Panduan Mulakan Bisnes Air Atau Air Balang

Panduan Mulakan Bisnes Air Atau Air Balang - Bisnes air balang adalah salah satu bisnes kegemaran rakyat Malaysia. Bisnes ini sudah menjadi trend rakyat kat negara kita. Kat negara kita ni, air balang dijual antara RM1 hingga RM3 untuk satu cup. Perbezaannya adalah saiz cup. Bisnes air nampak je mudah tapi taklah semudah yang anda fikirkan. Yang jadi mudah bila anda tahu beberapa perkara yang menjadi selok belok dalam bisnes air balang. Sebab itulah kalau nak mula bisnes anda tak boleh nak mula sembarangan jer.

bisnes air balang kreatif
Sumber gambar : irfankhairi.com

Kena rujuk panduan terutama sekali panduan memulakan bisnes air atau air balang yang telah digunakan mereka diluar sana tu. Benda yang nampak mudah tapi bila-bila masa saja boleh jadi sukar kalau anda tak ada ilmu. Ilmu tu penting. Sebab tulah orang selalu berkata kalau nak mula bisnes kena ada ilmu. Jadi, anda pilih sama ada nak jadi peniaga yang berilmu atau tidak. Kalau dah ada ilmu, anda rasa lebih mudah. Anda boleh buat perancangan yang awal dan lebih rapi.

Panduan Mulakan Bisnes Air Atau Air Balang

Dalam bisnes air atau air balang, anda perlu kenalpasti beberapa perkara yang anda perlu sediakan sebelum anda mula berniaga, Kena buat kira-kira yang betul. Modal mesti cukup, cari tapak berniaga, peralatan, pengangkutan, pengiraan kos serta untung dan banyak lagi.

Itu semua perkara yang anda perlu ambil tahu dan sediakan sebelum mula bisnes. Barulah anda boleh mulakan bisnes dengan lancar. Nak bisnes air balang tidak memerlukan balang air yang banyak. Untuk permulaan, 1 hingga 3 jenis air sudah pun cukup. Ini yang saya dapat dari Tuan Mizan Sulaiman penulis Panduan Bisnes Air Balang.

Beliau mula berniaga air sejak tahun 2008 lagi di pasar ramadhan. Selain itu, beliau juga turut menjalankan bisnes air balang di pasar malam, pasar tani, dan juga di karnival-karnival IKS di Selangor, Putrajaya dan juga Kuala Lumpur.

Tahun lepas! Sewaktu beliau berniaga air di bazar Ramadhan, keuntungan beliau mencecah lebih RM7,000. Apa yang lebih menarik lagi... pendapatan yang beliau perolehi dengan hanya meniaga di satu lokasi pasar ramadhan sahaja dan hanya menjual 3 balang air sahaja!

Baiklah! Sebelum anda bergegas membeli kanopi dan balang air untuk menjalankan bisnes air, anda perlu realistik. Walaupun bisnes ini sungguh menguntungkan, namun ianya tetap ada beberapa rintangan dan cabaran.

Adakah anda berfikir "Kalau dengan hanya menjual 3 balang air sahaja dah boleh dapat RM7,000... Maka, kalau anda jual 15 balang air, anda mungkin boleh dapat RM35,000"

Sememangnya.. tidak salah untuk kita berimpian besar. Namun, kita perlulah realistik dan sedar akan kemampuan diri terlebih dahulu. Perkara yang saya maksudkan adalah dari segi MODAL. Jadi berapakah modal bisnes air balang? Sila rujuk post saya sebelum ini berkaitan "Modal bisnes air balang".

Bisnes Air Balang Nampak Mudah Tapi....

Jika balang air anda serupa sahaja dengan balang 10 peniaga air yang lain, ianya tidak akan memberikan sebarang kelebihan kepada anda untuk menarik pelanggan. Lebih malang lagi, jika air yang anda jual tawar, tak sedap dan tak ada rasa. Mungkin orang akan beli sekali sahaja.. lepastu, mereka takkan beli lagi!

Jadi anda perlu tahu...
  1. Macam mana nak tarik pelanggan?
  2. Macam mana nak buat air yang sedap?
  3. Macam mana nak jimatkan kos?
  4. Macam mana nak gandakan keuntungan walaupun hanya menjual 3 balang air?
  5. Macam mana nak pilih lokasi yang terbaik?

Dan bermacam-macam lagi persoalan yang mungkin muncul di fikiran anda. Untuk bantuan sila rujuk Panduan Bisnes Air Balang.

Untung RM7K Dengan Bisnes Air Balang

Bolehkah anda dapat untung 7K? Bagi saya boleh dan tak mustahil malah anda boleh dapat lebih banyak dari tu. Mari kita amati betul-betul kenapa boleh untung macam tu sekali dengan jual air balang.

Tahu tak yang anda boleh memulakan bisnes air balang ini dengan modal permulaan di bawah RM1,000 (Kos membeli kanopi, meja, serta balang air). Manakala, kos untuk membuat air pula, sekitar RM100 setiap hari, (bergantung kepada jenis air yang anda mahu jual).

Sebagai contoh,

Jika anda mahu menjual air soya, kos untuk membeli 1kg kacang soya dan 2 beg ais, adalah sekitar RM12 sahaja. Namun setelah di proses menjadi air soya dan dimasukkan ke dalam balang air untuk dijual, anda boleh menjualnya sebanyak 120 cawan.

Jika setiap cawan di jual dengan harga RM1.00. Bermakna anda sudah memperolehi RM120. Peningkatan sebanyak 1,000% dari modal yang dikeluarkan. Begitu juga dengan air-air yang lain. Kadar keuntungan kasar bisnes air ini selalunya adalah 500% ke atas berbanding kos modal yang dikeluarkan.

Sebenarnya untung ke tidak bisnes air balang? Anda dah nampak gambaran macam mana nak dapatkan untung besar dalam bisnes air balang.

Kesimpulannya dalam apa jua bisnes anda mestilah cari ilmu terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa bisnes. Berikut adalah senarai semak yang perlu anda tahu sebagai panduan memulakan bisnes air balang.

Senarai Semak Cara Mula Bisnes Air Balang

  1. Memohon Tapak Niaga. Ada diajar dalam panduan ini.
  2. Memilih Loaksi Bazar
  3. Peralatan dan Kelengkapan
  4. Persediaan dan Pengurusan Masa Berniaga
  5. Resepi 8 Jus Best Seller
  6. Rahsia Menghasilkan Jus Yang Laris
  7. Pengiraan Kos dan Untung

Senarai semak di atas adalah panduan untuk anda bermula hasil daripada pengalaman orang yang telah berjaya. Saya fikir inilah cara terbaik untuk anda mulakan bisnes air balang. Sebagai tambahan, anda bolehlah rujuk "Panduan Bisnes Air Balang" supaya anda tak rasa terkial-kial untuk bermula.

Akses panduan ini pernah ditutup pada tahun 2013 sebelum dibuka kembali. Ok, selagi akses ini masih valid adalah lebih baik jika anda bookmark akses ini sekarang. Akses sekarang.


Seorang blogger yang gemarkan teh tarik. Menjadikan blog sebagai medium perkongsian ilmu. Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan khidmat advertorial, boleh hubungi saya di ruangan "Contact".

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

3 comments

comments
October 25, 2016 4:43 AM delete

Terbaik tuan ulasan ttg bisnes air balang ini..

Reply
avatar
November 27, 2016 2:13 AM delete

Memang patut ada panduan jika nak berjaya dalam bisnes..

Reply
avatar

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi meninggalkan komen. Komen anda semua amat saya hargai.

Powered By | OHBlogger Malaysia