Nampaknya Musim Cuti Sekolah Dah Tiba

Bila saya kata cuti sekolah bermakna sekolah dah mula cuti. Maka gembiranya budak-budak dengan hati yang girang sekali.

Jarang sangat budak-budak yang sedih dan tak suka kalau cuti sekolah sebab saya juga pernah melaluinya.

main baling selipar

Sekolah dah mula cuti tapi adakah cikgu-cikgu, pak guard, mak cik cleaner & tukang kebun pun dah mula cuti.

Oh tidak sama sekali.

Masih ada cikgu-cikgu yang ke sekolah untuk siapkan kerja-kerja. Ada file yang perlu di submit sebelum cuti.

Kena hantar borang itu dan ini. Kena pastikan meja di bilik guru dah dikosongkan. Ada jugak cikgu yang masih bertugas jaga budak-budak SPM.

Dalam bahasa mudahnya cuti sekolah tidak bermakna cikgu terus bercuti. Cikgu zaman sekarang banyak tugasnya disebalik tugas mendidik anak bangsa.

Musim Cuti Sekolah Dah Tiba

Tapi cuti sekolah adalah perkara yang paling digemari bagi pelajar. Ada saja perancangan dorang yang nak di buat masa cuti.

Tak kurang jugak ibu bapa yang merancang macam-macam program sepanjang cuti sekolah.

Bagi budak-budak sekolah rendah kemungkinan dalam cuti ni dorang bakal dikhatankan atau disunatkan.

Budak lelaki wajib kena sunat.

Jangan sampai dah masuk sekolah menengah baru korang nak sunat. Berkhatan adalah salah satu fasa cabaran bagi budak-budak lelaki.

Korang jangan takut ye. Nak tak nak korang kena sunat. Jangan nak bagi alasan bukan-bukan untuk mengelakkan korang disunatkan.

Sepanjang cuti sekolah ni juga adalah moment paling best bagi budak-budak. Macam-macam korang boleh main kan?

main baling tin

Main kejar-kejar, main sorok-sorok, main lumba basikal, main baling tin dan memacam lagi permainan yang korang boleh main.

Bestnye kalau dapat kembali ke zaman kanak-kanak.

Ada juga yang guna masa cuti ini untuk buat majlis kenduri-kendara dan sebagainya. Maka banyaklah undangan majlis perkahwinan dan sebagainya.

Sepanjang cuti sekolah macam ni juga ada ibu bapa yang merancang untuk pergi bercuti dan bawak anak-anak. Rancang percutian dan perjalanan anda dengan baik ye.

Inilah masanya untuk bersama keluarga. Waktu cuti adalah waktu yang paling sesuai.

Dan bagi negeri sebelah pantai timur, waktu hujung tahun macam inilah tibanya musim tengkujuh.

Biasanya banjir akan berlaku tapi sama-sama kita doakan supaya banjir tidak berlaku. Pastinya tragedi Bah Merah 2014 masih segar dalam ingatan mereka.

Awasi anak-anak anda supaya mereka tidak terlalu gembira bermain air banjir. Risau perkara yang tak diingini berlaku.

Banyak moment yang akan kita lalui sepanjang cuti sekolah.

Saya juga pernah mengalaminya.

Tapi masa terus berputar dan terus meninggalkan masa-masa kita yang lalu. Kenangan itu hanya segar diingatan.

Dan kadang kala kita terasa rindu dengan moment sebegitu. Betul tak?


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

1 comments:

comments
December 10, 2016 12:03 AM delete

Rindu sgt tuan..moment dulu2 tak akan dapat dah zaman sekarang ni, budak2 terlalu taksud dgn gajet dan teknologi huhu

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia