inggeris.
  10. Dia kini menjadi kurang lancar berbahasa Inggeris apabila telah fasih berbahasa loghat Terengganu. Malah, semasa perkahwinan abangnya di England, semua ahli keluarga terkejut apabila pertuturannya diakhiri dengan perkataan - Lah.
  11. Mat Dan sudah ada program TV sendiri iaitu Haramain Backpackers – Trans Siberian. Program ini menceritakan pengalaman realiti bersama seorang lagi rakannya menjelajah ke 11 negara sejauh 29,ooo kilometer.
  12. Merupakan kawan dan sahabat kepada PU Amin.
  13. Phobia dengan buah Durian selama 2 tahun disebabkan tempoyak yang disangkakan aiskrim. Tetapi sekarang, antara masakan yang disukai ialah Ikan Patin Masak Tempoyak.

latar belakang mat dan

Nama Mat Dan makin menjadi sebutan baru-baru ini selepas keluar di program sebuah radio tempatan. Ramai yang kagum dengan kefasihan Mat Dan boleh bertutur dalam bahasa Melayu loghat Terengganu. Orang Terengganu sendiri pun kagum.


Nota Editor : Entri ini dipetik daripada blog Hasrul Hassan.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

2 comments

comments
January 22, 2017 9:17 PM delete

madam suka tengok dalam rancangan Mat Dan Kaki Jalan.

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.