Cara Beli Rumah Tanpa Downpayment

Cara Beli Rumah Tanpa Downpayment - Saya yakin masih ramai diluar sana yang masih belum memiliki rumah sendiri. Saban hari harga rumah semakin meningkat dari semasa ke semasa. Saya juga dalam perancangan untuk membeli rumah. Cuba dan terus mencuba mudah-mudahan ada rezeki untuk saya sekeluarga. Antara isu yang timbul apabila ingin membeli rumah adalah Downpayment. Nak beli rumah tapi tak cukup duit nak bayar downpayment. Itulah halangan yang timbul apabila kita ingin membeli rumah.

Untuk membeli sebuah rumah, kita memerlukan downpayment 10% daripada harga rumah. Katakanlah saya ingin membeli rumah berharga RM320,000, bermakna saya memerlukan RM32,000 untuk bayaran downpayment. Mana nak cekau duit sebanyak tu ye. Dan berdasarkan pembacaan saya dan kenalan yang merupakan ejen hartanah, ada beberapa cara untuk beli rumah bagi orang yang tak cukup downpayment. Berikut adalah cara yang boleh digunakan jika anda juga ingin memiliki rumah tetapi tiada wang untuk bayar downpayment.

Cara Beli Rumah Jika Tak Cukup Downpayment

Mungkin anda juga boleh gunakan beberapa cara yang saya nyatakan di bawah ini. Jika anda serius untuk membeli rumah dan takde duit nak bayar downpayment, pastinya anda boleh gunakan salah satu cara di bawah.

Ok, kita teruskan dengan 3 Tips Beli Rumah Tanpa Downpayment

3 Cara Orang Takde Duit Beli Rumah


1. Guna wang EPF

Jika anda mempunyai EPF anda boleh keluarkan EPF anda untuk pembelian rumah dari akaun 2. Berapa banyak yang anda boleh keluarkan dari EPF?

Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2.

2. Mark up Pinjaman

Salah satu cara adalah dengan mark up loan supaya 10% deposit dapat di masukkan sekali dalam pinjaman rumah anda. Saya tidak menggalakkan cara ini kerana ianya akan menaikkan kadar bayaran bulanan anda. Kecuali anda tiada wang tunai untuk bayaran deposit dan EPF tidak mencukupi atau tiada EPF. Kebiasannya, anda boleh bertanya dengan sales person tentang mark up pinjaman ini.


3. Beli rumah underconstruction


Biasanya rumah yang masih dalam proses pembangunan (under construction) banyak memberikan insentif diskaun seperti early bird diskaun, bumi diskaun dan sebagainya. Dengan adanya diskaun-diskaun ini, anda tidak perlu mengeluarkan 10% deposit. Cukup sekadar duit booking yang biasanya dari RM1000-RM5000. Dan kadang-kadang dengan adanya rebat dan diskaun ini mungkin anda akan dapat cash tapi ianya bergantung pada developer.

Sumber : http://mrzamri.com/beli-rumah-tanpa-deposit/

Panduan Beli Rumah Tanpa Downpayment








cara beli rumah tanpa deposit

Antara Isi Kandungan Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke?

  • 7 sebab utama kenapa anda wajib melabur dalam pelaburan hartanah yang ramai orang tak Tahu
  • Betul ke boleh beli rumah tanpa letak sebarang downpayment?
  • 3 cara berkesan yang anda boleh gunakan untuk buat pelaburan hartanah secara zero-downpayment
  • Faktor penting menentukan lokasi terbaik untuk beli rumah pertama anda
  • Bagaimana nak runding harga dengan pemilik rumah untuk dapat lebih banyak diskaun
  • Bagaimana nak dapatkan diskaun dari pihak pemaju?
  • Kisah bagaimana 12 pelabur hartanah beli 100 biji rumah dengan modal yang minima.

Jika anda serius ingin memiliki rumah, mungkin anda tergerak untuk membaca lebih lanjut di pautan berikut : Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke?

Saya pasti ebook ini dapat membantu anda untuk memiliki rumah walaupun takde duit. Ebook ini disampaikan oleh 12 orang yang berpengalaman yang suatu ketika dahulu terkial-kial untuk cari duit beli rumah.

Mudah-mudahan ia juga dapat membantu anda. Ilmu yang sangat terhad dan anda bertuah jika memiliki ebook ini. Jangan keberatan untuk melihat isi kandungan ebook ini yang mungkin anda tak akan jumpa di mana-mana buku di luar sana. Ini link ebook ☞ Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke?

Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
January 05, 2017 12:49 AM delete

Huh memang power ebook ni, rasa nak dapatkan satu huhu..

Reply
avatar
January 17, 2017 5:02 PM delete

Zaman sekarang. dapat beli rumah macam ni seronok.

Reply
avatar
January 21, 2017 5:23 PM delete

Nmpak mcm kena dptkan ebook ni..tringin gak tahu lebih lanjut pasal hartanah ni..

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.