Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 - Saya dikhabarkan bahawa pihak SPA telah mengumumkan tarikh Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 akan diadakan pada 23 November 2016. Berdasarkan maklumat terkini daripada pihak SPA, Exam PTD 23 November ini akan dibuat secara online.

contoh soalan exam ptd 2016

Bagi calon-calon yang terlibat, anda diminta untuk membuat semakan segera. Semakan boleh dibuat melalui post saya sebelum ini. Rujuk semakan peperiksaan online pegawai tadbir diplomatik. Untuk makluman anda, pada Januari 2016 telah diadakan Exam PTD seperti yang bakal diadakan pada 23 November ini. Seperti tahun-tahun sebelum ini ramai calon yang telah terlibat dengan Exam PTD.

Exam PTD biasanya melibatkan ramai calon berdasarkan trend-trend kebelakangan ini. Jika anda terpilih, adalah lebih bagus jika anda mengetahui Format Exam PTD 23 November ini, contoh-contoh soalan Exam PTD beserta jawapan yang sesuai.

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41


rujukan exam ptd 23 nov 2016

Saya difahamkan Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 menjadi rebutan 50,000 lebih orang calon. Ini merupakan jumlah yang besar dan persaingan anda juga besar. 50,000 orang pelajar bukan jumlah yang sedikit. Jadi adalah tugas anda untuk membuat persiapan dan melihat Contoh Soalan Exam PTD. Peringatan kepada anda, nota peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik telah disediakan oleh Tim Info Kerjaya. Berikut saya kongsikan contoh nota peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Rujukan Exam PTD: Nota Ringkas Exam PTD

Nota ringkas ini adalah himpunan  Tajuk-tajuk penting berkaitan tugas, skop jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik M41. Anda bolehlah merujuk contoh nota di bawah:

Nota #1 : Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)
  • Program BL1M kelolaan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Barisan Nasional
  • Menyasarkan membantu 500,000 pemohon daripada kalangan orang muda untuk mendapat lesen secara sah.
  • Pemohon dapat menikmati lesen motosikal kelas B2 pada kadar RM199.
  • Semua warganegara Malaysia berumur antara 17 - 40 tahun pada atau selepas 1 Januari 2013 layak memohon.
  • Permohonan bagi program BL1M telah ditutup pada Mac 2013.


Nota #2 : Program myLESEN
  • Program myLESEN dirangka khusus untuk golongan belia yang belum memiliki lesen memandu secara sah. Hanya layak untuk kelas B2 sahaja (tidak melebihi 250 cc)
  • Objektif adalah mewujudkan satu program komuniti berbentuk COrporate Social Responsibility (CSR) ke arah:
    • Melahirkan penunggang kompeten, memenuhi peraturan dan berhemah
    • Memberi manfaat kepada golongan belia dan mereka yang layak melalui insentif yang mengurangkan bebanan peningkatan kos sara hidup.
    • Membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya (motosikal) melalui pengurangan golongan belia yang memandu tanpa lesen memandu yang sah.
    • Menanam rasa hormat dan patuh kepada undang-undang sebagai budaya selamat oleh pengguna jalan raya.
  • Tagline : 1Rakyat 1Lesen.
  • Satu komitmen kerajaan melalui JPJ berdasarkan konsep merakyatkan perkhidmatan awam.
  • Dilancarkan serentak di seluruh negara pada 15 September 2015.


