Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Kerja dari rumah dengan iLancee - Bekerja dari rumah adalah bukan perkara asing lagi. Jika anda inginkan sumber pendapatan tanpa memerlukan anda keluar rumah, konsep kerja dari rumah sangat sesuai untuk anda. Katakanlah anda sudah ada pekerjaan tetap, jadi anda boleh jadikan kerja dari rumah sebagai sumber pendapatan kedua anda.

Jika anda sudah mula merancang untuk bekerja dari rumah, perkara yang kedua anda perlu kenalpasti adalah kerja apa yang anda boleh lakukan dari rumah. Pada peringkat ini jugalah saya akan bincangkan dalam entri ini dengan memberikan contoh laman web yang boleh dijadikan platform kerja dari rumah.

Di Malaysia, ada beberapa buah laman web yang menyediakan kerja dari rumah atau kerja atas talian antaranya laman web iLancee. Laman web iLancee adalah laman web yang dibangunkan oleh anak tempatan [Baca kisah iLancee dibangunkan]. Sudahkan anda mendaftar dengan iLancee untuk buat duit dari rumah.

Dengan bekerja dengan iLancee secara atas talian dari rumah, anda sudah mempunyai sumber pendapatan. Tapi, anda mestilah ada talian internet dan juga laptop. Itu adalah kriteria-kriteria yang wajib ada jika anda ingin bekerja dari rumah.

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee


kerja dari rumah dengan ilancee

Jika anda mempunyai kemahiran seperti mengedit gambar, mampu menulis artikel dengan baik, itu adalah contoh kemahiran yang anda boleh tawarkan di iLancee. Kerana matlamat iLancee adalah untuk membantu usahawan digital kecil menjana pendapatan dengan mudah dengan kos minima.

Untuk menawarkan servis di iLancee, anda perlulah mendaftar di laman web rasmi iLancee. Pendaftaran amatlah mudah. Anda cuma perlu masukkan nama, password dan alamat email. Selepas pendaftaran dibuat anda perlu menyemak inbox email anda kerana pihak iLancee akan mengesahkannya.

Apa Itu iLancee


apakah ilancee


iLancee merupakan Pusat Jual Beli Servis Online. iLancee.com dikendalikan oleh Serius Media Network (NS0139946-P). Mula dilancarkan pada Mei 2014. iLancee ditubuhkan adalah untuk membantu usahawan-usahawan digital micro dalam memulakan kerjaya atau bisnes tanpa kos. Ini kerana pengguna hanya perlu ada kemahiran sahaja untuk jana duit di sini.

Sebagai contoh, jika anda seorang writer, anda boleh tawarkan servis penulisan, jika anda seorang designer anda boleh menawarkan servis design, jika anda ada kemahiran dalam bidang bina website, tawarkan servis website dan sebagainya.

Kepada buyer, anda usah risau dengan masalah penipuan daripada Seller kerana kami menjaga kebajikan anda jika seller buat masalah semasa anda tempah servis dengannya. Inilah kelebihan yang di miliki oleh iLancee.

Konsep iLancee gunakan adalah Pay >>> Hold  >>> Release. Jadi pengguna boleh berbelanja beli servis di sini dengan selamat.

Kelebihan iLancee


kelebihan ilancee membantu anda


Pengguna tidak perlu bersusah payah promote servis sendiri kerana melalui iLancee buyer akan mencari servis anda. Tetapi alangkah baiknya jika anda promote juga servis-servis anda di blog dan lain-lain.

Join iLancee hari ini juga sebelum ramai lagi seller yang akan menjual sama servis seperti anda. Orang terawal akan selalunya menang!

Fungsi iLancee


contoh-contoh servis ilancee


Di iLancee ada dua fungsi untuk anda ketahui iaitu fungsi sebagai Buyer dan fungsi sebagai Seller.

Sebagai buyer, anda boleh beli apa-apa saja servis di iLancee dengan selamat kerana segala pembayaran akan diterima oleh iLancee terlebih dahulu sebelum dilepaskan kepada Seller.

Selepas Seller siapkan kerja dan hantarkan kepada Buyer, barulah admin lepaskan pembayaran kepada Seller.

Pengguna perlu tahu bahawa setiap servis admin akan ambil 20% daripada jumlah harga. Contohnya. Harga jumlah servis adalah RM50. Maka, Seller akan dapat RM40 dan RM10 akan dapat kepada iLancee.

Bagaimana Untuk Menjual?

  • Langkah 1: Bina servis baru yang anda ingin tawakan.
  • Langkah 2: Kongsikan servis anda di laman sosial.
  • Langkah 3: Anda akan diberitahu jika ada seseorang tempah servis anda.
  • Langkah 4: Selepas anda siapkan kerja, kami akan lepaskan duit anda sebanyak 80%.
  • Langkah 5: Keluarkan melalui akaun bank anda.
  • Langkah 6: Enjoy duit anda.

Bagaimana Nak Membeli?

  • Langkah 1: Cari servis yang anda minat dan suka.
  • Langkah 2: Bayar guna FPX/Kad Kredit/Online Bankin.
  • Langkah 3: Lihat progrees kerja seller.
  • Langkah 4: Terima tempahan siap anda.
  • Langkah 5: Anda boleh meminta balik untuk betulkan yang mana silap.
  • Langkah 6: Berikan rating kepada kerja seller samaada baik atau tidak.

Contest iLancee: Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

kerja dari rumah dengan ilancee


Nota Editor:


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
January 28, 2017 2:16 AM delete

huhu..cikgu pun dh join..

gud luck..

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.