Kem Kuala Lurau Janda Baik

Kali pertama saya ke Janda Baik yang terletak dalam daerah Bentong Pahang. Sebelum ni saya tak pernah ke Janda Baik dan mampu tengok je signboard ke Janda Baik tiap kali melalui Genting Sempah.

Dua minggu lepas saya ke Kem Kuala Lurau yang terletak di janda baik. Kem ini lebih dikenali dengan nama Kuala Lurau Camp Center atau KLCC.

Kem Kuala Lurau Janda Baik

Saya pergi ke sana bukan pergi untuk bercuti tetapi mengikuti isteri bertugas. Sekolah tempat wife kerja adakan camping untuk budak-budak pengakap dan kadet remaja sekolah.

Maka kenalah ikut untuk jaga anak saya kat sana nanti. Maklum sajelah wife kena bermalam kat sana jadi saya pun ikut serta.

kem kuala lurau janda baik

Ini kali pertama mengenali Janda Baik. Kawasan kampung yang udaranya segar dan nyaman. Waktu saya pergi cuaca sejuk je tambahan pula waktu tu baru je lepas hujan. Maklum sajalah kawasan hutan mananye tak sejuk.

Part yang paling buat saya kecut perut adalah bila drive dari Genting Sempah untuk ke sini. Jalan banyak bengkang-bengkok dan diapit lereng bukit dan gaung.

Saya sempat singgah di RNR Genting Sempah dan dari situ terus melalui jalan-jalan kecik nak ke Janda Baik. Macam manalah agaknya penduduk kat sini melalui jalan ini setiap hari. Mungkin dorang dah biasa.

Tapi ada banyak kawasan kampung kat janda baik ni. Jauh dari kesibukan kota. Memang tenang kalau tinggal kat kawasan kampung macam ni.

Ada banyak Resort dan Chalet di janda baik yang sesuai dijadikan tempat bercuti. Saya tak pernah ke sini sebelum ni tapi kalau anda pernah menginap di mana-mana resort atau chalet bolehlah ceritakan ya.

Kecian budak-budak camping. Kebetulan masa sampai ke KLCC hujan turun lebat. Jadi tapak perkhemahan mula dibasahi air.

Kena tunggu hujan reda barulah dorang boleh angkut barang dan pasang khemah. Tapi pasang khemah di kawasan tapak yang basah korang faham-faham sajalah.

kem kuala lurau janda baik

Khemah dah siap didirikan. Gigih betul dorang pasang khemah. Saya perhati je dorang pasang khemah sambil jaga anak.

Anak tengah aktif sekarang ni. Mata telinga hidung tangan kaki kena aktif bergerak cepat. Umpama ada sensor untuk kawal anak yang tengah aktif. Itu sebab terpaksa ikut wife bertugas.

Kem Kuala Lurau Janda Baik

Ada beberapa kemudahan di kem kuala lurau antaranya dewan serbaguna atau tempat solat berjemaah, tempat makan siap berbumbung dan boleh BBQ kat sini, tandas, dorm, chalet, pondok kecil dan tapak perkhemahan.

Kesemua tempat ni tak jauh. Semuanya terletak berkelompak. Senang nak pantau aktiviti budak-budak.

Lagi satu, kat sini terdapat sungai. Bolehlah mandi manda. Tapi saya pergi pada musim hujan jadi air sungai acap kali keruh terutama sekali selepas hujan turun.

Tapi tu bukan alasan untuk tidak main air. Korang juga boleh memancing kat sini. Jangan lupa bawak joran.

Nyamuk banyak betul kat sini. Tak kira pagi petang atau siang malam nyamuk memang banyak. Jadi pandai-pandailah bawak apa yang perlu terutama sekali bila bawak anak.

kem kuala lurau janda baik

Ada 5 chalet kat sini. Ada yang single, 2 tingkat dan berkembar. Saya duk yang tingkat atas tu. Senang nak tengok view terutama sekali bila budak-budak pengakap dan krs buat aktiviti.

Cuma yang tak syok tahap kecerunan tangga turun naik tingkat atas tu bahaya. Tahap kecerunan 75 darjah. Cerun ke tak cerun? Anak tangganya plak kecik je. Memang kena hati-hati sape yang duk tingkat atas.

Dorm pun ada. Dorm yang masih baru dibina yang boleh memuatkan 15 orang untuk satu dorm.

Itu saja tentang KLCC Janda Baik. Tak banyak gambar yang dapat saya ambil.



Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.