Contoh Soalan & Jawapan EXAM PTD 23 NOV 2016


Seksyen A: Contoh Soalan & Jawapan Exam PTD
1. Mahkamah Keadilan Antarabangsa berfungsi sebagai

A. Menyelesaikan pertikaian undang-undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa
B. Memastikan bahawa wilayah-wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa
C. Membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa
D. Bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara

2.    Kuasa Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Tempatan adalah seperti berikut KECUALI

A.    Menggubal dasar Kerajaan Tempatan
B.    Mengawal status perbandaran
C.    Melantik Datuk Bandar
D.    Melantik ahli majlis

3.    Berikut ialan Pindaan Perlembagaan yang memerlukan perkenan dari Majlis Raja-Raja
I.    Kewarganegaraan
II.    Bahasa Kebangsaan
III.    Akta Hasutan dan Kebebasan Bercakap
IV.    Kuasa dan struktur Mahkamah Tinggi Borneo

A.    I, II dan III
B.    I, III dan IV
C.    II, III dan IV
D.    I, II dan IV


Seksyen B: Contoh Soalan & Jawapan Exam PTD

Soalan 2

Sebuah motosikal dengan kos RM 8,000.00 telah dibeli pada 1 Januari 2002. Aset ini disusutnilaikan pada 20 % setahun mengikut kaedah ansuran tetap dan ditakrifkan berharga RM 6,600.00 pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010  . Kirakan belanja susut nilai untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

A.    RM 175.00
B.    RM 260.00
C.    RM 240.00
D.    RM 120.00



Rujukan Exam PTD 23 November: Contoh Soalan & Jawapan

Jika anda BAKAL menduduki peperiksaan Online PTD M41 pada 23 NOVEMBER ini apa anda nak buat? Anda dah buat persediaan ke belum?

Jangan lupa muat turun preview copy Contoh soalan dan jawapan Exam PTD dalam bentuk word. Ini link muat turun : http://tinyurl.com/examptdnov

Kemudian tekan "Download Preview Copy".

..

..


Kesimpulannya..

Satu perkara yang anda kena sedar, anda bakal bersaing dengan ribuan calon lain untuk merebut jawatan PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41 ini. Apa yang bakal membezakan anda dengan calon lain adalah, bagaimana persediaan anda untuk menghadapi PEPERIKSAAN ini.

Untuk membantu anda membuat persediaan, saya cadangkan anda dapatkan format, contoh soalan dan jawapan exam PTD melalui buku ini. Buku ini diedarkan dalam bentuk Ebook.

rujukan exam ptd 23 nov 2016

Apa yang terkandung dalam rujukan ini ialah:

Huraian Format 2016
Percaya pada kami, faktor utama kegagalan calon adalah kerana tidak tahu format soalan. Anda akan tahu format terkini 2016 yang berbeza dengan 2014 & 2013

70++ Nota Ringkas
TAJUK NOTA RINGKAS berkaitan pentadbiran negeri-negara, dasar-dasar penting, perundangan, ekonomi dan banyak lagi untuk anda sebagai bakal PTD perlu tahu sebagai senjata persediaan peperiksaan anda!

Lebih 40++ Soalan Seksyen B
Bukan soalan sebenar tetapi soalan yang dibina untuk memberikan keyakinan semasa peperiksaan 23 NOVEMBER ini. Soalan-soalan Matematik diberikan jalan kerja!

Pecahan setiap Seksyen
Tahukah anda dalam setiap 'Seksyen' terdapat pecahan tambahan yang bakal merungsingkan anda? Tak perlu risau, kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana 'pecahan dalam pecahan' tersebut!

Lebih 60++ Soalan Seksyen A
Ini bukan soalan ramalan tetapi soalan yang bakal membuatkan anda lebih yakin untukj sesi peperiksaan nanti. Ianya dibina khas untuk memudahkan anda ulangkaji

Nota Khas GTP & GST
Antara isu-isu HOT yang anda kena tahu berkaitan plan transformasi kerajaan. FAKTA PENTING, soalan peperiksaan memasuki perkhidmatan Awam 2013 yang lepas, isu GTP menjadi soalan dalam 'Seksyen A'? Untuk tahun ini mungkin GST menjadi pilihan soalan SPA?

Jadi, adakah anda memerlukan rujukan ini? Jika jawapannya ya, sila ke pautan berikut sebelum rujukan ini ditutup:  http://semakan.info/ptd/7396





Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.